KTAK Gugat Bloggers Malaysia
18 Februari 2009
Dalam hamba dok belek-belek Berita Harian (sesetengah baca Berita Hairan)hari ini 18 Feb. 2009, hamba ternampak satu berita kecil yang KTAK (hamba baca KATAK) nak mengkaji semula penggunaan laman web dan blog di negara ini.
Sesiapa yang ada beli BH bolehlah rujuk sendiri. Hamba pun tak ingat sangat butir kata-kata dalam tu. Tapi yang hamba ambil perhatian ialah akan berlaku sekatan dan kongkongan terhadap bloggers sedikit masa lagi dengan menggunakan akta hasutan dsb. yang mereka fikir sesuai untuk mereka bertindak.
Memang UMNO cukup risau dengan perkembangan blog-blog yang wujud dewasa ini. Apa tidaknya, blog-blog upahan mereka tidak mendapat sambutan daripada pengunjung. Tambahan pula, kalau hanya ceramah yang mereka haramkan takkan sampai kemana di zaman teknologi ini. Jadi mereka takut ditelanjangkan dan menampakkan keburukkan yang ada di badan mereka dalam masa mereka telanjangkan orang lain dengan media upahan dan media suruhan mereka.
Kata KTAK lagi, mereka mahukan peralatan yang canggih supaya dapat mengesan mana-mana individu yang melayari sesuatu laman web atau blog dapat dikesan hanya dalam masa 2 jam seperti di USA.
Hamba rasa ini satu lagi ketidak-adilan maklumat, kongkongan maklumat untuk PR, eksplotasi maklumat, dan menutup konsep langit terbuka yang sedang berkembang pesat di seantero dunia tika ini.
Wahai bloggers, apa yang kita boleh buat kalau kiranya katak ni betul-betul kuatkuasakan hasratnya dengan diperkudakan oleh orang-orang yang berkepentingan dan merugikan PR.
0 ulasan:
Catat Ulasan