"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Wacana Ilmiah Petanda Positif

06 Julai 2009

Wacana Ilmiah yang dirancang menampakkan petanda positif dari kedua-dua pihak, pihak Pas dan Umno apabila pergerakan Pemuda Umno telah menyatakan persetujuan untuk menerima pelawaan Dewan Pemuda PAS agar diadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.

Nampaknya situasi perbincangan, debat, pertemuan secara terbuka sudah mula berputik dalam senario politik negara kita. Kalau sebelum ini kita hanya menyaksikan negara-negara maju yang senang menggunakan kaedah ini, kali ini negara kita mula menunjukkan minat ke arah itu. Ini semua hasil kepimpinan kita yang berlatarbelakangkan pengalaman dan pendidikan yang sepatutnya hingga mereka lebih selesa dan memilih jalan ini. Bermakna rakyat jelata boleh menilai hasrat, cita-cita, perancangan, pandangan sesuatu pihak dalam pelbagai isu semasa debat atau selepasnya.

Apa yang pastinya, rakyat mahukan ianya berjalan dengan telus dan melalui saluran yang benar-benar sampai kepada rakyat secara menyeluruh. Bermakna TV1 adalah medan media terbaik untuk menyiarkannya bukan TV9 yang kebanyakan kawasan terhad penerimaan siarannya.

Surat pengesahan Khairi sudahpun dihantar kepada pemuda Pas semalam yang menunjukkan pemuda Umno menyahut panggilan selepas pemuda Pas memberi tempoh 7 hari untuk menjawab surat tersebut. Jangan selepas ini Khairi pula kata saya tidak tahu menahu tentang wacana ini, dengan alasan bukan saya yang mengetur macam yang berlaku kepada Husyam tempoh hari.

Kali ini kita sebagai pemuda Malaysia boleh berbangga dengan keberanian mereka untuk berwacana. Kita boleh menilai sendiri apa yang kita dengar setelah digandingkan dengan maklumat yang sedia ada. Buka minda kita untuk menilainya, jangan sesekali sempitkan dada kita untuk menerima yang benar.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP