"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Umno Hadapi Tekanan Kronik

15 Julai 2009

PRK Manek Urai menyaksikan pertembungan tradisi dua parti melayu paling lama berlaku. Tiada noktah perhentian pertembungan ini. Pertembungan memberi erti gah kepada pemenangnya.

Kali ini Umno menghadapi tekanan paling kronik, bukan kerana kalah di Manek Urai tetapi kalah setiap PRK yang diadakan selepas PRU yang lalu. Manek Urai merupakan majlis yang memalukan sayap BN itu, dan membuktikan kepada BN bahawa Umno bukan lagi parti besar melayu yang disebut-sebut sebelum ini.

Umno kalah dalam mengatur strateginya, wang yang banyak tidak lagi dapat meraih apa-apa hanya sekadar sekelumit simpati, jentera besar satu negara termasuk badan kerajaan yang digunakan tidak dapat memberi bekas, janji-janji mega yang disemai tidak bercambah dihati rakyat. Rakyat mula celik helah pemimpin parti, rakyat menimbang seadil-adilnya dengan neraca bebas tanpa paksaan.

Hasil dari tekanan inilah, kita akan dengar pelbagai rombakan peraturan, penyusunan garis panduan dalam setiap PRK atau PRU akan datang, hingga rela mengatakan rakyat tidak pandai menilai kemajuan dan pelbagai lagi untuk mengalihkan tekanan kepada pihak lawan.

Tekanan ini membuatkan Umno sasau, apa lagi langkah yang patut diatur, semuanya sumbang, rakyat sedikitpun tidak menoleh tarian yang dimainkan Umno, yang pasti..... Umno akan berkubur dengan lahad yang digali sendiri.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP