Perang Saraf : Pemilihan Pas Seolah-Olah Umno
21 Mei 2009
Penulisan sebegini (seperti di bawah) adalah tulisan yang mempunyai unsur perang saraf yang halus. Digambarkan pemilihan Pas seolah-olah sebagaimana pemilihan Umno, penuh dengan pertembuangan, perebutan, menguntungkan bila dapat jawatan.
Pada tajuknya sudah cukup "Haron tarik diri, Husam belum selamat". Apakah Husam benar-benar mahukan jawatan tersebut ?? atau bila lepaskan/ tarik diri Husam tidak selamat!! kalau dalam Umno ini memang betul kerana sesiapa yang kalah akan menerima nasib yang malang sebab projek akan hilang, pengaruh akan merosot, lebih parah lagi akan terus dipinggirkan walaupun berpotensi.
Dalam tulisan ini juga, penulis beria-beria benar menghangatkan isu muqabalah, seolah-olah inilah point sebagai hujah yang paling konkrit untuk menguatkan tulisannya.
Hamba percaya, pemilihan Pas bukanlah inginkan populariti, keuntungan duniawi semata, kemasyhuran dan perkara-perkara yang boleh menyelewengkan tujuan wadah perjuangan yang didokong selama ini. Pemilihan Pas adalah untuk mencari dan mengamanahkan tanggungjawab parti ke atas individu sebagai pemimpin.
Sekali imbas, tulisan ini seoalah-olah mewakili sebelah pihak Pas atau sekurang-kurangnya pelapor aktiviti dalaman Pas.
Artikel penuh hamba selitkan dibawah : (nilailah sendiri, bila orang sedikit/cetek pengetahuan politiknya mungkin terpengaruh dengan tusukan minda ini)
Haron tarik diri, Husam belum selamat
Malaysiakini Jimadie Shah Othman May 21, 09 11:57am
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menarik diri daripada perebutan kerusi timbalan presiden hari ini tetapi keputusan itu belum tentu membuka peluang Datuk Husam Musa memenanginya.
Sebagai tokoh agama popular, Dr Haron dilihat berpotensi memecahkan undi kumpulan pro-muqabalah yang sealiran dengan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus memberikan kelebihan kepada naib presiden PAS itu.
Undi aliran bukan pro-muqabalah di belakang Husam mungkin berpecah dua jika seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu enggan menarik diri daripada persaingan sengit tersebut.
Daripada lima nama yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua, hanya Husam dan Mohamad yang tidak dikenali sebagai ulama, sementara dua lagi termasuk Haron telah menarik diri.
Datuk Seri Azizan Razak kelmarin menjadi orang pertama menarik diri dengan alasan ingin menumpukan kepada tugasnya sebagai menteri besar Kedah.
Tidak dapat dipastikan sama ada penarikan diri Dr Haron itu sengaja dirancang dalam strategi aliran pro-muqabalah untuk memantapkan sokongan terhadap Nasharudin.
Dalam pertandingan tiga penjuru, Husam jelas sekali terpaksa berdepan populariti Nasharudin – berdasarkan jumlah pencalonan – sewaktu sokongan kepadanya terbelah dua dengan Mohamad.
Mohamad, seorang lagi tokoh popular PAS, walaupun bersemangat sekali untuk mencabar Nasharuddin, disebut-sebut akan membuka laluan kepada Husam.
Keputusan muktamad akan diketahui seawal-awalnya 25 Mei ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan