Pemergian Allahyarham Hj. Roslan Gerhana Buat UMNO/BN
09 Februari 2009
Takziah hamba ucapkan kepada ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat handainya atas pemergian Allahyarham Hj. Roslam Shaharum yang disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Maka bermulalah episod ambang PRK bagi kawasan Bukit Gantang, inilah satu wadah yang akan ditunjukkan oleh pendokong dan penyokong PR dalam membantah kerajaan "HARAM" Perak masa ini. Hamba pasti PRK kali ini lebih panas berbanding dengan PRK Permatang Pauh atau pun di KT tempoh hari.
PRK kali ini akan menyaksikan rakyat Perak khususnya "berpesta kempen" sebagai tanda protes untuk BN/UMNO. Kemungkinan PRK ini juga antara yang dikategorikan sebagai "PRK GARIS MERAH". Semua pasukan keselamatan akan berkampung di Perak dengan jumlah yang amat besar berbanding di PRK KT tempoh hari.
Sekali imbas, PRK kali ini PAS/PR berpontesi besar untuk memenanginya. Tetapi harus diingat!!! selagi pengundian belum berlanglung, keputusan belum diumum semua perkara boleh berlaku. Oleh itu, semua petugas-petugas PR harus mengambil tanggungjawab sebagaimana PRK PP dan KT atau melipatgandakan usaha. Sekira PR kalah dalam PRK kali ini, UMNO/BN seolah-olah dapat mengubati luka PP dan KT tempoh hari, mereka akan mendabik dada, menguak kepak ibarat ayam jantan lepas senggama.
Setiap orang ada cara sendiri dalam mengambil bahagian PRK ini, ada yang terus turun ke lapangan, ada melalui alam maya seperti pengendali blog, web dsb. pendek kata semua kelebihan yang kita ada, maksimumkan usaha kita untuk memastikan PRK BG kali ini juga milik PR.... TAKBIRRRR .. ALLAHU AKBAR!!!
Kiranya BN/UMNO kalah lagi kali ini, maka GERHANALAH buat mereka dalam meneruskan egenda politik tanahiar. Kemungkinan jalan PR ke Putrajaya terbentang luas dengan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam PRU akan datang.
Jangan pula PAS dok sibuk siapa calunnya, ambik pengajaran di KT
0 ulasan:
Catat Ulasan