"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Sex Sebagai Modal UMNO/BN

17 Februari 2009


Nampak sangat puak-puak UMNO/BN ni ketandusan modal nak hentam PR. nak tunggu PR buat salah memang susah atau tak ada. Maka mereka mencipta sendiri untuk dimasalahkan kepada PR.

Buat masa ini modal mereka adalah sex, melalui cara ini mereka sudah berjaya menjatuhkan seorang ADUN Kedah dan mereka terus-terusan menggunakannya sebagai senjata.

Antara hadaf mereka ialah untuk menjatuhkan maruah PR di mata rakyat, mengucupkan kepercayaan rakyat kepada PR, menggunakan modal tersebut sebagai modal untuk pilihanraya kecil akan datang yang akan berlangsung di kedah dan Perak.

Hamba percaya, rakyat tidak akan terpedaya dengan permainan yang menjijikan ini, melainkan rakyat yang ber"quran"kan BH atau UTUSan atau tertelan habuan TV arus perdana.

Berak Sendiri Gempar
Salah satu strategi untuk membusukkan orang dengan berak di kawasannya,lepas tu gemparkan kepada orang ramai yang tuan punya tahi adalah milik tuan kawasan supaya orang itu terus membusuk namanya di khalayak ramai. Begilah mungkin cara BN/UMNO buat untuk PR. Cuba lihat najis ini...

"Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo datang dengan kenyataannya, "Wong mesti meletakkan jawatannya."

"Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.

"Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya," kata Khir sebagaimana yang dilaporkan Malaysiainsider.com."


Hamba percaya dia yang berak atau dia tahu siapa berak, kalau tidak manakan dia bersungguh-sungguh dirasuk sebegitu rupa.

Selain dia, hamba lihat dalam berita Bernama, mantan Menteri di Kem. Belia dan Sukan juga senada dan seirama dengan ketua pembangkang Selangor ini. Dia orang ada pakat apa?!! yer la puak-puak ni adalah puak gelang getah pink (hamba kurang pasti istilah yg betul).

Jadi saranan hamba, pihak berwajib yang sedang menyiasat perkara ini mesti menyenaraikan sama 2 orang tersebut sebagai suspek utama. Jangan pulak bila pihak UMNO/BN dia orang lepas tangan lak??

"Macam kenal jer kentut ni, pernah terhidu, tapi dimana yer??!!!"

1 ulasan:

Awanama Selasa, 17 Februari 2009 7:37:00 PTG MYT  

Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

"Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

"Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

"Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

"Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

"Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

"Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".


View Profile: Rantong™

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP