"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Perak Dalam Dilema

04 Februari 2009


Hamba agak tersentak urat kepala bila dengar berita radio petang tadi masa dalam perjalanan balik dari Putrajaya yang mengatakan Kerajaan Perak yang diterajui terpaksa bubarkan DUN atas sebab 3 kerusi PR telah mengumumkan keluar dari PR. Memang dari mula lagi kita lihat ketidaksetabilan kerajaan ini, apabila PAS menerajui atas perkenan DYMM Raja Perak.
Ini ditambah pula dengan gangguan pihak luar yang tidak suka kepada PR merancang pelbagai cara untuk melemahkan sekali gus menjatuhkan kerajaan PR Perak. Seteru parti ini menggunakan pelbagai cara dan kaedah walau apa jua pun untuk memuaskan keinginan mereka.
Hamba bersetuju hati sangat dengan hasil nukilan dari rakan blogger yang mengatakan:

"Rakyat tentu tidak mahukan pemimpin sebegini menjadi PM.Begitu juga dengan Nasaruddin yang berlakon menyertai PKR,rupa-rupanya talam 2 muka dan sanggup menipu 15 ribu rakyat Perak ketika berceramah di Bota baru-baru ini.Nasa tak layak jadi MB Perak walau apa jua alasan yang digunakannya untuk kembali semula menyertai UMNO setelah 10 hari berada di dalam PKR.

Tok nak SPRM siasat aset yang dimiliki Nasa yang juga bekas Pegawai Daerah Temerloh.

Jika esok BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Perak,satu sejarah hitam dalam politik tanahair berlaku dan generasi akan datang kelahiran Perak akan melihatnya melalui Hari Ini Dalam Sejarah.Hari di mana demokrasi telah mati,rasuah politik makin berkembang dan meracuni minda dan hati wakil-wakil rakyat yang ketagihkan ganjaran material.

Tentu baginda Sultan Perak tidak mahu melihat negeri baginda diperintah oleh penipu,penyangak dan kaki rasuah.Imej negeri di kaca mata pelabur asing bertambah buruk dan rakyat Perak dan Malaysia akan menjadi semakin benci kepada kerajaan UMNO-BN.

Selama mana kerajaan BN mampu memerintah negeri Perak berbekalkan kelebihan beberapa ADUN.Esok-lusa mungkin ada penyeberangan ADUN BN menyertai Pakatan Rakyat dan kuasa pemerintahan kerajaan negeri Perak akan kembali kepada Pakatan Rakyat.

Sultan yang berjiwa rakyat tentulah dekat di hati rakyat dan tindakan yang bijaksana ialah menyerahkan soal pemerintahan negeri kepada rakyat Perak.Persoalan satu pembaziran jika diadakan pilihanraya bukanlah satu isu kerana selama ini UMNO sering berbelanja mewah dan membazir ketika memerintah negeri Perak dan negara Malaysia.

Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu di samping kebiadapan pemimpin UMNO Perlis dan Terengganu terhadap Raja dan Sultan mereka.

Tok sendiri tidak akan berputus asa kerana segala perancangan manusia,perancangan Allah akan mengatasinya.

Persoalan menggadai tanah,suatu ketika dulu juga pemimpin UMNO pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew dan Pak Lah pula menyerahkan pulau Batu Putih kepada Lee Hsien Long,anak kepada Lee Kuan Yew.

Jika Kerajaan Negeri Perak dirampas secara keji begini,di manakah letaknya rasa hormat pemimpin UMNO terhadap Sultan Perak.Najib dengan rasa megah tanpa menunggu keputusan baginda Sultan Perak,telah menegaskan Perak kini di bawah kekuasaan BN.

Masyarakat dunia sedang memerhatikan pergolakan politik negara kita terutamanya yang berlaku di Perak ketika ini.Baginda Tuanku Sultan Perak sendiri arif tentang situasi ini dan kebijaksanaannya sebagai Ketua hakim negara suatu ketika dulu amatlah dikagumi rakyat Malaysia.

Janganlah tuanku biarkan negeri Perak berada semula ke tangan petualang bangsa Melayu seperti najib.rakyat Perak hanya mampu berdoa agar keputusan baginda tuanku merupakan satu keputusan yang adil dan bijaksana"

Wahai pencinta kesucian dalam kehidupan, anggaplah ini semua suatu hikmah yang banyak tersembunyi disebaliknya, sama-sama kira selongkar hikmah itu sama ada yang tersurat atau yang tersirat untuk dijadikan panduan di masa depan.
Wahai PKR.... ini adalah suatu ujian bagi kamu, lepas ni tarbiahlah ahli-ahli mu terutama pendokongnya supaya mendalami perjuangan, bezakan matlamat kamu dan semuanya dari UMNO/BN. Ahli-ahlimu tidak teguh berdiri di atas perjuangan yang dilaungkan oleh parti bahkan dipersendakan oleh musuh-musuh parti sebagaimana yang terjadi kepada ADUN Bota (kalau betul tanggapan Bota hanya melengahkan/melalaikan PR dalam isu kehilangan 2 ADUN PR)
Hamba pun kurang bermaya untuk terus menghentak jari atas keyboard ni, apa pun kita sama-sama tunggu keputusannya esok 5/2/09.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP