"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Bilangan Dahan Pakatan Rakyat Bertambah Bila Pemimpin Hindraf tubuh parti Malaysia Makkal Sakthi

19 Mei 2009

mStar Online : Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Selepas desas-desus lebih tiga bulan, pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan, mengesahkan penubuhan sebuah parti politik baru bagi mewakili masyarakat India negara ini.

Parti itu bakal dikenali sebagai Malaysia Makkal Sakthi.

Ia merupakan parti kedua didakwa mahu menjaga kepentingan masyarakat India diumumkan penubuhan dalam tempoh sebulan lalu.

Akhir bulan lalu penubuhan Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf) diumumkan. Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran mengesahkan penubuhan parti Malaysia Makkal Sakthi.

"Kami akan umumkan secara rasmi di Petaling Jaya esok... Saya akan umumkan butirannya petang esok," kata beliau ketika dihubungi tadi.

Beliau yang dijangka mengetuai parti itu turut mengesahkan sudah menyerahkan tanggungjawab menyelaras Hindraf kepada barisan kanan pemimpinnya.

"Pemimpin Hindraf yang sudah dibebaskan dari Kamunting akan meneruskan matlamat Hindraf dan saya akan menggerakkan platform politik yang sah di sisi undang-undang bagi wakili masyarakat India," katanya.

Spekulasi tentang penubuhan sebuah parti oleh pemimpin Hindraf sudah kedengaran sejak awal tahun ini.

Dua bulan lalu Thanenthiran pernah memaklumkan bahawa pihaknya sudah mengambil langkah untuk bergiat aktif dalam politik arus perdana selepas Hindraf diharamkan Oktober lalu.

Kelima-lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dibebaskan secara berperingkat sejak awal bulan lalu.

Nama parti Malaysia Makkal Sakthi juga sinonim dengan gerakkan Makkal Sakthi yang mengalih sokongan masyarakat India kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Kini masyarakat India mempunyai empat parti politik utama yang ditubuhkan khusus untuk mereka sertai secara langsung.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP