2 ADUN PKR Nak Lompat : Elok Tapi Tak Bagus
01 Februari 2009
Setakat ini berita kehilangan 2 ADUN Perak menjadi perbualan hangat para pengikut perkembangan politik tanah air, da menjadi tanda Tanya kepada semua pihak termasuklah pemimpin PKR sendiri.
Ura-ura yang mengatakan mereka bertemu dengan TPM di Pekan untuk berunding bertiup kencang dalam maklumat politik tanaj air. Setakat ini tidak ada sumber yang jelas di manakah mereka berada.
Bagi hamba, kalau betul 2 orang ni nak keluar PKR dan menyertai UMNO/BN tidaklah menjadi pelik kerana perangai mereka tak ada beza dengan golongan yang mereka akan kembali. Bermakna Kerajaan Perak akan kehilangan 2 kerusi DUN yang sekarang ini hanya beza beberapa kerusi sahaja. Ini yang tak bagusnya.
Ketahuilah, walaupun begitu pihak PR masih bertuah dan beruntung dalam sudut moral. Apa tidaknya, mereka ini suka mengambil ”sedekah” tidak kira apa jua bentuk semua diandaikan sedekah dan kena terima.
Kalau orang begini masih dalam PR, hamba percaya inilah barah yang akan membusuk dalam PR nanti serta membawa masalah dan mencemar maruah PR di mata rakyat sedang PR meningkat kepercayaan dari rakyat jelata.
Kalau betul mereka mengambil tindakan sedekian, maka tidak sama tindakan mereka dengan ADUN Bota, kerana Bota keluar UMNO dan menyertai PKR bukan untuk kepentingan peribadi atau tawaran sebarang imbuhan yang dipertaruhkan atas tindakannya, manakala 2 orang ini kalau mereka keluar atas tindakan kepentingan diri dan tawaran yang bakal mereka perolihi yang kita semua sedia maklum mereka akan dibebaskan dari tuduhan. Sila rujuk kata-kata di bawah:
“Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman dalam sebuah kenyataan akhbar.
Sekiranya ia menjadi kenyataan, apakah TPM akan didakwa selepas ini atas tuduhan rasuah kuasa dan menyalahguna kuasa atas tindakannya menyuap dengan menarik tuduhan dan menyalahguna kuasa dengan mengarah penarikan dakwaan….!!!
Kalau beginilah senarionya, kita tunggu dan lihat kehancuran UMNO dan BN dengan pelbagai penyakit dan mengkronikkannya dengan menerima mereka-mereka yang sakit dan bertambah subur dan sihat PR dengan menerima orang-orang yang sihat dan benar-benar muak dengan nanah BN yang sukar untuk diubati lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan