"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

RM Tidak Laku Untuk Beli Rakyat

23 Februari 2009



Kalau dulu UMNO berbangga dengan RM yang mereka miliki kerana mereka berpegang dengan kata-kata “kalau ada duit semua boleh buat”. Tapi tidak sekarang! RM yang mereka genggam hari ini tidak laku lagi untuk membeli undi simpati rakyat jelata.

Buktinya, dengan RM yang banyak ditaburkan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tempoh hari tidak dapat merubah pendirian rakyat membenci sekali gus menolak UMNO/BN.

Rentetan dari inilah, mereka dihantui igauan ngeri untuk berdepan lagi dengan mana-mana pilihanraya kecil atau umum buat masa ini. Taring RM mereka sudah tumpul, strategi ini sudah lapuk.

Hasil dari igauan buruk ini mereka tidak berani dengan pembubaran DUN Perak, dan mereka meracau-racau apabila 2 bukit akan melalui PRK tak lama lagi. Apa tidaknya, sekarang ini mereka akan ganggu mana-mana juzuk anggota PR dengan apa cara sekalipun.

Kita semua tahu hasrat UMNO ini ialah untuk mengalih perhatian rakyat dan PR bahawa mereka sekarang sedang meracau tak tentu hala tambahan pula mereka sedang berhadapan dengan pemilihan dalaman yang mana kita menyaksikan pertembungan yang sengit dan jelek antara mereka.

Perlu diingat, strategi mengalih perhatian ini telah pun dipraktikkan oleh mereka, yang terbaru kes di Perak dalam mereka kacau PR Selangor, Pulau Pinang rupanya tujuan mereka adalah untuk mendapatkan Perak.

Rakyat sekarang yang cerdik menilai maklumat dan menggunakan maklumat tidak boleh lagi dibeli dan dipergunakan seperti dulu, sekarang rakyat sudah pandai menilai dan menganalisis maklumat yang sampai kepada mereka. Atau rakyat lebih berminat dengan kata keramat “bagi lembu tarik, bagi gula kacau, bagi kain pakai”. Apa yang UMNO bagi pun hak rakyat, atau hasil rompakkan mereka melalui projek-projek yang sudah tentu ada keuntungan kepada mereka selain gaji mereka yang amat banyak.

Hamba membuat kesimpulan, dengan RM mereka yang tidak lagi boleh memperkotak-katik rakyat inilah UMNO meneruskan hasrat untuk memerintah melalui cara membelakangkan undang-undang seperti yang berlaku di Perak. Melalui RM yang mereka miliki masih laku untuk membeli ADUN-ADUN yang hanya memandang wang dan kepentingan diri. Jadi ADUN-ADUN UMNO/BN pada hari ini ialah berlatarbalakngkangkan orang-orang yang bersultankan wang semata, kita sebagai rakyat yang rasional patut menolak wakil-wakil sebegini duduk di kerusi untuk bercakap tentang rakyat jelata. Mereka tidak akan bercakap kalau tidak ada kepentingan diri atau keuntungan kembali kepada diri mereka sahaja.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP