Ketidak Adilan Maklumat
12 Februari 2009
Dengan tercetusnya pelbagai konspirasi yang dicipta UMNO/BN pelbagai reaksi rakyat yang kita lihat pada hari ini. Rakrat tercari-cari maklumat yang benar dan tepat selain maklumat dari media perdana yang dikuasai oleh UMNO/BN. Nampaknya rakyat sudah mula muak dengan sogokan yang dihidangkan oleh media suruhan ini, maka rakyat pun mencari pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan maklumat yang tidak tersiar atau maklumat yang telah dipesongkan oleh media perdana. Mana yang ada internet di rumah, pejabat dan lain-lain tempat mereka boleh melayari maklumat tanpa had dan sekatan atas kebenaran dan ketelusan.
Bagi rakyat yang tidak ada kemudahan internet ada yang dengar melalui perbualan rakan-rakan, tetapi sejauh mana kepuasan untuk menerima maklumat kerana kekadang maklumat malalui mulut ini banyak yang tidak lengkap dan tepat.
Maka akhbar adalah merupakan suatu alternatif yang popular dalam masyarakat kita di Malaysia. UMNO/BN merasakan saluran maklumat ini boleh menggugat keselesaan lalu mereka mewujudkan tekanan dengan merampas akhbar-akhbar yang pro pembakang (PR). Ini adalah situasi ketidak adilan maklumat untuk rakyat. Sebenarnya tindakkan mereka ini untuk membodohkan rakyat, mengurung minda rakyat dari membuat penilaian yang wajar dalam setiap isu yang berlaku dalam politik kepartian di Malaysia.
Cuma kita hitung kalau 20 ribu akhbar yang dirampas, berapa individu yang tersekat untuk mendapatkan maklumat. Sekiranya kita letakkan secara rambang, satu naskhah akbar dibaca sekurang-kurangnya oleh dua atau tiga orang minimunnya, biasanya pembeli akan baca secara berkongsi termasuk isi rumah dan sahabat handai. Maka jumlah individu yang tidak mendapat maklumat mencecah 40-60 ribu orang.
Maka hamba menyifatkan tindakan ini adalah tindakan yang zalim kerana rakyat dan masyrakat Malaysia berhak mendapat maklumat untuk mereka membuat penilaian dan pertimbangan. Kerana manusia sejak dulu lagi akan bertindak dengan kadar maklumat yang mereka ada.
"Hampir 20,000 akhbar PKR kena rampas
kemaskini 3:36pm Akhbar PKR Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik Perak menjadi sasaran rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, kata Tian Chua."
"Rampasan akhbar alternatif yang dilakukan berikutan krisis politik di Perak dan selepas kemenangan besar calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, adalah keterlaluan, katanya.
Pengedar, peruncit dan pembaca setia Harakah melaporkan selain merampas, penguat kuasa kementerian mengugut bertindak ke atas mereka dengan alasan akhbar itu untuk edaran terhad sahaja.
Sallehen berkata, tindakan rampasan itu membuktikan BN terlalu takut jika rakyat mendapat maklumat yang tepat dan telus. "
Selain akhbar, siri ceramah juga agak popular di kalangan rakyat untuk mendapatkan maklumat. Ini pun telah disekat oleh pihak BN/UMNO yang takut segala pekung mereka diketahui oleh rakyat, dan rakyat menolak mereka dalam siri-siri pilihanraya akan datang.
Wahai BN/UMNO !!!! sekiranya kamu telah melakukan perkara yang benar dan telus, apa yang hendak ditakutkan, sekiranya ada fitnah yang ditaburkan kamu boleh gunakan media perdana untuk menepisnya. Lagi pun jumlah penonton TV arus perdana jumlahnya telah meningkat seperti yang didakwa pak menteri. Tetapi sekiranya kamu terus menyekat sumber maklumat rakyat akan mula tahu bahawa kamu cuba sembunyikan pekung yang membusuk dan kamu takut perkara ini di ketahui orang ramai.
"Hamba kalau tak buka internet satu hari dah mula kepala naik pusing kerana tiada maklumat semasa, samada dunia atau tempatan, jadi hamba pentingkan maklumat"
0 ulasan:
Catat Ulasan