"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Senjata Ampuh UMNO Masakini

08 Februari 2009


Sudah lama UMNO/BN mencari-cari dan membelek-belek setiap isu untuk dijadikan senjata yang ampuh untuk menikam musuh partinya. Sebelum ini pelbagai senjata yang digunakan bukan menikan musuh partinya bahkan memakan dirinya dan menjadi tawa-senda bahan hilai rakyat jelata serta senjata sendiri seperti isu hudud membuat rakyat makin meluat dengan tiap petah perkataan yang dituturkan oleh pemimpin BN/UMNO.

Kali ini nampaknya UMNO/BN sudah menjumpai ramuan kimia untuk terus meracuni senjatanya, mereka berharap setiap tikaman membuatkan musuh politiknya rebah membaham bumi. Isu DERHAKA kepada Sultan adalah merupakan senjata yang ampuh bagi mereka buat masa ini, semua media-media mengambil bahagian dalam merealisasikan matlamat ini, antaranya.....

KUALA KANGSAR: Pakatan Rakyat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, apabila memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, semalam dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap baginda.

Dalam insiden itu, penyokong Pakatan Rakyat turut menghalang kenderaan kerabat diraja serta orang kenamaan daripada memasuki Istana Iskandariah, termasuk yang dinaiki Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan berkenaan juga dilaporkan membaling kayu, batu dan botol ke arah polis dan kenderaan yang melalui Jalan Istana.

Malah, laman web Pejabat Sultan Perak turut diceroboh dengan memuatkan pelbagai perkataan yang mencela Sultan Azlan Shah. Berikutan itu, laman web berkenaan ditutup tengah hari semalam.


Harapan hamba, PR dalam mempertahankan Kerajaan Perak dengan pelbagai cara jangan lupa menutup sebolehnya ruang yang mungkin terbuka kepada BN/UMNO menghunus senjatanya terutama dalam isu istana ini. Ambilah suatu pendekatan yang rasional. Setakat ini taniah hamba ucapkan, PR belum lagi tersasul adabnya dengan istana walaupun UMNO telah menghentam kromo melalui media suruhannya.

Cadangan hamba untuk PR, dalam perjuangan genting yang mencabar sedang berlaku di Perak, jangan lupakan semua perancangan sama ada diperingkat pusat atau negeri kerana pihak UMNO sedang mencari-cari peluang di mana kelemahan yang terdapat untuk mereka mencelah dan terus melumpuhkan PR. Biarlah ada satu golongan yang tumpukan situasi Perak dan golongan lain terus melakukan urusan-urusan penting lain.

Hamba ucapkan tahniah kepada PR kerana tidak menggelabah dalam isu ini, jangan dok dengar sangat Karpal tu...

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP