"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

"Sahabat" Untuk Siapa dan Untuk Apa??

16 Februari 2009

Semenjak tercetusnya krisis pemerintahan kerajaan Perak banyak pihak yang bersuara untuk menyatakan sokongan institusi beraja dan mengecam sesiapa yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh raja. Kalau sebelum ini raja-raja melayu "ditelanjangkan" tiada siapa yang bersuara melainkan pembangkang kerajaan pusat.

Sebagaimana semua maklum, raja-raja melayu pernah "ditelanjangkan" khalayak ramai melalui media-media dengan salah-laku, peranan raja-raja dalam negara, serta mempertikaikan kedaulatan raja-raja melayu bahkan menuduh raja-raja melayu sebagai pengacau dalam pentadbiran UMNO/BN suatu masa dahulu.

Hamba cukup hairan, kenapa golongan ini beria-ria benar tentang kedaulatan, keutuhan, kehormatan raja-raja melayu selepas krisis Perak. Secara peribadi berdasarkan kepala hotak hamba yang singkat ini, hamba dok pikir mesti dia orang ni ada sesuatu di sebaliknya.

Kalau UMNO kita dah tahu yang mereka nak bodek raja-raja untuk memihak kepada mereka kerana tika ini kalau nak harapkan rakyat memihak kepada mereka mungkin tidak sama sekali. Maka mereka menggunakan institusi raja untuk mengukuhkan kembali kedudukan mereka di mata rakyat. Ini terbukti dengan PRU12 dan 2 PRK baru-baru ini.

Tapi antara yang beria-ia bukan atas nama UMNO yang terlebih sudu dari kuah atau mereka ini adalah budak suruhan UMNO/BN untuk menyampaikan kepada rakyat hasrat UMNO untuk mendapat sekelumit simpati rakyat kerana kalau UMNO sendiri sampaikan sudah tentu rakyat menolaknya mentah-mentah.

Dari satu sudut hamba sangat setuju dengan apa yang diutarakan oleh "sahabat" dalam mengembalikan kedaulatan raja-raja melayu, tetapi hamba sangsi dengan niat "sahabat" ini. Apakah mereka ikhlas atau hanya untuk mendapat pengiktirafan, untuk dipandang persatuan mereka yang sangat "melayu" atau mereka mahukan "kontrak" status di mata pemerintah sebagaimana yang diperolihi oleh beberapa badan lain seperti PAKEDA (dengan maaf menyebutnya. Kiranya inilah niatnya, maka "sahabat" termasuk dalam golongan mereka yang mempersendakan melayu dan raja-raja melayu.

• Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia (Sahabat) hari ini menggesa kerajaan agar mengembalikan kekebalan raja-raja sepenuhnya bagi menggelakkan institusi itu dari terus diperlekehkan.
• Presiden serta pengasasnya, Syed Husain Syed Mansur Al-Shahab berkata, kekebalan itu secara tidak langsung akan mengembalikan semula kedudukan raja-raja Melayu selain menutup mulut mereka yang menderhaka serta menghina institusi berkenaan.
• Beliau yakin sekiranya kekebalan raja-raja diwujudkan kembali, isu-isu berbentuk penghinaan terhadap institusi itu yang kini berlaku tidak akan timbul.
• "Gesaan ini adalah persediaan bagi mengelakkan perkara-perkara yang lebih dahsyat daripada berlaku," katanya kepada pemberita selepas upacara simbolik Menjunjung Kasih dan Sumpah Taat Setia kepada Raja-Raja Melayu di Kampung Baru di sini hari ini


Satu lagi kenyataan yang hamba kurang setuju dengan akal cetek ini. Kenyataan yang menyatakan "Kalau tiada raja-raja melayu maka tiadalah melayu". Wahai saudara-saudaraku ketahuilah bahawa yang mengadakan kaum, keturunan, bangsa, bahasa bukanlah daripada kalangan makhluq tetapi daripada Khaliq yang maha mencipta. Kalau nak ta'assub/ ekstrem pun biarlah bertempat sampai mempertikaikan ciptaanNya yang Maha Agung, na'uzubillah. Biarlah kejahilan kita berlapik, usah kita terjebak dalam syirik khafi yang pernah digambarkan oleh Rasulullah "seperti semut hitam di atas batu hitam dan di tempat yang gelap gelita".

Kalau orang-orang seperti ini menjadi penaung kita di dunia ini, apakah kita masih redha??!!! apakah mereka boleh membawa kita ke jalan yang selamat???!!! Nampak gayanya kalau berterusan lagi... tunggulah saatnya akan tiba, kalau dulu kita dengar Bosnia, kini Palastin, akan datang....????!!!!!

"Raja adalah payung rakyat, pemerintah, pengurus ehwal rakyat di dunia, Rab adalah RAJA manusia di dunia dan di akhirat tidak pernah berdosa kerana ia mencipta dosa, tidak pernah tersalah kerana ia Maha Sempurna. Apa ada lagi selain daripadaNya...?! "

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP