"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Perhimpunan Mansuh ISA

31 Julai 2009

Hebat... memang hebat.....
kalau ada siaran langsung kan best.... mana-mana sedara kita yang tak berkesempatan sertai boleh tengok kat internet, kalau nak harap dalam TV haram tak leh harap.


Read more...

Ada Baiknya Ku Li Dalam Umno

24 Julai 2009

Sejak kebelangan ini desas desus bertiup kencang mengatakan Ku Li akan menyertai Pakatan Rakyat. Hikayat ini bermula setelah Zahid mempelawa Ku Li mengikuti jejak langkahnya menyertai PKR.

Bagi hamba, ada baiknya Ku Li kekal bersama Umno, berjuang dalam Umno adalah lebih terbuka ruang untuknyanya, mungkin kerana Ku Li dihormati kerana orang lama dalam Umno dan telah berkecimpung dalam urusan-urusan penting negara suatu ketika dulu.

Dengan pengalaman inilah Ku Li masih dihargai dalam Umno bukan kerana kebaikan atau kebolehannya dalam mengurus, berpolitik menangani isu secara telus dan sederhana. Kalau Umno menghargai semua itu pasti dia akan diketengahkan dalam banyak hal yang berkaitan pentadbiran Umno peringkat pusat atau dalam kerajaan yang diterajui Umno sekarang.

Ku Li dalam Umno seolah mempunyai idea mereput justeru itulah dia dipandang sepi dalam Umno sendiri.

Senario inilah yang banyak membantu PR dalam banyak isu berkaitan rakyat, banyak kenyataan Ku Li menunjukkan sokongan kepada idea PR dalam usaha membela rakyat terbanyak.

Keadaan ini ada baiknya Ku Li masih bersama Umno walaupun dipinggiran majlis, suaranya akan didengar dengan suara Umno, pandangannya sebagai sebahagian Umno. Jadi setiap patah tuturnya akan diberi perhatian oleh Umno dan arus perdana sebab dia masih Umno. Kiranya dia dah masuk PR, satu perkataan pun tak laku dalam media arus perdana atas kapasiti dia bukan Umno dan dah tentu tidak dilayan sewajarnya malahan dia akan menerima pelbagai tomahan.

Pesanan untuk Ku Li, dalam usia yang ke penghujung ini ada baiknya dia melafazkan sesuatu yang memberi manfaat untuk rakyat, itu pun dapat pahala juga selain dok berzikir. Ajak Che Det skali buat benda-benda baik ni, kot nanti tak sempat bertaubat. Kalau nak mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia mungkin korang malu dengan apa yang pernah dibuat dulu terhadap rakyat Malaysia dan apa dipunyai oleh rakyat.

Read more...

Roslan SMS adalah Khalid al Walid Kedua

21 Julai 2009

Pengguguran Roslan SMS sebagai SU akhbar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh disifatkan sebagai Khalid al Walid kedua.

Keadaan mereka sama, kedua-duanya mempunyai kehebatan dalam gerak kerja, mungkin di sana ada fitnah yang menimpa, terpaksa melepaskan jawatan dengan hati yang terbuka.

Harap perkara seumpama ini cepat redanya, apakah kita tidak ambil iktibar dengan PRK Manek Urai yang rata-rata berpendapat antara punca merosotnya undi kerana pertelingkahan dalaman Pas sendiri bukan semata-mata asakan pihak lawan. Kalau kita lupa kelemahan kita dan asyik meletakkan kepincangan terhadap pihak lawan, nampaknya kita terpaksa lupakan lonjakan sokongan dalam PRU akan datang.

Inilah masanya untuk kita membina "Bunyaan Marsus" ketika kita berada dalam situasi selesa berbanding dahulu.

Read more...

Zamry Mahu Fatwa, Nizar Hadiri Nyalaan Lilin

Nampaknya Zamry sedar taraf siapa beliau berbanding Nizar, dan siapa Umno berbanding Pas bila beliau mengakui hakikat ini dalam petikan mStar Online :

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama maka adalah wajar untuk golongan ulama PAS memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

"Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

Kalau dia dah akui kehebatan Nizar dan Pas tidak sepatutnya dia berada tempat sekarang, atau dia menyertai Pas. Kalau dia hanya mengucapkan kehebatan itu tanpa bersama nampak la dia tak suka ulama atau bersama ulama... hehe sorry abg Zam itu tanda-tandanya yang tersirat la. Hamba yakin kalau abg Zam masuk Pas mesti Abg Niz terima dengan hati terbuka tiada dendam.

Zambry nak fatwa pulak, kenapa dia tak tanya mufti dia, kan Perak dah ada mufti yang bertauliah dengan kerajaan, atau sengaja Zam nak provok isu ni moga-moga dia ada untung hehe

OK abg Zam, hamba bawakan fatwanya yang dibuat oleh Syeikh Ramadhan al-Buthi yang hamba kutip dalam http://mypustaka.blogspot.com/search/label/fatwa untuk dikongsi bersama rakan-rakan terutama abg Zam, tu pun kalau dia baca.... hehe

Hukum Iring Jenazah Kafir

Mengikut fatwa Syeikh Ramadhan al Buti:
Seorang muslim tidak ditengah mengiringi jenazah orang kafir, dan mengucap takziah kepada keluarga si mati kerana ianya termasuk sesuatu yang disenangi dan diglakkan. Akan tetapi kita dilarang menyertai peribadatan mereka dan upacara keagamaan mereka.

Kalau takat Nizar hadiri majlis tu tak apa lah, jangan dia mencolok sama dengan penganut Budha. Tak tahu la kot Zambry ada pendapat lain ikut mufti dia.

Read more...

Pro dan Kontra ISA Berkepentingan

ISA merupakan suatu nama yang membawa tuah kepada satu pihak dan membawa bencana kepada pihak yang lain.

Dikatakan tuah bila ISA bisa membantu kebuntuan dalam pentadbiran kerajaan untuk menghadapi sesuatu masalah. Terutama masalah yang tidak jelas untuk disebut dalam makamah. ISA adalah satu-satunya pilihan yang mudah dan tepat bagi membendung individu atau kumpulan yang dianggap "mengamcam keselamatan".

ISA juga membawa padah dan bencana kepada pihak yang ditimpakan dengan akta ini. Bencana kepada individu, keluarga, organisasi apabila tiada pembelaan yang sewajarnya. lebih-lebih lagi bila ianya digunakan untuk semata-mata kepentingan pihak tertentu bukan benar-benar untuk kepentingan negara tercinta.

Sebelum ini hamba kurang mengambil perhatian tentang perkembangan pro dan kontra ISA ini, mungkin hamba rasa tidak bersangkut-paut dengan diri hamba atau keluarga walaupun ada antara sahabat-sahabat hamba pernah dikenakan ISA. Kali ini hamba cuba meluahkan pendapat hamba yang dakal ini untuk dikongsi bersama, kerana pada hamba semua orang boleh bersuara selagi ianya tidak melampau batasan syariah walau kadang-kadang pendapat kita tersasar.

Nampaknya Umno-BN makin terdesak dengan tuntutan rakyat untuk memansuhkan ISA, DS Najib mesti melakukan sesuatu untuk mengembalikan sekelumit kepercayaan rakyat sebelum PRU akan datang, kalau tidak Umno-BN akan mengalami impak yang lebih teruk dari PRU-13 dengan kekalahan luar jangka.

Sebab itulah kita dengar ura-ura untuk membibarkan akta ini atau setidak-tidaknya mengkaji semula dengan menyeluruh.

Usaha ini juga dibuat dengan menggerakkan seluruh jentera yang dikuasai Umno untuk menyokong hasrat Umno mengekalkan akta ISA ini. Kali ini belia 4B dan lain NGO (hamba tidak pasti nama NGO tersebut) bercadang membuat perhimpunan untuk mengokong ISA dan menentang pemansuhannya.

Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan aman menyokong kerajaan mengekalkan ISA.

"Kami merasakan ISA masih diperlukan, yang perlu dilakukan ialah kajian semula. Jangan dimansuhkan," .

Inilah usaha-usaha kerajaan Umno untuk mengekalkan ISA dengan menggerakkan kumpulan untuk mengokongnya, supaya terlihat di mata rakyat bahawa ada golongan yang mengokongnya dengan alasan kepentingan kepada negara. Wal hal ianya hanya suara yang mewakili Umno, Umno tidak boleh lagi bersuara, rakyat tidak akan menerima jika suara ini keluar dari Umno. Justeru itu belia 4B dan NGO adalah badan yang sesuai untuk bersuara untuk Umno dalam isu ISA ini.

Bila golongan ini wujud, akan nampak pertembungan pendapat, pertembungan demontrasi, pertembungan nota bantahan dsb. sebagai menuetralkan kehangatan desakan pemansuhannya yang semakin melonjak kala ini. Jadi ianya terlihat sebagai bukan kesatuan pendapat antara kumpulan atau sesuatu yang ada pro dan kontranya dan sekali gus memberi ruang kepada Umno untuk tidak memansuhkannya secara total atau membuat rombakan akta yang drastik dan menyeluruh.

Read more...

Lagi Sektor Awam Jadi Mangsa

19 Julai 2009

Belum pun sempat reda kes Sirul dan Azilah setelah disahkan bersalah oleh mahkamah membunuh altantuya. Mereka berdua adalah penjawat awam yang diperkuda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mungkin mereka telah pun dijanjikan habuan tertentu jika berjaya melaksanakan misi tersebut, tapi apakan daya langit tak selalunya cerah. Mereka menjadi mangsa keadaan.

Kali ini SPRM yang beria-ria mengejar perasuah-perasuah dan penyalah-gunakuasa terutama bila melibatkan parti pembakang kerajaan 1 Malaysia, mereka seolah orang kebulur bertemu makanan. Apa saja yang boleh dimakan, mereka melahap semahu-mahunya. Tapi kini, bila berlaku kematian yang terang-terang kecuaian daripada pihak SPRM hingga menyebabkan Teoh Beng Hock terkorban SPRM mesti bertangunggjawab. Mereka tidak boleh melepaskan tanggungjawab ini begitu saja, atau cuba mengelakkan diri dari bertanggungjawab.

Nampaknya, pihak SPRM pula kali ini mencemar nama baik pasukannya selepas Azila dan Sirul. Cuma nasib mereka mungkin lebih baik sikit sebab disabitkan dengan individu.

Muhyidin pula seolah-olah terpukul dengan berita ini, beliaulah orang pertama yang bertanggungjawab dalam soal kematian Teoh Beng Hock. Beliaulah individu penggerak untuk menekan pihak PR agar tertekan dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa. Sebab itu bila timbul kes ini, dia cepat-cepat "cover" dengan isu ISA, katanya nak mansuh, katanya nak pinda, katanya nak kemaskini. Mana satu yang dia nak buat ni...?? macam ni lah kalau dah "grabra".

Hamba dok tengok, bila kena tang Umno jer SPRM buat-buat tuli, pekak. Katanya tak cukup bukti, bukti kabur, tak lengkap..... kalau SPRM berani sangat pergi la tangkap Ali Rustam, Khairi dll yang memang terbukti rasuah, atau Umno sendiri yang terang-terang memperuntukkan duit masa PRU lepas melebihi jumlah yang dihadkan oleh SPR sampai kena saman kerana hutang tak bayar.

Wow! wow! apa nak jadi ngan 1 Malaysia ni....?!

1 Malaysia dah tahu perangai Umno ni

1 Malaysia dah sedar kekotoran Umno

1 Malaysia sudah muak dengan Umno

1 Malysia sudah berdia untuk menguburkan Umno, hanya tinggal mereka yang bengap jer tak dapat menerima hakikat nazaknya Umno.

1 Malaysia akan menyaksikan Pakatan Rakyat akan mengambil alih 1 Malaysia.

Read more...

Umno Hadapi Tekanan Kronik

15 Julai 2009

PRK Manek Urai menyaksikan pertembungan tradisi dua parti melayu paling lama berlaku. Tiada noktah perhentian pertembungan ini. Pertembungan memberi erti gah kepada pemenangnya.

Kali ini Umno menghadapi tekanan paling kronik, bukan kerana kalah di Manek Urai tetapi kalah setiap PRK yang diadakan selepas PRU yang lalu. Manek Urai merupakan majlis yang memalukan sayap BN itu, dan membuktikan kepada BN bahawa Umno bukan lagi parti besar melayu yang disebut-sebut sebelum ini.

Umno kalah dalam mengatur strateginya, wang yang banyak tidak lagi dapat meraih apa-apa hanya sekadar sekelumit simpati, jentera besar satu negara termasuk badan kerajaan yang digunakan tidak dapat memberi bekas, janji-janji mega yang disemai tidak bercambah dihati rakyat. Rakyat mula celik helah pemimpin parti, rakyat menimbang seadil-adilnya dengan neraca bebas tanpa paksaan.

Hasil dari tekanan inilah, kita akan dengar pelbagai rombakan peraturan, penyusunan garis panduan dalam setiap PRK atau PRU akan datang, hingga rela mengatakan rakyat tidak pandai menilai kemajuan dan pelbagai lagi untuk mengalihkan tekanan kepada pihak lawan.

Tekanan ini membuatkan Umno sasau, apa lagi langkah yang patut diatur, semuanya sumbang, rakyat sedikitpun tidak menoleh tarian yang dimainkan Umno, yang pasti..... Umno akan berkubur dengan lahad yang digali sendiri.

Read more...

Iktibar Manek Urai, Rawat Akar Pulihkan Pokoknya

Dalam senario yang berlaku dewasa ini tak patut kita Pas mendapat kemengan majoriti yang terlalu tipis. Majoriti ini memang mengecewakan kita terutama mereka yang terlibat secara terus dengan PRK ini. Walaupun begitu ianya terubat dengan kemenangan dan pasrah dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Kali ini cuba kita jangan tengok dulu pihak lawan, renung batang-tubuh kita, apa cacat cela hinggakan mendapat majoriti yang tipis. Kiranya setiap kekesalan yang berlaku kita terus hamburkan kepada pihak lawan itu cara yang tidak betul dan tidak bijak. Sikap sebegini lama kelamaan akan merosakkan diri kita kerana kita sentiasa memandang diri kita sempurna dengan alasan orang lain yang membuat onar atas kekurangan diri yang menimpa terdapat pada kita.

Ini betul-betul memberi pengajaran, pedoman. Kekurangan dalam diri kita (organisasi) semakin terserlah satu demi satu, pertembungan demi pertembungan kita saksikan di dada dada akhbar secara terbuka. Bukan budak penarik beca yang bertembung, bukan si tukang kebun atau pembancuh kopi tetapi mereka yang bergelar pemimpin. Semua berlaku secara rantaian yang seolah tidak berkesudahan. Pihak atasan Pas perlu mengambil langkah-langkah yang perlu, walaupun ianya pahit dan mual untuk membetulkannya.

Isu kerajaan perpaduan nampak reda dimata rakyat, tapi macam mana ngan isu yang tidak ada keputusan seperti isu erdogan dll. Bayangan kumpulan yang bersifat dan bersikap macam Umno bercambah biak meviruskan perjalanan Pas kini. Pahit tapi inilah kenyataannya. Punca masalah ini nampaknya dari akar yang sama, akar yang membusuk dan merosakkan keseluruhan pokok jika tidak dirawat secara betul.

Kiranya rantaian masalah ini tidak dirawat pada akarnya, manakan sampai cita-cita untuk memerintah Malaysia dengan cara Islam, manakan tercapai untuk menjadikan organisasi sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat kalau kita masih menerima nasib yang sama seperti dalam PRU lepas. Apakah kita hanya mengharapkan 3 negeri untuk memerintah, atau inilah harapan kita seumpama mimpi di siang hari.

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631
Peratus.............................. 87%
Undi rosak.......................... 117
Majoriti............................. 65

Penyandang: Ismail Yaacob (PAS)

Undi diperolehi....................5,746
Majoriti:..........................1,352

Read more...

Dilarang Berarak : Jangkaan Pas Menang

14 Julai 2009

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Manik Urai supaya tidak mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan selepas keputusan diumumkan malam esok.

Larangan ini bukan yang biasa berlaku, ianya bermula setelah era Pakatan Rakyat bangkit dan mendapat sambutan rakyat dalam setiap pilihanraya kecil berlaku.

Mungkin ada pihak yang berbulu dengan pesta perarakan yang berlaku di Terengganu, maka larangan ini dikeluarkan untuk PRK seterusnya.

Ketua Polis Kelantan SAC 1 Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran dengan berkata tindakan itu bagi memastikan ketenteraman awam dipelihara dan menegaskan bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada pihak yang engkar.

"Pihak polis akan hadapi sebarang kemungkinan. Kita akan bertindak tegas," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PDRM di Laloh, Manek Urai, dekat sini hari ini.

Jangkaan dalam PRK kali ini Pas mendapat kemenangan besar setelah dirisik oleh perisik-perisik khas sebab itu pelbagai peraturan perlu disebut untuk tidak memudahkan kemenangan Pas dan memastikan kemenangan Pas melalui jalan yang sukar.

Bagi hamba, laluan sukar yang dikirim oleh Umno tidak lagi menjadi halangan besar untuk petugas-petugas Pas. Mereka sudah lali dengan mehnah dan tribulasi. Ibarat "Alah bisa tegal biasa".

Read more...

Doa Untuk Manek Urai

13 Julai 2009

SAMA KITA BERDOA DAN BERMUNAJAT SEMOGA ALLAH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PAS.

YANG DEKAT RINGAN-RINGAN TULANG UNTUK MEMBANTU, YANG JAUH RINGAN-RINGAN MULUT UNTUK BERDOA, INSYA ALLAH KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PARTI ISLAM SEMALAYSIA

Read more...

Diskaun Tol 20% Tidak Banyak Membantu Rakyat

12 Julai 2009

Sempena dengan 100 hari DS Najib bertakhta beliau mengumumkan antaranya diskaun 20% tol dengan syarat.

Syaratnya ialah pengguna yang layak memperolihi diskuan ini adalah pengguna yang menggunakan laluan sebanyak 80 kali dalam sebulan.

Katanya untuk membantu golongan berpendapatan rendah, ini merupakan simpati kerajaan. Beliau ingat rakyat semudah itu digula-gulakan semata-mata meraih kuasa politik sedang manfaat ini adalah teramat kecil dan sempit.

Sepatutnya DS Najib mengumumkan semua tol-tol yang berpotensi diberikan diskaun agar benar-benar membantu rakyat terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Hamba dok rasa, cara DS Najib ini bukan membentu golongan berpendapatan rendah tapi untuk membantu golongan berpendapatan tinggi. Rakyat yang benar-benar berpendapatan rendah tidak banyak membuat perjalanan. Mereka tidak ada duit untuk berjalan, melainkan ulang alik pergi kerja, itu pun dengan motor.

Apa rasionalnya DS Najib laksanakan diskaun ini yang terang-terang tidak banyak banyak membantu golongan berpendapatan rendah. Ataupun beliau hanya ingin memuaskan dan mengisi sesuatu sempena 100 hari takhtanya.

Kita semua rakyat terbanyak masih mengharapkan sesuatu yang betul-betul dapat membela dan membantu kita. Setidak-tidaknya menurunkan semua harga barangan kerperluan harian yang pernah melambung naik, atau mengekalkan tawaran yang diberikan kepada pengguna elektrik tidak perlu bayar penggunaan bawah RM20. Lebih elok lagi kecualikan RM20 pertama macam Selangor buat mengecualikan bayaran pada 20ml pertama. Kalau ini DS Najib boleh buat, kita tabik sebab dia memang dapat membantu golongan berpendapatan rendah bukan macam beri diskaun tol konon nak bantu golongan berpendapatan rendah.

Read more...

Jakim Dapat Balik Pensijilan Halal

09 Julai 2009


Sudah Sekian lama Pensijilan Jakim telah dirampas oleh H.D.C. kononnya untuk memperkasa badan pensijilan halal itu.

Pada peringkat awal lagi pengambil-alihan ini dibantah banyak pihak termasuk kakitangan Jakim sendiri yang sedang bertugas dalam bidang tersebut sebelum diambil alih oleh H.D.C.

Semalam hamba dapat SMS dari kawan yang pernah bertugas dalam pensijilan halal ini katanya : "Alhamdulillah. Kini Pensijilan dan Penguatkuasaan halal telah dikembalikan semula kepada Jakim dari H.D.C. terima kasih atas doa anda". Gembira sungguh ayat saudara kita ni, memang ini pun keputusan yang ditunggu oleh warga Jakim yang pernah bertugas dengan pensijilan halal ini. Sekian lama mereka hidup diperbatasan, serba salah jadinya. Bila pihak Jabatan Perkhidmatan Awam pun tak dapat nak selesai masalah perjawatan mereka. JPA kata kes macam ni tak pernah berlaku dalam kerajaan, ini kes pertama kali.

Tapi yang peliknya, hamba cuba sahkan perkara ini melalui berita tempatan hanya ada dalam Utusan Online saja, bila klik yang kuarnya hanya :

TERKINI

Maaf, tiada bahan untuk kategori dan tarikh yang anda minta. (no story)


hanya ada tajuk jer.

Dah... hamba pun mula la nak buat tekaan sendiri bila ini berlaku.

Apa yang hamba faham, HDC ini dimiliki oleh Khairi Jamaluddin, beliau nampak ini merupakan peluang bisnes yang untung, tu yang dia nak sebat dari Jakim. Bila bapa mertuanya dah tak ada jawatan, dia pun hilang kuasa nak perlakukan jabatan kerajaan sesuka hati.

Pengajarannya : orang ini merupakan pelapis untuk jenerasi akan datang dalam kepimpinan Umno, kalau inilah orangnya, maka kita dan jenerasi kita akan menerima nasib yang sangat malang.

Read more...

Wacana Ilmiah Petanda Positif

06 Julai 2009

Wacana Ilmiah yang dirancang menampakkan petanda positif dari kedua-dua pihak, pihak Pas dan Umno apabila pergerakan Pemuda Umno telah menyatakan persetujuan untuk menerima pelawaan Dewan Pemuda PAS agar diadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.

Nampaknya situasi perbincangan, debat, pertemuan secara terbuka sudah mula berputik dalam senario politik negara kita. Kalau sebelum ini kita hanya menyaksikan negara-negara maju yang senang menggunakan kaedah ini, kali ini negara kita mula menunjukkan minat ke arah itu. Ini semua hasil kepimpinan kita yang berlatarbelakangkan pengalaman dan pendidikan yang sepatutnya hingga mereka lebih selesa dan memilih jalan ini. Bermakna rakyat jelata boleh menilai hasrat, cita-cita, perancangan, pandangan sesuatu pihak dalam pelbagai isu semasa debat atau selepasnya.

Apa yang pastinya, rakyat mahukan ianya berjalan dengan telus dan melalui saluran yang benar-benar sampai kepada rakyat secara menyeluruh. Bermakna TV1 adalah medan media terbaik untuk menyiarkannya bukan TV9 yang kebanyakan kawasan terhad penerimaan siarannya.

Surat pengesahan Khairi sudahpun dihantar kepada pemuda Pas semalam yang menunjukkan pemuda Umno menyahut panggilan selepas pemuda Pas memberi tempoh 7 hari untuk menjawab surat tersebut. Jangan selepas ini Khairi pula kata saya tidak tahu menahu tentang wacana ini, dengan alasan bukan saya yang mengetur macam yang berlaku kepada Husyam tempoh hari.

Kali ini kita sebagai pemuda Malaysia boleh berbangga dengan keberanian mereka untuk berwacana. Kita boleh menilai sendiri apa yang kita dengar setelah digandingkan dengan maklumat yang sedia ada. Buka minda kita untuk menilainya, jangan sesekali sempitkan dada kita untuk menerima yang benar.

Read more...

Kali Ini Hisyam Macam Best

Kali ini Hisyam nampaknya benar-benar best dalam memperjuangkan Melayu/ Bumiputra. Kalau betul Adun Dap ni kata gitu nampak gayanya hamba ada sedikit bersama nada Hisyam. Tapi biar betul-betul dia kata dengan niat. Bukan apa, akhbar arus perdana ni memang tak boleh caya pun, suka putar belit ucapan dan kenyataan. Nanti tak pasal-pasal Dr. Boo jadi mangsa macam yang berlaku kat Seputeh tak pepasal masuk kedalam kerana dek akhbar jer.

Dalam kes ni hamba berpendapat Hisyam kena berhati-hati supaya tiada orang yang terinaya dengan kuasa yang dia pegang. Hisyam akan dipertanggungjawab penuh akhirat nanti dengan kuasa yang diberi.

Hishammuddin beri ADUN DAP Skudai amaran

Jangan ulangi kenyataan samakan dasar bumiputera dengan aparteid

KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Skudai, Dr. Boo Cheng Hau yang sekali lagi menyamakan konsep bumiputera dengan dasar aparteid Afrika Selatan.

Boo yang juga Ketua Pembangkang di DUN Johor didakwa mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya pada majlis pidato Persatuan Cina dan disiarkan akhbar bahasa Mandarin Selasa lalu.

Dakwaan tersebut bukan kali pertama keluar daripada mulut Boo kerana pada 26 Februari lalu wakil rakyat itu yang juga Pengerusi DAP Johor pernah mengeluarkan kenyataan sama dengan mendakwa konsep bumiputera menyamai ideologi aparteid.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemeteriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap Boo jika kenyataan beliau itu mengandungi unsur hasutan.

"Saya sedang kaji secara serius isu ini. Ini kali kedua dia buat macam tu.

"Saya minta dia berhenti kerana mengatakan sesuatu yang boleh memecahbelahkan rakyat di sidang Dewan Undangan Negeri merupakan perkara yang saya tidak akan kompromi.

"Itu merupakan kenyataan yang cukup jahat niat dan matlamatnya," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata:

"Dia (Cheng Hau) tidak boleh sembunyi di belakang DUN untuk membuat kenyataan-kenyataan seperti itu."

"Saya sendiri pun tidak boleh meletakkan diri melebihi undang-undang sedia ada. Apatah lagi dia yang menimbulkan isu sensitif khususnya kepada rakyat di Johor," katanya.

Ditanya adakah ADUN DAP itu akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata: "Banyak lagi undang-undang lain yang boleh digunakan selain ISA."

Read more...

PR Putus Pendirian DAP Kedah Hujung Minggu: Usah Makan Hati Berulam Jantung

03 Julai 2009

Dulu zaman bujang, mana nak pergi tiada siapa tanya. Kalau ada yang tanya pun kawan-kawan sepermainan sekadar bertegur sapa, pemanis mulut, mereka tiada hak untuk campur tangan dalam urusan peribadi seseorang. Setiap destinasi diatur sendiri walaupun rakan-rakan sangsi, mereka tetap tiada hak atas hala-tuju dan keputusan yang kita buat. Begitu jugalah situasi ini berlaku kepada kita, kita sesekali tiada hak untuk mempersoalkan setiap tindak-tanduk orang lain yang tiada sangkut paut dengan kita, setiap orang dikira baik kiranya tidak bersikap menjaga tepi kain orang lain. Melainkan meluahkan dengan cara yang terhormat dan beradab.

Kalau pergi usah ditanya, begitu dengan waktu nak balik, pukul berapa nak balik apa kita nak ambil peduli, mereka pun sama tak akan peduli dengan rencah kehidupan kita.

Itu kisah dulu, sekarang sudah lain. Sekarang sudah berkahwin, zaman berkeluarga. Setiap langkah kita akan dipersoalkan oleh pasangan. Urusan kita adalah sebahagian urusan pasangan, hala-tuju kita juga sebahagian hala-tuju pasangan, keputusan kita sebahagian keputusan pasangan, setiap degup jantung kehidupan kita juga dikira sebahagian degup kehidupan pasangan. Kita sudah tidak sebebas dulu, banyak perkara yang bersangkut-paut dengan pasangan kita, kita sudah mempunyai komitmen untuk dipenuhi dalam berpasangan. Begitu dengan mereka terhadap kita, masing-masing mesti menjaga hati-budi, perasaan, dan kesetiaan terhadap pasangan.

Kalau rukun berpasangan di atas tidak dapat dipenuhi, maka akan timbul pelbagai krisis rumah-tangga. Perasaan prasangka, cemburu, tuduh-menuduh, cela-mencela, ungkit-mengungkit dan semua yang terlindung akan terdedah bila keharmonian berumah-tangga ternoda. Perkara ini bertambah buruk lagi jika ada campur-tangan pihak ketiga yang sememangnya cemburu dengan keharmonian dan kenikmatan yang sedang dikecapi. Atau pihak ketiga mempunyai kepentingan untuk meleraikan pasangan yang bahagia. Atau pihak ketiga membalas dendam dek kerana lamarannya pernah ditolak dulu maka inilah masanya menusuk jarum perpecahan dengan harapan lamaran yang pernah ditolak dahulu kalau-kalau menjadi miliknya semula.

Bila timbul krisis yang tidak dapat dibendung dalam berpasangan maka keserasian menjadi persoalan. Kufu dan Rasi mula mengimbau, menghambat kotak pemikiran. Akhirnya yang dipersalahkan ialah Kufu dan Rasi sebagai batas pergaulan dalam berpasangan.

Begitulah situasi yang sedang Pakatan Rakyat hadapi sekarang, perkara ini berderetan dan terus berlarutan bertali-arus. Kali ini, pihak ketiga betul-betul gembira dan mengambil kesempatan atas perkara ini. Mereka menangguk di air keruh untuk mendapatkan sekelumit kepuasan serta melepaskan api kesumat yang terpendam.

Inilah masanya pihak ketiga (Umno-BN) menutup pekung yang berlaku dalam pasangan mereka dengan menyanangkan keburukan dan kekurangan orang lain dengan harapan tertutup pekung mereka, atau setidak-tidaknya rakyat melupakan apa yang berlaku dalam kompenan BN walaupun untuk seketika.

Kerana apa?! kerana mereka (Umno-BN) cuba yakinkan pengundi Manek Urai bahawa merekalah gabungan yang terbaik untuk menjadi pilihan rakyat. Mereka ingin lupakan rakyat yang gabungan mereka sedang retak menanti belah seperti yang berlaku di Terengganu, Perlis dll negeri hingga sanggup mendakwa atas apa jua kesalahan mana-mana wakil komponan yang berani keluar gabungan atau membuat onar. Mereka boleh buat, kerana remot kontrol ada ditangan mereka.

Bagi PR, kalau perkara ini tidak ditangani secara bijak pasti akan mempengaruhi keputusan pilihanraya kelak terutama di Manek Urai yang tidak berapa lama lagi. Perlu ingat! walaupun Manek Urai mempunyai majoriti melayu dan kubu kuat Pas, tapi Pas dan PR bukan takat Manek Urai akan ada PRK, PR akan terus berdepan dengan PRK seterusnya yang mungkin keadaannya tidak sama dengan Manek Urai.

Pas dilahirkan dan bertatih keseorangan, sama dengan Dap, lain pada PKR. Kalau dalam adat berpasangan tiada lagi serasi hilang sekufu, hamba yakin Pas masih boleh teruskan perjuangan walaupun terpaksa kembali bertatih, hamba juga yakin PKR akan tetap setia dengan PR yang dibentuk bersama. Kalau pasangan berpatah-arang berkerat-rotan, apa guna kita memujuk mereka yang kecewa, biarlah ia bergi berlalu daripada bersama kita dalam keadaan makan hati berulam jantung.


Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat yang akan bermesyuarat hujung minggu ini akan membuat keputusan berhubung tindakan DAP Kedah yang mengumumkan keluar pakatan semalam.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat sekretariat Pakatan Rakyat yang dipengerusikan beliau tengah hari tadi telah menyentuh mengenai perkara itu dan akan dibincangkan di mesyuarat peringkat tertinggi parti itu.

"Dalam mesyuarat tadi, kita bincang untuk mengadakan Majlis Mesyuarat Presiden sebelum pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

"Kita akan bincangkan tentang isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan DAP di Kedah.

"Hasil daripada perbincangan itu nanti akan dikemukakan kepada kedua-dua negeri itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu yang antara lain turut bertindak merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di KampungBerjaya.

Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Katanya, kerajaan negeri kini sedang mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara itu.

"Tidak timbul masalah bekalan (daging babi) seperti yang dibangkitkan kerana ada dua tiga tempat pusat penyembelihan lagi dan itu tidak menjejaskan bekalan kepada masyarakat Cina di Kedah," katanya.

Salahuddin berkata, isu itu hanyalah masalah dalam pentadbiran negeri dan ia akan diselesaikan secara politik dan pentadbiran dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Read more...

Jawatankuasa Parlimen PR Memperkasa Sidang Dewan Rakyat Untuk Kepentingan Rakyat

Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan satu jawatankuasa yang bertujuan untuk memperkasakan ahli Parlimennya ketika berbahas mengenai sesuatu Rang Undang-Undang.

Ahli Parlimen Gombak yang juga Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika mengumumkan berkata, setiap ahli Parlimennya diberikan tugas menjaga setiap kementerian yang sedia ada pada masa ini.

"Ini bukanlah Kabinet bayangan. Penubuhan jawatankuasa ini untuk kita tumpukan kepada urusanParlimen. Bila Pakatan Rakyat adakan pakar untuk sesebuah kementerian, bila ada rang undang-undang, setiap anggota yang diberi tanggungjawab menjaga mana-mana kementerian dapatlah berbahas dengan baik lagi.

"Kita mahu semua anggota Parlimen kita menyiapkan diri ketika berbahas. Senarai ini telah dibincang dan diperakukan oleh majlis tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kerajaan bayangan ini diberikan gelaran oleh media sahaja, sebenarnya bukan," katanya ketika seidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mohamed Azmin berkata, jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional.

"Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing," katanya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang diberikan tugas menjaga Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu antara mereka yang diberikan tugas yang sama ialah Mohamed Azmin, R. Sivarasa (PKR-Subang), Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak), Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok), Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) dan John Fernandez (DAP-Seremban).

Kementerian Dalam Negeri ditugaskan kepada Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), Salahuddin dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) manakala Kementerian Kewangan diberikan kepada Mohamed Azmin, Dr Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) serta Kementerian Pelajaran ditugaskan kepada Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau), Che Uda Che Nik (PAS-Sik) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Read more...

DAP keluar: PAS terkejut, Pakatan bincang tengah hari ini

02 Julai 2009

Apakah ini suatu balasan dari ledakkan kerajaan perpaduan, DAP cuba menguji kesetiaan bila mereka merasa tersisih barangkali sejak timbulnya isu kerajaan perpaduan.

Tetapi cubaan yang DAP terhadap pakatan rakyat kali ini amat-amat mencabar PR, seolah-olah mereka adalah kompenan yang dominan dalam PR.

Memang PR memerlukan DAP dalam melengkapkan PR, tetapi hamba rasa kalau ini karenahnya dalam kita nak hadapi Manek Urai yang sudah tentu mencabar, dia pulak yang jolok dari belakang sedang musuh betul-betul berhadapan dengan kita.

PETALING JAYA: PAS Pusat terkejut dengan keputusan DAP Kedah yang mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat negeri atas alasan tidak memperoleh penyelesaian memuaskan siri masalah yang wujud sejak Mac 2008.

"Kami agak terkejut dengan tindakan sedemikian rupa (keputusan DAP Kedah keluar Pakatan) kerana (mereka) patut tunggu pendirian kepimpinan pusat mereka," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online lewat malam tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah sambil mengakui kewujudan masalah-masalah khususnya yang berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Alor Setar berkata, beliau yakin bahawa kepimpinan pusat mempunyai pendirian terbuka dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan perkembangan tersebut pada mesyuarat khas di bangunan Parlimen tengah hari ini.

"Saya yakin kami akan mencari penyelesaian terbaik hari ini apabila pemimpin Pakatan Rakyat bertemu," katanya.

"...akan ada satu penyelesaian sebagaimana kita selesaikan isu kerajaan perpaduan (minggu lepas)," katanya.

Perkembangan ini wujud 10 hari selepas Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seharis selepas Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat di sini.

Agenda keputusan DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat akan menjadi agenda utama walaupun mesyuarat hari ini sebenarnya merupakan pertemuan biasa, kata beliau.

Sehubungan itu beliau juga menafikan bahawa Pakatan Rakyat Kedah sudah mula "rapuh" dengan keputusan DAP negeri semalam.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakankerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

"Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau.

Read more...

DAP Pusat sokong keluar Pakatan Kedah

KUALA LUMPUR: DAP Pusat menyokong kepimpinan parti itu di peringkat Kedah yang semalam memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat ekoran kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan siri masalah sejak Mac 2008.

"Saya menyokong penuh dan memberi 'perakuan' ke atas keputusan untuk membawa keluar DAP daripada Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat," kata Naib Pengerusi DAP, M. Kulasekaran ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, kepimpinan tertinggi DAP menyedari kewujudan isu-isu yang menjadi punca kepada perkembangan terbaru ini.

Difahamkan dalam apa juga kes membabitkan tindakan DAP negeri, keputusan mereka perlu memperoleh perakuan kepimpinan pusat iaitu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi membuat keputusan.

Sambil mengakui dua isu utama iaitu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar dan kuota 50 peratus ekuiti bumiputera dalam projek pembangunan perumahan yang dikuatkuasakan sejak September lalu, Kulasekaran berkata:

"Menteri Besar Kedah seharusnya dan sewajarnya telah menyelesaikan isu-isu ini."

Beliau turut melahirkan kebimbangan masalah yang sama akan "menjangkiti negeri-negeri lain."

"Kebimbangan saya ialah perpecahan di Kedah akan merebak ke negeri-negeri lain. Keadaan ini sudah tentu perlu dikawal.

"Sebelum kita mencari penyelesaian, kita perlu mencari punca masalah," katanya.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

"Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau.

Read more...

BILA KDN BENTERAS JUDI

Kita patut sambut baik hasrat hisham nak benteras judi, kita tahu judi adalah merupakan suatu perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Tidak ada istilah dalam syara' yang menghalalkan judi.

Hisyam perlu tahu, judi tidak ada yang haram dan yang halal. Judi juga telah berleluasa dalam negara kita sejak dulu lagi hingga sekarang. Magnum, TOTO dan entah apa jenama lagi juga termasuk dalam judi, ni pun patut Hisyam haramkan, benteraskan habis-habisan. Lesen yang ada dibatalkan. Tapi berani ke Hisyam nak buat gitu???!!!

Fuh!!! ni persoalan yang berat untuk dijawab kan?!! sebab berkait dengan bangsa lain, mungkin itu jawapan yang dikira utuh untuk kemukan kepada umum.

Ada lagi persoalan, selama ini ada pihak mendakwa tokey-tokey judi ni lah yang sponsor Umno bila nak ngundi atau membereskan projek-projek khas, betul ker tu?? hamba pun takleh nak jawab beb! apa yang hamba tahu.... tokey-tokey ni makin gemuk dengan aktiviti mereka seolah-olah ada protection la pulak.

Hisyam!! hasrat U cukup baik, hamba sambut dengan gembira. Tapi sebagai seorang menteri buat la alasan relevan sikit. Ada ker kata mereka yang berjudi di internet dengan menggunakan kad kredit boleh menular kepada jenayah ragut dan gangsterisme. Kalau U celik, peragut biasanya tak berjudi ngan internet, mereka cari makan ngan ragut jer, hamba yakin peragut ni boleh kata tak pandai apa itu komputer dan internet, mungkin orang-orang U dah buat research kot! apa nak kata.

Bagi hamba, bukan judi yang diharamkan saja membawa masalah kepada diri dan masyarakat. Judi yang Hisyam halalkan pun lagi membawa masalah.

Judi yang dihalalkan inilah yang membawa kepada gangsterisme untuk melindungi perniagaan mereka. Mereka mesti ada samseng-samseng upahan, setidak-tidaknya bercambah judi-judi yang kesinambungan dari yang halal. Bukan sikit agen jualan nombor ekor secara gelap yang terdapat di negara kita ni, mungkin yang ini Hisyam takder maklumat kot.

Atau hamba lebih setuju jika Hisyam kata, kita terpaksa haramkan nombor ekor kerana timbulnya masalah dan jenayah, peragut-peragut meragut kerana nak beli nombor ekor. Kalau alasan ni memang cukup relevan.

KDN, Bank Negara bekerjasama banteras judi online - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri sedang bekerjasama dengan Bank Negara bagi menghalang amalan perjudian melalui internet yang menggunakan kad kredit yang kini dilihat semakin berleluasa, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya sehingga kini, sebanyak 2,500 laman web dikenalpasti menawarkan perjudian secara online.

"Saya melihat perjudian online satu perkara serius dan kalau tidak dibendung sekarang, ia boleh menular kepada jenayah lain yang mungkin menyebabkan meningkatnya kadar jenayah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun sesetengah negara menganggap amalan berjudi secara online sebagai satu industri, tetapi di Malaysia, ia mungkin menggalakkan jenayah seperti gejala Ah Long, gangsterisme dan ragut.

"Berjudi lamakelamaan akan berhutang. Apabila tidak dapat membiayai hutang, jalan mudah untuk penuhi nafsu ketagih judi, maka akan jadilah kejadian ragut, Ah Long dan rompakan yang akan mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan rakyat," katanya. Hishammuddin berkata kebebasan internet tanpa kawalan sehingga merosakkan masyarakat boleh mengancam keselamatan negara.

Beliau juga berkata sehingga Januari lepas, lebih 2,900 premis yang menawarkan aktiviti perjudian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah diserbu dengan 2,600 orang ditahan.

Hishammuddin berkata beliau turut bercadang turun padang ke kawasankawasan panas sekitar Kuala Lumpur bagi melihat sendiri kawasan yang sering dijadikan lokasi peragut.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kita dan menteri sendiri akan melihat kepada kawasankawasan panas ini untuk cari jalan bagaimana ia dapat ditangani secara menyeluruh," katanya. BERNAMA

Read more...

Marah kerajaan negeri: DAP keluar Pakatan Rakyat Kedah

KUALA LUMPUR: DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su ketika dihubungi mStar Online.

"Keluar, kami sudah buat keputusan... ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Su berkata, ia merupakan antara beberapa isu yang tidak menemui penyelesaian walaupun dibangkitkan dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kata beliau, pihaknya akan memanjangkan keputusan itu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam waktu terdekat untuk pengesahan.

"Keputusan ini perlu mendapat pengesahan CEC," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Pusat DAP, Teresa Kok ketika ditemui di lobi Parlimen memberitahu, beliau menyedari tentang keputusan tersebut sebentar tadi.

"Mereka mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan negeri tidak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul... DAP Kedah mendapati banyak masalah masyarakat bukan Melayu tidak diselesaikan," katanya.

Ketika ditanya sama ada DAP akan membincangkan isu itu dalam waktu terdekat, Teresa memberitahu, perkembangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di sini esok.

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP