Rasis : Patut Kemuka Pengadilan
Kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar cukup bahaya dalam negara kita. Walaupun permohonan maaf telah dikemukan, apakah api perkauman ini padam lenyap?!
Teranglah apa yang disuarakan oleh kebanyakkan penulis blog dan pengalisis politik bahawa Umnolah yang sebenarnya membawa api perkuaman, keagamaan dan bangsa untuk mencipta politik pecah dan perintah.
Apa yang tak kena ialah, kali ini api yang dimarakkan memakan diri dan peniup unggun api tidak pandai dan tidak cekap untuk memarakkannya. Padahnya pekung yang ditutup semakin terdedah.
Korang boleh bayangkan, kiranya pihak lain (selain umno-BN) yang buat kenyataan ini, kebarangkalian Kemuntinglah tempat yang sewajarnya, apakah pegawai khas ini kebal dari sebarang tindakkan yang wajar?!
Sepatutnya, kenyataan rasis yang sensitif ini dibawa kemuka pengadilan yang sewajarnya untuk ditauladani oleh semua selepas ini. Ini bukan pertama kali berlaku, ianya berlaku berkali-kali hingga mengguris banyak pihak seperti yang berlaku ketika kempen Permatang Pauh, hingga ke hari ini masih selamat dan selesa dari sebarang tindakkan yang wajar, bahkan dibela oleh Umno.
Melayu Penang Terpinggir Angkara BN
Macam biasa, semua negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan demontrasi atas alasan bela Melayu yang dipinggirkan.
Terbaru Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi selama 45 minit di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.
Menurut puak-puak ni ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Demo ini diisi dengan agenda membakar patung Ketua Menteri Penang.
Hamba pun tak faham, kes penjaja tanpa lesen boleh jadi hal yang besar tentang melayu. Apakah mereka sedar atau ingat yang melayu Penang sudah lama pupus dalam pembangunan, tanah mereka tergadai, nasib mereka merempat. Semua ini berlaku semasa bawah kuasa BN. Apakah ada demo untuk bela melayu tetang itu?!!!
Hamba pernah ziarah Penang tahun 1994, masa tu program bersama CAP. Pihak CAP membawa kami bersiar-siar makan angin, fuh cukup gembira kami sebab kursus boleh bersiar-siar satu hari suntuk.
Rupanya pada sesi malam kami didedahkan dengan pelbagai perkara yang kami nampak siang tadi, antaranya banyak kampung-kampung melayu pupus dan bangsa melayu pun pupus di tanah sekangkang kera ini, melayu terpaksa merempat kemana-mana hingga berumah ditepi jurang pantai, dalam laut dan ke tanah besar. Memang malang nasib melayu di Penang pada waktu itu.
Tetapi kebanyakkan pemimpin melayu pekak, buta, tuli tentang apa nasib yang menimpa melayu, sekarang ni ada yang berani jadi hero konon nak tunjuk dialah yang bela melayu.
Harap bukan bermusim atau "berkerana" dalam niat tertentu sahaja kalau nak bela melayu.... belalah dimana jua dan tidak bermusin.
Apa ada pada melayu jika Islam tetap terpinggir.
Penarikan Pengharaman Buku SIS memberi Cabaran Kepada Umat Islam
27 Januari 2010
Dalam masyarakat kita dok keliru dengan pelbagai isu berbentuk keagamaan, terutama penggunaan kalimah Allah yang terbaru. Kini masyarakat kita berdepan dengan isu buku terbitan Sister In Islam (SIS).
Sudah nyata buku ini memberi gambaran nagetif terhadap umat Islam di negara ini serta boleh mengeruhkan keharmonian rukun beragama.
Sama-sama kita lihat, apakah reaksi dan respon bagi mereka yang mempunyai suara keramat sebelum ini.
Sama-sama kita lihat apakah respon pemuda-pemuda Umno dalam isu ini.
Manakala hamba berharap Pakatan Rakyat (PR) tidak melatah atas penarikan larangan terbitan buku SIS ini, walaupun begitu, PR perlu menyatakan pendiriannya yang tegas dalam hal ini bagi memberi gambaran yang jelas kepada umat Islam di negara kita mahupun di luar negara.
Biasan ini amat nyata, kiranya kita amati betul-betul, Umno sekarang ini melalui penasihat yang memang licik dengan perancangan-perancangan untuk mengembalikan sokongan kepada mereka dengan apa cara sekalipun supaya pihak PR terperangkap dengan isu ciptaan. Seolah-olah mereka banyak menggunakan senjata keagamaan setelah senjata perkauman sudah tumpul atas ketajaman fikiran rakyat.
Kali ini nada pihak Jakim agak lembut, Jakim hanya ingin memberi penjelasan, hamba sangat sokong jika Jakim melangkah selangkah lagi bertindak untuk mahkamah menilai semula keputusan tersebut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman buku "Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau" tetapi menegaskan ia juga bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai kesalahan dalam mana-mana buku yang diedarkan di pasaran.
Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam.
Menurutnya, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.
"Beberapa kesalahan yang jelas telah ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, antara kesalahan yang jelas termasuklah mengatakan Undang-undang Keluarga Islam dan Jenayah Syariah bersifat menghukum dan mendiskriminasi wanita dan Pindaan Undang-undang Keluarga Islam dikatakan berat sebelah.
Buku itu turut mempertikaikan Institusi Fatwa dan larangan berbicara soal agama di kalangan mereka yang bukan ahli agama, serta mengutarakan idea pentafsiran semula ayat Al Quran khususnya yang "gender bias", katanya.
Wan Mohamad berkata buku itu telah diteliti, disemak dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
"Sehubungan itu, saya menasihati semua umat Islam di negara ini agar berhati-hati terhadap sebarang bacaan yang mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam," tegasnya.
Pembangkang Patut Berhati-Hati Dengan Media
16 Januari 2010
Bila PM Najib mahukan media berhati-hati dengan pembangkang adalah satu yang tidak munasabah, pembangkang tidak sikit pun dapat mengusai media terutama media arus perdana.
Tapi apa yang nyata, pemimpin pembangkang yang pasti berhati-hati dengan media berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini. Bila timbul isu yang sensitif adalah peluang untuk "kena"kan pembangkang dengan pelbagai laporan yang tidak seperti asalanya didapati di dada akhbar utama kecuali apa yang mereka fikir boleh untungkan mereka atau menyebelahi mereka.
Najib merasakan isu mutakhir ini juga tidak menyebelahinya dan partinya.
Ingat!!! wahai para pejuang dalam pembangkang.... PM dan TPM keluar negara, apa pun boleh berlaku, ini sudah rutin Umno dalam strategi mereka..... bukan nak bersangka buruk tetapi sejarah mengajar kita celik tipu muslihat.
DPMMS dan Gapums Belum Mengerti Dasar dan Perjuangan Pakatan Rakyat
Hasrat DPMMS dan Gapums untuk mengumpulkan semua pemimpin-pemimpin Melayu di meja bulat bagi membincangkan soal melayu dan kemelayuan umpama tidak faham dengan konsep perjuangan yang di tunjangi parti-parti dalam pakatan.
Sudah berkali-kali Pas menegaskan bahawa perjuangan Pas bukan berdasarkan etnik atau kaum yang membawa kepada jumud, bahkan Pas membawa dasar perjuangan yang lebih luas iaitu agama. semua bangsa boleh jadi Islam, semua keturunan boleh jadi Islam, semua bahasa boleh jadi Islam. Tetapi cina tak mungkin boleh jadi Melayu, India tidak boleh jadi melayu dan sebaliknya.... melayu tak mungkin jadi bangsa india atau cina atau bangsa lain.... kalau kita berada ditempat mereka .... apakah kita mempunyai peluang yang sepatutnya kita berhak?!!!
Nak kata dangkal tak munasabah! Ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu jebak untuk menjerat kemaraan Pakatan Rakyat di mata rakyat kebanyakkan, mereka sedar buat setakat ini tidak ada satu isu yang menyebelahi mereka dari isu agama, ekonomi, ketenteraan, rasuah, pengurusan dan sebagainya. Kali ini Bangsa + Ekonomi menjadi taruhan memperdagangkan populariti yang dimiliki PR. Nyata!! Umno mempunyai pelbagai strategi yang sedang berjalan dan akan berjalan, Pakatan Rakrat mesti berati-hati terutama kalangan pemimpin yang konon mahu tunjuk pandai dalam isu, cepat menjawab biarpun bagi pihak peribadi, ingat setiap isu yang dicipta dan ditiupkan tetap ada agenda, terutama bila mana-mana individu yang mahu tunjuk pandai akan terjebak.
Bila Bapa Tiada Kuasa, Bapa Didakwa, Mengundang Bala
08 Januari 2010
Masalah sosial makin menjadi-jadi, semua orang bercakap berkenaan gejala ini. Dari Pensyarah, petani, penoreh, penganggur hinggakan tukang kebun. Dalam cakap-cakap sambil mencari-cari dimanakah punca musibah ini bermula.
Apakah kerana guru yang lemah dalam mengajar murid-murid di sekolah, atau ibu bapa zaman sekarang ini sudah tidak pandai mendidik anak, atau pengaruh unsur-unsur luaran yang perlu dipersalahkan.
Perkara ini sudah lama berlarutan, perbincangan yang dibuat seolah tiada jalan penyelesaiannya, inilah berita yang teramat malang.
Pernah dulu orang tua kita hantar mengaji dan berpesan, buatlah apa yang patut janji patah dan buta sudah.
Zaman sekarang ini bukan kata cikgu sekolah yang jentik, ayah pun sudah tak boleh nak jentik, silap-silap didakwa dimahkamah pula.
Hamba bukan menyokong perkara yang tak baik tapi dalam keadaan zaman yang serba menggila ini apakah salah seorang ayah melakukan begini (memukul anak) walau apa cara janji jangan patah atau buta.
Si ayah dan ibu sudah puas menasihati si anak, si ayah dan ibu takut-takut perut anaknya bunting tanpa bapa terutama di alam persekolahan. Bukan senang nak cari "mat bangla" untuk buat pak sanggup. Jika berlaku si ayah menanggung malu bukan undang-undang sivil.
Jika inilah senarionya dalam negara kita, rasailah bala akan menimpa-nimpa lebih besar dan dahsyat. Kembalikanlah undang-undang syariat Islamiyyah di negara kita. Kalau umno malu dan takut, berilah mandat kepada mana-mana parti yang sanggup untuk melaksanakannya.
GE J85-21A Banyak Timbul Kekeliruan dan Kecelaruan
24 Disember 2009
GE J85-21 ialah jenis enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth.
Dalam kes kehilangan ini banyak kekeliruan bercampur kecelaruan yang mengatasi munasabah bagaimana perkara sebesar dan sepenting ini boleh berlaku.
Antara kecelaruan dan kekeliruan ialah persoalan terhadap tahap keselamatan kita sebagai rakyat Malaysia yang amat terdedah kepada resiko.
Dimanakah dan Apakah (Standard Operation Prosedur) SOP yang diguna pakai boleh menjamin tahap keselamatan negara kita dan rakyatnya.
Bagaimana boleh berlaku tanpa penglibatan dan pengetahuan pegawai kanan sedangkan syarikat yang dikontrakkan untuk membawa enjin ini dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit mesti mendapat kelulusan dan persetujuan dalam kontrak.
Sepengetahuan hamba, dalam setiap organisasi kerajaan mereka mempunyai Prosedur Operasi (SOP) dalam melaksanakan tugas, dalam hal ini sekira penghantaran berlaku apakah pegawai yang menghantar tidak menerima tanda penerimaan? dalam tempoh jangka masa yang panjang sepatutnya pegawai tersebut patut menyiasat dan mengambil tindakkan, sedangkan jarak antara Butterworth ke Kuala Lumpur tidak memerlukan masa berbulan-bulan untuk sampai walaupun termasuk masa pengurusan penghantaran.
Di sini membuktikan kecelaruan dan kekeliruan yang didakwa oleh Ahmad Zahid bahawa pegawai kanan tidak terlibat hanya pegawai lain-lain pangkat (LLP) yang terlibat. Atau seseorang yang berpangkat rendah seperti sarjan, korperal dan kebawah dalam kementerian pertahanan boleh membuat keputusan dalam hal sebesar dan sepenting ini, ianya agak mustahil untuk kita terima SOP ini. Atau tiada langsung pemantauan dan hasil tugas pegawai kanan dalam pemindahan ini.
Sama-sama kita nilai kecekapan badan yang menjaga keselamatan kita untuk menjaga kita, atau peneraju badan ini terlalu naif dalam pengemudian badan keselamatan. Pernah hamba kursus BTN, antara fakta yang didakwa dalam kursus tersebut ialah Malaysia merupakan negara kedua terbaik dalam pengurusan selepas UK, pada hari ini anda boleh ketawa dengan fakta ini.
Hamba bercakap soal keselamatan hamba dalam sebuah negara merdeka, hamba tidka rela lagi tanah air ini diperlakukan seperti sebelum merdeka sejak tahun 1511, dari itu hamba tambil memberi pendapat walaupun tidak bernas, apa yang diharapakan ialah perubahan. Perubahan kepada peneraju badan ini kepada peneraju yang kita rasa betul-betul selamat, selamat tanah air kita, selamat harta benda kita, selamat semua yang kita miliki dan sayangi.
Dari itu, usah biarkan Umno-BN meneraju lagi kerana terbukti mereka gagal dalam banyak hal dan merugikan kita sebagai rakyat merdeka. Read more...
Lebih Kuah Dari Sudu; Hero Dah Jadi Penjahat
23 Disember 2009
Mungkin itu satu ungkapan paling sesuai untuk Ibrahim Ali. Bila sudu terlalu kecil ingin juga mencedok kuah yang banyak, meleleh-leleh kuah atas baju atau pengalas, mahu juga dicedok oleh Ibrahim Ali.
Kini beliau semakin meracau-racau kemaruk talak untuk meruejuk kembali kepada pen"talak"nya (Umno), bukan kita tak tahu, semakin hari semakin dekat dengan Pilihanraya Umum. Jadi beliau mencari dahan untuk berpaut setelah terang-terang Pas Kelantan menolak beliau kerana tidak mengenang budi.
Kali ini racauannya sampai ketahap melalut, hinggakan pembangkang disangka pihak kerajaan dan pihak kerajaan disangka pembangkang.
Tengku Razaleigh yang dalam kerajaan tidak segan-segan dia menasihatkan supaya tidak membangkang pihak kerajaan Umno dan tidak bertindak seperti pemimpin pembangkang.
Barangkali Ibrahim Ali tidak sedar, bahawa dialah yang sebanarnya pembangkang yang tidak tahu keduduakan sebagai pembangkang hinggakan kerajaan Umno-BN memperlakukan sedemikian rupa kepada negeri beliau sendiri (Kelantan) pun masih memuji tindakan Umno-BN itu. Malah tidak segan silu langsung menyifatkan KULI sebagai pembangkang.
Inilah yang berlaku, orang jahat kata "hero itu jahat" dan menyifatkan dirinya yang jahat sebagai hero.
Dia ni dah pening gamaknya, dah meracau tahap melampau-lampau, ada lagi ke orang yang masih bersekongkol untul mengokong dan bekerjasama dengannya??!!! Terpulanglah kepada kalian.
