"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Menjaga Keharmonian Parti islam seMalaysia (PAS)

20 Mei 2009


Inilah bezanya perjuangan Pas dan Umno serta parti politik yang lain di tanah air kita. Perbezaan dasar parti yang jelas. Pas tetap dengan membawa dasar Islam sebagai wadah perjuangan. Islam merupakan tunjang gerakan dakwah Pas yang mempunyai misi dan visi yang jelas.

Dalam mengejar visi dan misi ini, sudah semestinya semua kompenan anggota dalam Pas yang terdiri daripada pendokong, penyokong, penggerak mempunyai peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan berkesan dan bijak.

Selain itu juga, keharmonian dan kemurnian yang subur dalam Pas juga mesti terus dipupuk dan dibajai dengan secukupnya.

Setiap penyokong dan penggerak mesti mematuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh pemimpin supaya tidak tersasar dari kehendak parti serta selaras dengan wadah perjuangan yang didokong Pas.

Manakala pendokong juga sewajarnya terikat dengan wadah perjuangan yang sama untuk memelihara keharmonian dan kemurnian parti. Setiap langkah songsang yang diatur pendong memberi impak yang besar kepada Pas berbanding penyokong, sebab itulah langkah pendokong mesti lebih berhati-hati seperti dalam membuat kenyataan, tindak-tanduk dan apa jua yang mewarnai Pas.

Kenyataan kabur, telahan, berbentuk peribadi, nagetif, serta berbentuk terbuka yang membuka ruang untuk serangan pihak musuh patut dijauhi, berpolitik tidak seperti bermain catur, dalam permainan catur langkah yang tersumbang dapat diatur kembali untuk memenangi perlawan, tetapi dalam politik, walaupun dapat diatur kembali langkah yang sumbang rakyat akan ingat dan memandang kesumbangan yang pernah berlaku, dan inilah yang disebut-sebut.

Ketika ini Pas berada dikemuncaknya, perkara ini diakui oleh ramai orang. Situasi ini berlaku bukan kerana namanya PAS sahaja, tetapi kerana kepercayaan orang ramai kepada perjuangan Pas yang dari dulu mempertahankan konsep keadilan dalam Islam tidak mengira bangsa dan kaum serta dipraktikkan dalam pentadbiran di bawah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas.

Kepercayaan ini juga disumbangkan oleh penyokong-penyokong yang kebanyakkannya bersikap dan bersifat tenang dalam banyak situasi, mengikut arahan pepimpin dan bijak menguasai suasana dalam kelompok mereka.

Pendokong adalah merupakan penggerak dan pencipta situasi ini. Pemimpin adalah golongan yang bertanggungjawab dalam mewujudkan keharmonian dan kemurnian ini. Kesinambungan inilah yang diharapkan oleh penyokong-penyokong Pas, inilah situasi yang didoakan dalam hati setiap penyokong, mereka mahukan pemimpin mereka bijak dalam berpolitik, bergabung dalam setiap aspek ilmu, sama ada ia seoarang ulama' atau profesional tetap memberi sumbangan kepada perjuangan dan mendokong wadah perjuangan.

Dalam kesempatan ini juga, hamba meluahkan rasa senang dengan tindakkan yang dibuat oleh MB Kedah Ust Azizan. Pada hamba beliau telah mengambil jalan yang wajar dengan alasan menumpukan gerak-kerja negeri Kedah, apa yang lebih penting, mengurangkan pertembungan dalam pemilihan nanti. Sekira berlaku bertembungan sudah tentu ahli/penyokong akan mempunyai kecenderungan kepada seseorang, ini cukup memberi kesan jika ada di kalangan ahli yang sedikit dangkal sehingga menyebabkan perpecahan sesama sendiri. Walaupun Pas mengamalkan sikap telus dan keterbukaan dalam pemilihan, tidak menghadkan pencalonan, tetapi setiap kemungkinan yang membawa kepada natijah nagetif mesti ada pencegahan awal, sekurang-kurangnya meminimumkan kemungkinan itu.

Jika Husam mengikuti jejak langkah Ust Azizan, lihatlah ianya sebagai tindakan yang positif dan membina. Hasrat murni ini tidak seharusnya dipandang serong, pada hamba Husam merupakan seorang yang ikhlas dan bijak berpolitik, pandai memanipulasi keadaaan, banyak idea yang membina sama ada peringkat nasional mahupun peringkat negeri, beliau boleh memimpin. Itulah keberkesanan gabungan antara ulama' dan profesional.

Jika hari ini Umno tercemar dengan masalah kepimpinan yang korupsi, rasuah, moral, perebutan pangkat dan jawatan, PKR juga parti politik orang melayu ditempiaskan dengan masalah kepimpinan, Pas yang masih dilihat kurang gejala tersebut perlu mengambil peluang ini untuk memenangi hati rakyat dikala krisis kepercayaan rakrat kian menipis kepada yang lain.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP