"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

DAP keluar: PAS terkejut, Pakatan bincang tengah hari ini

02 Julai 2009

Apakah ini suatu balasan dari ledakkan kerajaan perpaduan, DAP cuba menguji kesetiaan bila mereka merasa tersisih barangkali sejak timbulnya isu kerajaan perpaduan.

Tetapi cubaan yang DAP terhadap pakatan rakyat kali ini amat-amat mencabar PR, seolah-olah mereka adalah kompenan yang dominan dalam PR.

Memang PR memerlukan DAP dalam melengkapkan PR, tetapi hamba rasa kalau ini karenahnya dalam kita nak hadapi Manek Urai yang sudah tentu mencabar, dia pulak yang jolok dari belakang sedang musuh betul-betul berhadapan dengan kita.

PETALING JAYA: PAS Pusat terkejut dengan keputusan DAP Kedah yang mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat negeri atas alasan tidak memperoleh penyelesaian memuaskan siri masalah yang wujud sejak Mac 2008.

"Kami agak terkejut dengan tindakan sedemikian rupa (keputusan DAP Kedah keluar Pakatan) kerana (mereka) patut tunggu pendirian kepimpinan pusat mereka," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online lewat malam tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah sambil mengakui kewujudan masalah-masalah khususnya yang berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Alor Setar berkata, beliau yakin bahawa kepimpinan pusat mempunyai pendirian terbuka dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan perkembangan tersebut pada mesyuarat khas di bangunan Parlimen tengah hari ini.

"Saya yakin kami akan mencari penyelesaian terbaik hari ini apabila pemimpin Pakatan Rakyat bertemu," katanya.

"...akan ada satu penyelesaian sebagaimana kita selesaikan isu kerajaan perpaduan (minggu lepas)," katanya.

Perkembangan ini wujud 10 hari selepas Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seharis selepas Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat di sini.

Agenda keputusan DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat akan menjadi agenda utama walaupun mesyuarat hari ini sebenarnya merupakan pertemuan biasa, kata beliau.

Sehubungan itu beliau juga menafikan bahawa Pakatan Rakyat Kedah sudah mula "rapuh" dengan keputusan DAP negeri semalam.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakankerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

"Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP