"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Pro dan Kontra ISA Berkepentingan

21 Julai 2009

ISA merupakan suatu nama yang membawa tuah kepada satu pihak dan membawa bencana kepada pihak yang lain.

Dikatakan tuah bila ISA bisa membantu kebuntuan dalam pentadbiran kerajaan untuk menghadapi sesuatu masalah. Terutama masalah yang tidak jelas untuk disebut dalam makamah. ISA adalah satu-satunya pilihan yang mudah dan tepat bagi membendung individu atau kumpulan yang dianggap "mengamcam keselamatan".

ISA juga membawa padah dan bencana kepada pihak yang ditimpakan dengan akta ini. Bencana kepada individu, keluarga, organisasi apabila tiada pembelaan yang sewajarnya. lebih-lebih lagi bila ianya digunakan untuk semata-mata kepentingan pihak tertentu bukan benar-benar untuk kepentingan negara tercinta.

Sebelum ini hamba kurang mengambil perhatian tentang perkembangan pro dan kontra ISA ini, mungkin hamba rasa tidak bersangkut-paut dengan diri hamba atau keluarga walaupun ada antara sahabat-sahabat hamba pernah dikenakan ISA. Kali ini hamba cuba meluahkan pendapat hamba yang dakal ini untuk dikongsi bersama, kerana pada hamba semua orang boleh bersuara selagi ianya tidak melampau batasan syariah walau kadang-kadang pendapat kita tersasar.

Nampaknya Umno-BN makin terdesak dengan tuntutan rakyat untuk memansuhkan ISA, DS Najib mesti melakukan sesuatu untuk mengembalikan sekelumit kepercayaan rakyat sebelum PRU akan datang, kalau tidak Umno-BN akan mengalami impak yang lebih teruk dari PRU-13 dengan kekalahan luar jangka.

Sebab itulah kita dengar ura-ura untuk membibarkan akta ini atau setidak-tidaknya mengkaji semula dengan menyeluruh.

Usaha ini juga dibuat dengan menggerakkan seluruh jentera yang dikuasai Umno untuk menyokong hasrat Umno mengekalkan akta ISA ini. Kali ini belia 4B dan lain NGO (hamba tidak pasti nama NGO tersebut) bercadang membuat perhimpunan untuk mengokong ISA dan menentang pemansuhannya.

Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan aman menyokong kerajaan mengekalkan ISA.

"Kami merasakan ISA masih diperlukan, yang perlu dilakukan ialah kajian semula. Jangan dimansuhkan," .

Inilah usaha-usaha kerajaan Umno untuk mengekalkan ISA dengan menggerakkan kumpulan untuk mengokongnya, supaya terlihat di mata rakyat bahawa ada golongan yang mengokongnya dengan alasan kepentingan kepada negara. Wal hal ianya hanya suara yang mewakili Umno, Umno tidak boleh lagi bersuara, rakyat tidak akan menerima jika suara ini keluar dari Umno. Justeru itu belia 4B dan NGO adalah badan yang sesuai untuk bersuara untuk Umno dalam isu ISA ini.

Bila golongan ini wujud, akan nampak pertembungan pendapat, pertembungan demontrasi, pertembungan nota bantahan dsb. sebagai menuetralkan kehangatan desakan pemansuhannya yang semakin melonjak kala ini. Jadi ianya terlihat sebagai bukan kesatuan pendapat antara kumpulan atau sesuatu yang ada pro dan kontranya dan sekali gus memberi ruang kepada Umno untuk tidak memansuhkannya secara total atau membuat rombakan akta yang drastik dan menyeluruh.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP