"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Zahid menteri Ciput, Bahaya Kepada 1 Malaysia

29 Mei 2009

Ciputnya menteri ni bila meletakkan kesilapan kepada TV9, kalau tak nak cakap jer tak nak, jangan letak kesilapan atas orang lain.

Siap kata tak ada niat lagi. Bila TV arus perdana dok war-warkan tak kan la Zahid tak dengar atau tak menontonnya, atau orang-orang makan upah dengannya tak bagi tau. Lepas ni dia kata tak dimaklumkan oleh anak-anak buahnya pula, sebab yang buat confirmation adalah bukan dia tapi anak buahnya. kuang3x kalau taraf menteri camni boleh kita gelak sampai senak sebelum orang lain dunia lain gelak ngan menteri kita.

Lagi parah bila seorang menteri pertahanan yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan negara tidak tahu atau tidak ambil tahu apa yang berlaku di Malaysia. TV arus perdana dah seminggu buat iklan takkan Zahid tak tahu. Kalau dia tahu, kenapa tidak membuat pembatalan awal-awal lagi sebelum tiba waktunya sampai semua orang tertunggu-tunggu. Kalau dia kata tak tahu, sah la dia tak layak memegang jawatan menteri pertahanan. Boleh desak dia letak jawatan kerana boleh membahayakan kepada Malaysia. Alasannya, perkara yang terbuka camtu pun dia tak ambil tahu berkenaan dengan dirinya, amacam korang ada setuju ngan cadangan dan rasional hamba berikan ni?!!!

Hamba selitkan kenyataan dia dalam Malaysiakini:

Zahid tiada niat debat dengan Husam

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memang tiada niat berdebat dengan rakan sejawatannya dalam PAS Datuk Husam Musa secara langsung di sebuah stesen televisyen, Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar rasmi PAS Harakah hari ini, menteri pertahanan juga melahirkan ducakita kerana exco kerajaan Kelantan itu mendakwa beliau menarik diri daripada menyertai rancangan tersebut.

"Saya tidak pernah mengesahkan kepada TV9 apatah lagi dengan Datuk Husam untuk menyertai siaran langsung rancangan Hujah pada 26 Mei," katanya.

Zahid bagaimanapun mengakui TV9 pernah menjemput beliau untuk menyertainya.

"Penolakan untuk tidak menyertai program tersebut adalah disebabkan oleh komitmen saya terhadap acara-acara lain yang telah diatur pada hari dan waktu yang sama terlebih dahulu dan ini telah saya nyatakan kepada mereka (TV9)," katanya.

Read more...

Krisis Perak, PR Kaut Keuntungan

Inilah satu-satunya kes pertama kali yang berlaku dalam negara kita, krisis yang cukup panjang melibatkan banyak pihak, menjejaskan banyak aktiviti yang sepatutnya berjalan dan memberi manfaat kepada rakyat Perak secara khusus.

Secara lahirnya, krisis kerajaan Perak ini banyak menguntungkan pihak Umno-BN. Terutamanya yang melibatkan sistem perundangan dan Istana. Apa tidaknya, setakat ini semua pertembungan di istana dan mahkamah memihak kepada Umno-BN tidak kepada Pakatan Rakyat.

Semalam hamba menemui beberapa orang cina sambil minum kat gerai, hamba pun tak kenal ngan cina ni cuma kebetulan saja duduk meja yang sangat hampir. Sambil sembang-sembang kosong, hamba sentuh sikit pasal politik, buat pembayang jer. Rupanya mereka sangat berminat dengan isu politik, biasanya orang-orang cina susah untuk bercakap pasal politik terutama orang yang tidak dikenali, tapi kali ini lain pula reaksi mereka. Mereka sangat ambil berat tentang politik terutama pergolakan yang berlaku di Perak sekarang.

Pancing dah mengena! hamba hanya mengangguk dan mengiakan apa yang dia orang kata, sekali sekala hamba tokok-tambah. Wah! bersemangat sungguh cina ni ngan kes Perak. Terang-terang dia kata simpati dengan PR di Perak dan sekarang sudah nekad untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Gaya mereka bercakap, mereka ini sentiasa mengikuti perkembangan krisis Perak. Mereka tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, penangkapan, penggunaan sektor awam untuk kepentingan politik seperti PDRM, SPRM dll termasuk RM yang banyak digunakan. Ini baru cina Melaka yang menebal ngan keUmnoannya, negeri lain korang agak-agak sendiri camana beraninya golongan ini bercakap politik secara terbuka.

Banyak yang dibualkan, kesimpulannya krisis kerajaan Perak banyak menguntungkan Pakatan Rakyat dan memberi tamparan hebat kepada Umno-BN. Selagi krisis ini berlarutan selagi itulah saham bertambah-tambah kepada Pakatan Rakyat. Itulah antara hikmahnya, itulah antara rahmahnya.

Hamba doakan biarlah kesudahannya memberi keuntungan kepada Islam dan pejuangnya.

Read more...

Mantan Mufti Perlis : Pejuang Prinsip atau Pejuang Periuk Nasi

28 Mei 2009

Orangnya dikatakan banyak ilmu agama, pandai tetapi banyak perkara yang dikeluarkan olehnya terasa janggal walaupun hanya pada pendapat beliau sahaja melalui amatan sendiri.
Dalam banyak perkara juga seolah-olah itu saja hukum yang patut dipakai oleh semua, wah! hebat sungguh mantan mufti Perlis ini. Dia hebat kalau nak dibandingkan dengan hamba ni... belajar pun tak masuk kepala hotak hehehe

Antara kenyataan terbaru yang dikeluarkan olehnya ialah petikan dari akhbar Mstar Online sebagaimana berikut :

"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.

Uuiooo hebatkan, beliau lebelkan sendiri bahawa dialah seorang pejuang prinsip, bagus, memang bagus orang yang berjuang atas prinsip. Cuma jangan prinsip terpilih saja. Kiranya ada laba dikatakan perjuangan atas prinsip, jika jika ada bala dikatakan perjuangan periuk nasi.

Di kesempatan ini juga, hamba bawakan satu kisah masa beliau menyandang jawatan mufti dulu, dia ni pernah nak mengharamkan "Selawat Syifa' ". Alasannya sesiapa yang membaca "Selawat Syifa' " adalah melakukan syirik, "Selawat Syifa' " adalah selawat mensyirikkan Allah S.W.T. wow!!! betapa dalam ilmu mantan mufti ni, patut dia tinggal kerusi mufti ni awal-awal kalau tak, apa lagi yang jadi ngan rakyat Malaysia, lagi celaru la jawabnya. korang nak tahu kisah pengharaman ni selanjutnya boleh rujuk kepada Ust Hasyim Jasin yang sempat menyekat hasrat pengharaman ni di peringkat persidangan Dun Negeri Indera Kayangan, beliau pun masih hidup.

Maksud hamba bukan nak mengenengahkan perbezaan pendapat aliran pemikiran yang beliau bawa, tapi setiap perkataan atau kenyataan mufti ni laku bagi rakyat. Kalau kenyataan itu bercelaru bukan ke ianya memberi kesan buruk kepada masyarakat?. Harapan hamba yang tak setaraf dengannya ini ialah kalau nak baca buku, baca ngan kulit-kulit sekali yang penting nota kaki mesti baca gak jangan tinggal. Juga ambil pandangan ulama'-ulama lain sekeliling dalam dunia ni baru buat rumusan, tak la orang kata perkataan hingusan.

Kenyataan Penuh dalam Mstar Online sebagaimana berikut :

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.

"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.

"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.

"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.

"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.

"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.


Read more...

Jangan Sokong Najib: Beliau Tidak Ikhlas, Rosak Satu Malaysia

25 Mei 2009

Hasil mahsul yang lahir dari pemerintahan Umno-BN selama 50 tahun, kalau 50 tahun lagi apa gayanya?!! inikah yang kita mahukan dari usaha pemimpin kita. Hakikatnya inilah keluarkan produk kepimpinan Umno-BN.




Bila Najib keluar kenyataan ini di Pekan, Pahang jelas kepada kita Najib sebenarnya tidak ikhlas dengan orang melayu dan rakyat Malaysia. Beliau hanya mementingkan kedudukan dan undi semata-mata. Memiliki kerajaan adalah segala-galanya.

Petikan dari Berita Harian :
"Dalam pada itu, Najib berkata, ‘senjata’ paling kuat untuk memperkukuh dan menstabilkan kerajaan ialah dengan memenangi hati rakyat.Usaha memenangi hati rakyat itu, jelas beliau, telah diamalkan sejak negara diancam gerakan pengganas komunis pada era pascamerdeka dahulu.

‘‘Pada era demokrasi moden ini, ‘senjata’ itu terus digunakan dengan memenangi hati rakyat bagi memperkukuh dan menstabilkan kerajaan,” jelasnya."

Cuba sama-sama renung, usaha beliau untuk memenangi hati rakyat adalah semata-mata mengukuhkan kerajaan, sedang rakyat menderita ditindas oleh tokey-tokey. barang terus naik. Apakah kita sanggup gadaikan nasib kita kepada kerajaan sebegini??!!! korang pikirlah baik-baik apa akan jadi.

Kalau Dr. Mahadhir sudah nampak jasa-jasa yang dibuat sekarang ni, hasil corak pemerintahan beliaulah lahirnya generasi "mat rempit", "minah rempit", berkepit, tersepit di celah-celah batu, di sekolah dan dimana-mana sibuk memperkatakan masalah sosial remaja yang rata-rata berumur belasan tahun hingga 20-an. Bukankah ini zaman corak yang dilakarkan Dr. Mahadhir??!! korang pikir... pikirrr....

Datang pulak yang PM sekarang ni satu Malaysia entah apa kejadah, mana kita nak hala-tujukan masyarakat kita?? pemuda kita??

Memang Umno suka sangat dengan masalah sosial hari ini sebab dengan itulah mereka dapat eksplotasi pemuda-pemuda untuk terus menyokong mereka, buktinya lihat saja bila tiba pilihanraya kecil atau umum, pasti kita teruja dengan gelagat-gelagat yang ditunjukkan oleh pemuda pemudi Umno dengan gaya yang melampau.

Rosak, rosak, bukan setakat Najib dan Umno saja tetapi satu Malaysia rosak dikerjakannya.

Tak percaya! nanti korang tua dah tak larat, masa tu korang tengok apa perangai anak-anak muda terhadap ibu bapa, kalau dulu senakal-nakal budak pun masih lagi hormat orang tuanya.

Read more...

Mohammad Nizar Bertanggungjawab, Pasrah Keputusan Mahkamah: serah kereta rasmi Toyota Camry

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Zambry, Nizar akur dengan keputusan itu, antara tandanya ialah kereta rasmi MB Perak telah pun diserah kepada kerajaan negeri Perak. Kereta ini serah bukan untuk dipakai, tetapi untuk dilelong oleh Zambry. Mungkin barisan exco Umno-BN tak layak nak pakai kereta Cambry ni bukan terlalu mahal tapi tak ada class, tak pun takut pada aura exco PR yang pakai kereta itu sebelum ini.

IPOH 24 Mei — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyerahkan kenderaan rasmi Menteri Besar, Toyota Camry, nombor pendaftaran AGS 10 kepada kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Pembantu Khas Mohammad Nizar, Amran Harun berkata Mohammad Nizar menyerahkan kunci kereta itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan itu pada kira-kira 8 pagi berikutan hari ini adalah cuti hujung minggu untuk kakitangan kerajaan.

Mohammad Nizar sudah memaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab berhubung pemulangan kenderaan rasmi itu, kata Amran kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

— BERNAMA

Read more...

Nizar Buat Kenyataan Tentang Keputusan Mahkamah Rayuan dan Tindakkan Harapan Beliau

23 Mei 2009

Jelas apa yang dimahukan oleh DS Nizar berkenaan dengan keputusan MB Perak dan siapa yang yang patut memutuskan kemelut ini selain rakyat Perak.

Tidak ada jalan pintas untuk menyelesaikannya melainkan Dun dibubarkan, serah kepada rakyat sebagai medan mahkamah yang paling berhak menetukannya.



Sumber : Perak Xpress

Read more...

Manek Urai Medan Ujian Najib

Dengan pemergian Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Kekosongan telah berlaku, bermakna pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Maka berdialoglah dua orang tok kita kita ni... ring... ring... ring... hallo....

Tok Jib pun tanya Tok Din, : "Tok Din?! camana ni, kita nak masuk calon ke tak ni?"
Tok Din pun jawab: "Tok Jib, kalau kita masuk nanti malu kita, ikut perkembangan semasa, kita masih lemah, rakyat pun masih tak sokong kita".
Tok Jib : "Itu aku tau Tok Din, nanti kalau kita tak letak calon, lagi malu, nanti orang kata kita bacul, penakut"
Tok Din : "Kalau camtu, kita kena letak calonlah Tok Jib, tapi apa rasionalnya"
Tok Jib : "Itu mudah saja, kan hari tu kita tak letak calon sebab kita kata Penanti permainan politik PKR sajer nak uji kita, nak habiskan duit rakyat (Umno), kali ini Adun kosong sebab kematian jadi kita buat la alasan ini adalah kekosongan bukan permainan politik PR dan kita patut isi calon"
Tok Din : "Kalau kalah nanti malu kita Tok Jib"
Tok Jib : "Itu tak apa, kita kan ada jentera-jentera percuma, macam SPR, SPRM, JKR, JPN dan macam-macam, jentera ni la akan tolong kita, tak menang pun kita tingkatkan jumlah undi, itu pun kita boleh guna media kata kita menang dengan mengurangkan undi Pas dan meningkatkan undi kita"
Tok Din : "Wah! itu idea yang bagus Tok Jib, so tok Jib bila nak balik Mesia nak umum perkara ini"
Tok Jib : "Tak payah balik, nanti saya umum kat Singapore jer, lagi pun kerja saya tak selesai lagi ni, kau pun tahu la kan, sekarang ni Selangor tengah buat projek ngan S'pura, kalau aku lengahkan untung la Selangor dapat pelaburan besar dari mereka, Tok Din tengok jer TV malam ni, saya umum"
Tok Din : "OK Tok Jib, saya ada TV besar, saya akan tengok Tok Jib sejelas-jelasnya, siap dengan sound sistem high class mesti tak terlepas walau sebutir perkataan yang Tok Jib cakap mesti saya dengar"
Tok Jib : "OK lah saya nak call Menteri Dalam Negeri lak"
Tok Din : "OK Tok, bye, see u, muackh3x!!"

Ring... ring... ring... hallo His!!

Tok His : "yer Jib, dah balik ker??"
Tok Jib : "lum lagi His, ko dah dengar berita hari ni, Manik Urai kosong la"
Tok His : "yer.. yer.. so camana ni"
Tok Jib : "aku dah bincang ngan Tok Din tadi, kita terpaksa letak calon la His, memang tak dapat elak, cuma aku nak ko buat sesuatu"
Tok His : "buat apa tu Jib"
Tok Jib : "aku nak ko gazetkan, pertama jangan guna isu altantuya, ko buat la apa pun janji aku taknak dengar nama tu, dan ko buat la apa-apa yang patut, agak-agak Pas lemas ngan peraturan kita buat nanti"
Tok His : "Oh! itu mudah saja, ISA pun banyak kosong ni, yang lepas itu hari pun tak ada pengganti lagi,bloggers ni nak isi ISA skali ker?, ni nak letak polis berapa ramai ni? kepala merah nak kerah semua ker?"
Tok Jib : "itu bergantung pada risikan, kalau jadi isu cam Terengganu itu hari kita buat cara lain, kalau boleh kita nak menang gak ni apa cara sekali pun,pasal bloggers tu nanti dulu sebab kita pun dah upah banyak bloggers kita"
Tok His : "OK set Jib, don't worry! everything on me, truth me k"
Tok Jib : "thanks, ok bye cayunk!!, i nak call juragan juak-juak yang lain, kita nak memang gak ni"

Adus penat-penat bila kerusi kosong camni, nasib baik la kos calling2 free 100%. Maka dok pikir la Tok Jib sorang-sorang akan nasib dirinya di Negara Nagaboro, sesekali calling2, apa helah lagi nak guna, rakyat sekarang ni bukan cam dulu, cam DR M takper la rakyat buta lagi, sekarang ni dah pandai macam2, budak sekolah katakan.

Nak buat taktik lama dia orang dah tau, banyak orang aku pun dah berpaling tadah, apa lagi ni...

Hah!!! ada satu jalan lagi... yang ni mesti menjadi, mujarab punya.. tapi takleh bagi tau kat sini, ada orang baca, nanti bocor lak rahsia aku, yang ni aku mesti buat, eh mana pulak dupa aku ni....???!!

Read more...

Antara Kekalahan dan Kemenangan : Pas Menang Lagi

Hari ini pada zahirnya Pas telah kehilangan 2 perkara penting. Pertama, Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.


Kedua, Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Kalau kita amati betul, dalam perkara ini kemenangan tetap ada. kekalahan zahir bukan menunjukkan kekalahan semuanya. Kadangkala kekalahan itulah punca kemenangan.

Kemenangan pertama ialah sokongan rakyat terhadap DS Nizar yang ditunjukkan bila penyokong sanggup hadir diperkarangan Mahkamah Rayuan walaupun hanya memerhati dari jauh. Umno tidak sedikitpun gentar sebab mereka tahu, berapa ramai pun yang hadir tidak memberi kesan kepada keputusan yang telah dirancang.

Kemenangan kedua dari sudut perundangan, bila hakim memutuskan bahawa :

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Ini bermakna lepas ni jikalau mana-mana MB, Ketua Menteri atau Perdana Menteri yang menerima nasib peruntukkan dibawah terutama Umno-BN jangan salahkan undang-undang sebab mereka yang rancang keputusan jangka pendek demikian. Moga DS Najib dikenakan peruntukan di atas baru dia tahu langit tinggi atau rendah.

Kemenangan ketiga dengan pemergian almarhum Haji Ismail Yaacob, 60, Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai menemui Allah dan membawa janji-janjinya. Pemergian beliau telah pun terbukti jasa dan bakti yang dibawa bersama mengadap Yang Maha Esa. Beliau telah mendapat kemenangan, kemenangan dalam perjuangan hidup beliau untuk Islam.

Tinggallah kita yang masih diuji dengan perjuangan ini, kalau umat terdahulu diuji dengan nyawa dan darah, hari ini kita diuji dengan minda, sedikit harta dan sekelumit masa. Apakah kita gunakan harta kita, masa kita untuk Islam setidak-tidaknya kearah itu, atau kita gunakannya untuk mendapatkan harta semata??!! lebih parah lagi mempergunakannya untuk melemahkan Islam atau mereka yang menegakkan Islam.

Read more...

Keputusan Mahkamah Rayuan Menyebelahi Zambry

22 Mei 2009

Malaysiakini May 22, 09 3:16pm

kemaskini 3.57pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Read more...

Perang Saraf : Pemilihan Pas Seolah-Olah Umno

21 Mei 2009

Penulisan sebegini (seperti di bawah) adalah tulisan yang mempunyai unsur perang saraf yang halus. Digambarkan pemilihan Pas seolah-olah sebagaimana pemilihan Umno, penuh dengan pertembuangan, perebutan, menguntungkan bila dapat jawatan.

Pada tajuknya sudah cukup "Haron tarik diri, Husam belum selamat". Apakah Husam benar-benar mahukan jawatan tersebut ?? atau bila lepaskan/ tarik diri Husam tidak selamat!! kalau dalam Umno ini memang betul kerana sesiapa yang kalah akan menerima nasib yang malang sebab projek akan hilang, pengaruh akan merosot, lebih parah lagi akan terus dipinggirkan walaupun berpotensi.

Dalam tulisan ini juga, penulis beria-beria benar menghangatkan isu muqabalah, seolah-olah inilah point sebagai hujah yang paling konkrit untuk menguatkan tulisannya.

Hamba percaya, pemilihan Pas bukanlah inginkan populariti, keuntungan duniawi semata, kemasyhuran dan perkara-perkara yang boleh menyelewengkan tujuan wadah perjuangan yang didokong selama ini. Pemilihan Pas adalah untuk mencari dan mengamanahkan tanggungjawab parti ke atas individu sebagai pemimpin.

Sekali imbas, tulisan ini seoalah-olah mewakili sebelah pihak Pas atau sekurang-kurangnya pelapor aktiviti dalaman Pas.

Artikel penuh hamba selitkan dibawah : (nilailah sendiri, bila orang sedikit/cetek pengetahuan politiknya mungkin terpengaruh dengan tusukan minda ini)

Haron tarik diri, Husam belum selamat

Malaysiakini Jimadie Shah Othman May 21, 09 11:57am

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menarik diri daripada perebutan kerusi timbalan presiden hari ini tetapi keputusan itu belum tentu membuka peluang Datuk Husam Musa memenanginya.

Sebagai tokoh agama popular, Dr Haron dilihat berpotensi memecahkan undi kumpulan pro-muqabalah yang sealiran dengan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus memberikan kelebihan kepada naib presiden PAS itu.

Undi aliran bukan pro-muqabalah di belakang Husam mungkin berpecah dua jika seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu enggan menarik diri daripada persaingan sengit tersebut.
Daripada lima nama yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua, hanya Husam dan Mohamad yang tidak dikenali sebagai ulama, sementara dua lagi termasuk Haron telah menarik diri.
Datuk Seri Azizan Razak kelmarin menjadi orang pertama menarik diri dengan alasan ingin menumpukan kepada tugasnya sebagai menteri besar Kedah.

Tidak dapat dipastikan sama ada penarikan diri Dr Haron itu sengaja dirancang dalam strategi aliran pro-muqabalah untuk memantapkan sokongan terhadap Nasharudin.

Dalam pertandingan tiga penjuru, Husam jelas sekali terpaksa berdepan populariti Nasharudin – berdasarkan jumlah pencalonan – sewaktu sokongan kepadanya terbelah dua dengan Mohamad.
Mohamad, seorang lagi tokoh popular PAS, walaupun bersemangat sekali untuk mencabar Nasharuddin, disebut-sebut akan membuka laluan kepada Husam.

Keputusan muktamad akan diketahui seawal-awalnya 25 Mei ini.

Read more...

Mahkamah Rayuan dan MB Perak

Sejak tengahari ini tidak ada apa-apa keputusan yang boleh dibuat tanggapan, ramai antara kita yang ternanti-nanti keputusan yang bakal dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Pelbagai persoalan dan harapan yang timbul.

Apapun keputusannya, kita disarankan mengambil sikap sederhana. Kita tidak mahu melihat adengan yang tidak diingini berlaku.

Harapan PR biarlah perjalanan ini adil dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, walaupun kita pernah dengar dengusan PM, DS Najib pada malam keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan ketika majlis menyambut ulang tahun Umno yang hambar, beliau melibatkan kehambaran majlis tersebut dengan keputusan mahkamah dengan nada kesal. Tetapi kita tetap optimis untuk mahkamah berlaku adil tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Berkenaan dengan permohonan DS Nizar untuk dibarisi 5 orang hakim bagi membuat keputusan juga ditolak pagi ini atas alasan permohonan lewat sampai. Dalam hal ini juga kita optimis dan mengharap ianya betul alasan yang jujur tanpa ada konspirasi untuk mempengaruhi mahkamah.

Kemungkinan harapan untuk PR memperolihi keputusan yang berpihak terlalu tipis kali ini, sebab itu DS Nizar membuat permohonan 5 orang panel hakim. Apa pun kita sama-sama tunggu keputusannya nanti. Tengahari ni kita makan dulu mana yang ada selera tu....

Read more...

Menjaga Keharmonian Parti islam seMalaysia (PAS)

20 Mei 2009


Inilah bezanya perjuangan Pas dan Umno serta parti politik yang lain di tanah air kita. Perbezaan dasar parti yang jelas. Pas tetap dengan membawa dasar Islam sebagai wadah perjuangan. Islam merupakan tunjang gerakan dakwah Pas yang mempunyai misi dan visi yang jelas.

Dalam mengejar visi dan misi ini, sudah semestinya semua kompenan anggota dalam Pas yang terdiri daripada pendokong, penyokong, penggerak mempunyai peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan berkesan dan bijak.

Selain itu juga, keharmonian dan kemurnian yang subur dalam Pas juga mesti terus dipupuk dan dibajai dengan secukupnya.

Setiap penyokong dan penggerak mesti mematuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh pemimpin supaya tidak tersasar dari kehendak parti serta selaras dengan wadah perjuangan yang didokong Pas.

Manakala pendokong juga sewajarnya terikat dengan wadah perjuangan yang sama untuk memelihara keharmonian dan kemurnian parti. Setiap langkah songsang yang diatur pendong memberi impak yang besar kepada Pas berbanding penyokong, sebab itulah langkah pendokong mesti lebih berhati-hati seperti dalam membuat kenyataan, tindak-tanduk dan apa jua yang mewarnai Pas.

Kenyataan kabur, telahan, berbentuk peribadi, nagetif, serta berbentuk terbuka yang membuka ruang untuk serangan pihak musuh patut dijauhi, berpolitik tidak seperti bermain catur, dalam permainan catur langkah yang tersumbang dapat diatur kembali untuk memenangi perlawan, tetapi dalam politik, walaupun dapat diatur kembali langkah yang sumbang rakyat akan ingat dan memandang kesumbangan yang pernah berlaku, dan inilah yang disebut-sebut.

Ketika ini Pas berada dikemuncaknya, perkara ini diakui oleh ramai orang. Situasi ini berlaku bukan kerana namanya PAS sahaja, tetapi kerana kepercayaan orang ramai kepada perjuangan Pas yang dari dulu mempertahankan konsep keadilan dalam Islam tidak mengira bangsa dan kaum serta dipraktikkan dalam pentadbiran di bawah negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas.

Kepercayaan ini juga disumbangkan oleh penyokong-penyokong yang kebanyakkannya bersikap dan bersifat tenang dalam banyak situasi, mengikut arahan pepimpin dan bijak menguasai suasana dalam kelompok mereka.

Pendokong adalah merupakan penggerak dan pencipta situasi ini. Pemimpin adalah golongan yang bertanggungjawab dalam mewujudkan keharmonian dan kemurnian ini. Kesinambungan inilah yang diharapkan oleh penyokong-penyokong Pas, inilah situasi yang didoakan dalam hati setiap penyokong, mereka mahukan pemimpin mereka bijak dalam berpolitik, bergabung dalam setiap aspek ilmu, sama ada ia seoarang ulama' atau profesional tetap memberi sumbangan kepada perjuangan dan mendokong wadah perjuangan.

Dalam kesempatan ini juga, hamba meluahkan rasa senang dengan tindakkan yang dibuat oleh MB Kedah Ust Azizan. Pada hamba beliau telah mengambil jalan yang wajar dengan alasan menumpukan gerak-kerja negeri Kedah, apa yang lebih penting, mengurangkan pertembungan dalam pemilihan nanti. Sekira berlaku bertembungan sudah tentu ahli/penyokong akan mempunyai kecenderungan kepada seseorang, ini cukup memberi kesan jika ada di kalangan ahli yang sedikit dangkal sehingga menyebabkan perpecahan sesama sendiri. Walaupun Pas mengamalkan sikap telus dan keterbukaan dalam pemilihan, tidak menghadkan pencalonan, tetapi setiap kemungkinan yang membawa kepada natijah nagetif mesti ada pencegahan awal, sekurang-kurangnya meminimumkan kemungkinan itu.

Jika Husam mengikuti jejak langkah Ust Azizan, lihatlah ianya sebagai tindakan yang positif dan membina. Hasrat murni ini tidak seharusnya dipandang serong, pada hamba Husam merupakan seorang yang ikhlas dan bijak berpolitik, pandai memanipulasi keadaaan, banyak idea yang membina sama ada peringkat nasional mahupun peringkat negeri, beliau boleh memimpin. Itulah keberkesanan gabungan antara ulama' dan profesional.

Jika hari ini Umno tercemar dengan masalah kepimpinan yang korupsi, rasuah, moral, perebutan pangkat dan jawatan, PKR juga parti politik orang melayu ditempiaskan dengan masalah kepimpinan, Pas yang masih dilihat kurang gejala tersebut perlu mengambil peluang ini untuk memenangi hati rakyat dikala krisis kepercayaan rakrat kian menipis kepada yang lain.

Read more...

Bilangan Dahan Pakatan Rakyat Bertambah Bila Pemimpin Hindraf tubuh parti Malaysia Makkal Sakthi

19 Mei 2009

mStar Online : Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Selepas desas-desus lebih tiga bulan, pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan, mengesahkan penubuhan sebuah parti politik baru bagi mewakili masyarakat India negara ini.

Parti itu bakal dikenali sebagai Malaysia Makkal Sakthi.

Ia merupakan parti kedua didakwa mahu menjaga kepentingan masyarakat India diumumkan penubuhan dalam tempoh sebulan lalu.

Akhir bulan lalu penubuhan Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf) diumumkan. Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran mengesahkan penubuhan parti Malaysia Makkal Sakthi.

"Kami akan umumkan secara rasmi di Petaling Jaya esok... Saya akan umumkan butirannya petang esok," kata beliau ketika dihubungi tadi.

Beliau yang dijangka mengetuai parti itu turut mengesahkan sudah menyerahkan tanggungjawab menyelaras Hindraf kepada barisan kanan pemimpinnya.

"Pemimpin Hindraf yang sudah dibebaskan dari Kamunting akan meneruskan matlamat Hindraf dan saya akan menggerakkan platform politik yang sah di sisi undang-undang bagi wakili masyarakat India," katanya.

Spekulasi tentang penubuhan sebuah parti oleh pemimpin Hindraf sudah kedengaran sejak awal tahun ini.

Dua bulan lalu Thanenthiran pernah memaklumkan bahawa pihaknya sudah mengambil langkah untuk bergiat aktif dalam politik arus perdana selepas Hindraf diharamkan Oktober lalu.

Kelima-lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dibebaskan secara berperingkat sejak awal bulan lalu.

Nama parti Malaysia Makkal Sakthi juga sinonim dengan gerakkan Makkal Sakthi yang mengalih sokongan masyarakat India kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Kini masyarakat India mempunyai empat parti politik utama yang ditubuhkan khusus untuk mereka sertai secara langsung.

Read more...

Strategi UMNO di Penanti

Sahlah UMNO tidak meletakkan calonnya di Penanti bila DS Najib umum malam tadi. Perkara ini bukan suatu yang mengejutkan kepada peminat dan pengikut perkembangan politik kepartian tanahair kita.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah strategi UMNO, apakah UMNO akan biarkan maruahnya dicalar begitu sahaja tanpa dipedulikan sedang mereka memegang kuasa dan memiliki pelbagai kelebihan kala ini. Persoalan ini mesti ditimbulkan terutama kepada pendokong parti Pakatan Rakyat.

Alasan DS Najib untuk tidak meletakkan calon di Penanti cukup dangkal semata-mata menutup kelemahan Umno, sedang titik permulaannya dibuat olehnya untuk menjadikan Penang sebagai Perak Kedua, buktinya bila Murugiah ugut nak letak jawatan terus menteri umum dia akan bebas. Beliau ingat dengan ugut kes rasuah semua Adun nak berlindung bawah Umno macam di Perak.

Seribu kemungkinan yang boleh dibuat bila bertitik-tolak dari persoalan di atas, UMNO akan menggunakan pelbagai strategi luaran untuk melawan dan melemahkan Pakatan Rakyat terutama dalam pilihanraya kecil Penanti nanti.

Umno bimbang, takut, gusar untuk berdepan lagi dengan gelombang rakyat ketika ini yang terbukti terutama dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh, tambahan pula Penanti adalah Dun dalam Parlimen Permatang Pauh, fobia belum hilang, luka belum sembuh, Umno masih merawat kecederaan yang dialaminya.

Calon-calon yang bertanding boleh dijadikan proksi untuk menguji kekuatan semasa Pakatan Rakyat, segala keperluan calon bebas dalam PRK kali ini mungkin akan ditaja oleh Umno atau orang perseorangan dalam keluarga Umno untuk memastikan cabaran getir untuk PR. Bukan satu laluan mudah.

Kiranya calon bebas memenangi kali ini sudah tentu ianya menjadi ukuran kepada Umno dalam senario politiknya. Mereka mempunya modal untuk mengatakan bahawa rakyat sebenarnya tidak mahukan Pakatan Rakyat tetapi rakyat hanya kecewa dengan Umno-BN sahaja. Jika Pakatan Rakyat menang PRK Penanti nanti, mereka wajib mengerahkan seluruh kekuatan untuk mengubah situasi ini dengan lebih drastik walau apa cara sekalipun.

Memang wajar untuk Umno berundur kali ini dan mencipta lakaran sejarah di usia senja Umno sekarang ini. Mereka lebih menumpukan luka dan barah yang kian menular dalam parti, komplot Terengganu dengan MBnya, Komplot Perak dengan MBnya, itu belum lagi percakaran dalam perjawtan dalam parti kompenan BN dalam kabinet. Sehingga terpaksa mengutip kembali Soi Lek untuk diberi fortfolio walaupun sudah jelas orang cina sendiri sudah malu dengan perangai pemimpin mereka.

Dalam PRK Penanti juga, Umno amat mengharapkan PR leka dan lengah, terutama PAS yang sekarang ini dianggap parti paling berpengaruh dan utuh dalam organisasi. Pas sekarang ini berdepan dengan pemilihan parti, sudah tentu banyak ruang dan peluang untuk ditembusi untuk menikam kelemahan dalam Pas, yang sekarang ini semua akhbar menyanang Pas pun ada rasuah. Umno ingin menyatakan kepada rakyat bahawa Pas dengan Umno adalah sama kononnya, mereka beria-ria walaupun kes ini belum mempunyai bukti yang sorih.

Umno masih berminat dengan Perak, inilah masanya untuk mereka menumpukan kekuatan untuk melepaskan kemelut Perak yang mereka cipta dan mulakan sehingga ramai penganalisis politik kepartian, perekonomian, dll sudah senada dengan cadangan PR untuk membubarkan Dun. Ini tamparan hebat buat Umno-BN. Sehingga mereka terpaksa melambat-lambatkan keputusan Mahakamah Rayuan bagi mereka menyusun alasan dan strategi.

Kealpaan dan kelekaan PR akan dimanipulasi 100% oleh Umno kali ini, proksi telah digerakkan, Umno tidak akan menggunakan batang tubuhnya untuk melawan musuh, kerana tubuh mereka terlalu naif untuk bertarung.

Read more...

Mantapkan Dasar Kepimpinan Ulama'

17 Mei 2009

Dasar Kepimpinan Ulama' merupakan dasar yang sangat berjaya dan menggambarkan secara jelas halatuju perjuangan PAS selama ini. Dengan dasar ini jugalah PAS telah diwarnai dengan kesenian pentadbiran dan pendekatan dakwah politik secara paling hampir dengan lunas syariat Islamiah.

Dasar Kepimpinan Ulama' juga telah membawa PAS ke persada kemuncak sekarang berbanding sebelumnya yang hanya dipandang kekampungan, hinggakan kepada pembentukan kelab penyokong PAS yang terdiri daripada bukan Islam.

Mungkin dan mesti terdapat kekurangan dan kecatatan dalam dasar ini, tetapi ianya boleh dan mesti diperkasakan lagi sejajar dengan hasrat Muktamar 1982 dan Majlis Syura Ulama PAS. Pemantapan mestilah selari dengan peredaran semasa yang menuntut pembaharuan dan penjelmaan semula tanpa dijenamakan dengan jenama lain.

Dasar Kepimpinan Ulama' juga merupakan ikon yang seolah-olah sedaging dengan perjuangan PAS, sebahagian besar masyarakat yang sebelum ini tidak mengenali PAS telah mengenali PAS melalui dasar ini. Tambahan pula negara kita majoriti muslim cukup senang dengan dasar yang diperkenalkan ini, malahan telah mendapat tempat dihati bukan muslim untuk sama-sama bernaung dan menegakkan dasar ini.

Dasar Kepimpinan Ulama' telah memberi impak yang sangat besar, membezakan antara banyak parti politik dinegara kita, kalau pun perlu dijenamakan semula, pendokong-pendokong PAS mesti mengkaji secara terperinci kerana ianya melibatkan dasar yang sangat penting dalam hala-tuju dan arus perjalanan PAS itu sendiri.

Read more...

Dato' Anifah Aman Berangan Jauh

Dikesempatan bersama akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington, Amerika Syarikat semalam. Dato' Anifah Aman mengambil kesempatan untuk menyatakan hasratnya dan cita-citanya yang tinggi melangit.

Hamba nampak dalam situasi ini, Dato' Anifah Aman lebih memberitahu kepada UMNO akan angan-angannya itu dengan cara sindiran dan mempergunakan pihak lawan. DS Najib mesti faham bahasa ini, bahasa seolah ada yang tersirat untuk diberitahu kepada DS Najib yang mana Dato' Anifah Aman mengimpikan jawatan tersebut jika diberi kesempatan.

Secara tersurat, Dato' Anifah Aman menghentam DS Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Keadilan, manakala yang tersirat beliau sedia dan akan mencabar bagi jawatan itu pada masa dan ketika akan datang, dengan berkedudukan sekarang sebagai Menteri Luar beliau sudah merasa besar dan kuat untuk mencabar dan terus berselera tinggi dan rakus.

Kalau kita faham, ianya petanda positif untuk Pakatan Rakyat, bukan setakat kita akan menyaksikan saman daripada Ketua Umum Keadilan atau permohonan maaf secara terbuka daripada Dato' Anifah Aman, bahkan kita (PR) akan menyaksikan satu lagi enau dalam semak UMNO yang cambah untuk melepaskan pucuknya dalam belukar yang tebal. Pasti berlaku persaingan dan tebas-menebas nanti. Ini bererti kudis yang sedia ada bertambah, kemelut dalaman yang kian membarah pun tidak boleh dirawat lagi, ditambah pula dengan kudis yang baru dan baru, itulah petanda kejatuhan UMNO-BN terutama dalam PRU akan datang.

Peguam bagi pihak DS Anwar sudah bersiap siaga untuk mengambil tindakkan terhadap Dato' Anifah Aman setelah diberi tempoh selama 24 jam, berita tentangnya pernah dibuat liputan melalui Mstar Online, Harakahdaily dsb.

Read more...

ADA LAGI WABAK PALING BAHAYA DARI SELESEMA BABI

15 Mei 2009

Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan pelbagai wabak dan pengakit yang melanda dunia tika ini yang membahayakan kesihatan dan nyawa. Bermula dari influenza A (H1N1) atau selesema babi sehinggalah wabak yang melanda Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan, Tiang Dua, Melaka.

Perlu diketahui, wabak yang paling bahaya juga perlu ditangani iaitu wabak rasuah, rompak harta rakyat, rompak kerajaan rakyat, cabul kebebasan akhbar, mengucupkan peranan dan kepentingan bahasa sendiri. Wabak ini dibawa dan disuburkan oleh bangsa kita sendiri dengan tangan-tangan mereka. Rakyat seolah-olah dikaburkan pandangan, mereka melakukan ini semua atas dasar seni kraf yang kononnya tinggi nilai untuk bangsa dan warga.

Sudah berbulan wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi ini melanda dunia, tetapi dengan kes pertama yang telah diisytiharkan hari ini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican : "Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," Nampaknya tapisan keselamatan kesihatan kita terlalu longgar dan diambil mudah oleh pihak kerajaan sehingga wabak ini berjaya menyelinap masuk ke negara kita.

Kita semua faham, ini bukan suatu kerja mudah untuk membuat pemeriksaan rapi setiap individu yang keluar masuk negara kita. Tapi kenapa dalam kesihatan sahaja?!! andaikan ianya dapat menggugat politik parti UMNO-BN hamba ingat usah kata nak lepas masuk negara, niat pun tak boleh. Buktinya, kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam membenteras apa sahaja yang membahayakan kepentingan politik mereka hingga mengorbankan prinsip dan rukun yang perlu dipatuhi dengan mengudakan medan yang dikuasainya.

Ingat lagi kita tetang KMM, yang asalnya dikenali "Kumpulan Mujahidin Malaysia" kemudian kerajaan menukarkannya kepada "Kumpulan Militan Malaysia". Hamba cukup ragu dengan isu ini, kalau pun benar, bagaimana orang luar kumpulan boleh suka-suka tukat nama kumpulan???! . Dan kita lihat bagaimana UMNO-BN membenterasnya!!! atau ingatkah kita tentang kumpulan al-Arqam? yang sebelum itu selesa dengan aktiviti mereka, bila kata nak campur urusan politik Malaysia pada masa itu diterajui DR. M, terus ada jalan untuk mengharamkannya, kenapa sebelumnya tidak?!

Sekarang ini pun berlaku pencabulan undang-undang, peruntukan undang-undang dipergunakan semahu-mahunya. Antaranya apa yang berlaku di Perak, sehingga wujud 2 MB dan 2 speaker dewan yang cukup memalukan rakyat Perak dan negara.

Inilah sikap dan sifat virus yang amat bahaya itu, lebih bahaya dari selesema babi kerana ianya mematikan jiwa, mengongkong kebebasan yang sepatutnya, menafikan demokrasi, membelakangkan undang-undang, memenjarakan minda.

Justeru itu, penawar paling mujarab untuk virus ini ialah "katakan tidak kepada UMNO-BN" untuk selamanya.

Read more...

Politik ALI RUSTAM dan MELAKA

14 Mei 2009

Kita sedar negara sekarang ini bergelut dengan pelbagai masalah, dalam banyak masalah, masalah politiklah yang hangat diperkatakan berbanding masalah kesihatan, keselamatan, ekonomi, sosial, pentadbiran yang tenat kian mengucup.

Rasionalnya, ibu segala masalah ini berpunca dari masalah politik kepartian. Apabila sesebuah parti yang memerintah lemah dalam pentadbiran dengan pelbagai gejala yang melanda terutama dalamannya sendiri ia akan memberi kesan kepada sektor-sektor yang lain.

Rawatan untuk jenis gejala ini hanyalah terdapat pada rakyat sahaja, kiranya rakyat sedar perkara ini sudah tentu UMNO-BN tidak lagi disebut-sebut zaman ini melainkan hanya mitos semata. Kuasa undi adalah vaksin dan ubat terbaik untuk rawatan ini.

Masalah dalam sektor ekonomi, sosial dsb. adalah masalah sampingan yang lahir dari kelemahan pengurusan pemerintahan sekarang, kalau pun ada liputan tak ubah seperti "menutup bangkai gajah dengan sehelai daun" untuk mengaburi pandangan rakyat dan mengalihkan perhatian politik parti pemerintah yang kian mengucup.


Hamba percaya, rakyat sekarang ramai yang sedar situasi ini, terutama golongan celik IT, cerdik pandai, golongan yang berpandangan luas hatta mereka yang disebut "orang kampung" pun sudah pandai menimbang untuk kehidupan mereka.

Hamba kecilkan scop ini kepada negeri tempat bernaung sekarang, dalam situasi Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rustam yang pernah disabitkan kesalahan rasuah oleh Lembaga Tatatertib UMNO sebelum pemilihan tempoh hari yang hadir ke kematian dalam Dun beliau. Dalam satu sudut hamba puji ngan kehadiran tersebut, nampak macam pedulikan rakyat dan bersalam ngan semua orang yang hadir.

Adengan yang serba salah bagi hamba bila semua hadirin seolah-olah buat tak tahu, tak perasan jer ngan kehadiran Ketua Menteri mereka, tak ada seorang pun yang nak tegur atau nak bersalam. Jadi terpaksalah KM Melaka ni jumpa sorang untuk bersalam.

Dalam benak hamba, kalaulah yang hadir ini MB Pakatan Rakyat seperti TG Nik Abd Aziz atau DS Nizar... ingat tak menang tangan mereka berdua nak sambut salam orang ramai, kesian betul ngan KM Melaka ni.

Sadis lagi, bila jer bersalam, ada suara-suara yang keluar "bulan dah terang" sebagai apa ??!! kalau cakap gitu sedang jam sekitar 10.00 pagi, korang pikir-pikir la sendiri perkataan yang keluar dari mulut "orang kampung" ni. Masa bersalam ngan hamba yang dok hujung sekali hamba sapa la juga dengan perkataan "Dato' ", bersopan gak la kiranya hamba ni hehe.

Kalau Tok Li perasan situasi ni, hamba nak gak berpesan, ni maknanya orang ramai dah mula tidak suka, jadi cepat-cepat la buat peralihan kuasa secara terhormat sebelum maruah tercemar yang dah tercemar tu. Lagi pun tak salah Tok Li buat begitu, kan kawan-kawan Tok Li ramai yang dah letak jawatan secara tehormat bila tak dipilih dalam pemilihan UMNO tempoh hari.

(gambar adalah ihsan daripada sahabat yang prihatin)

"Bagus agaknya kalau TOK LI ni lompat ke Pakatan Rakyat tinggalkan UMNO yang tak lama lagi nak jadi bangkai, mesti mantap TOK LI ngan PR!!"

Read more...

Nizar Antara 10 Topik Terhangat Di Twitter

12 Mei 2009

Mungkin ramai yang sudah tahu akan berita utama hari ini, yang mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak. Menariknya, perkataan Nizar juga kini menjadi antara 10 perkataan yang menaik popularitinya di Twitter.


Twitter - Nizar di Trends

Nizar Antara 10 Topik Terhangat

Menariknya, ini kali kedua sesuatu yang menarik berlaku di Malaysia menjadi antara 10 topik menarik di Twitter. Sebelum ini, BarCampKL pernah juga tersenarai sebagai 10 topik terhangat di Twitter.

Nampaknya, kini Twitter telah menjadi antara medium perantaraan yang utama, yang mana memperlihatkan berita tersebar lebih pantas berbanding sebelumnya. Selain di Twitter, Nizar juga menjadi perbualan semasa di Facebook, Forum dan juga beberapa blog peribadi para pengguna.


petikan dari : amanz

Read more...

KEMENANGAN DS NIZAR TIDAK KONKRIT

Keputusan yang diperolihi petang 11 Mei 2009 yang memihak kepada PR dan merupakan sesuatu yang luar jangka dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa DS Nizar sebagai MB Perak yang sah sangat mengembirakan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat.

Hamba rasa DS Najib tak terkejut dengan mengumuman ini, mungkin beliau dimaklumkan lebih awal tentang keputusan ini, sudah tentu pihak cerdik pandai UMNO-BN mempunyai kajian dan analisis, kalau tidak mana mungkin keputusan seumpama ini berlaku. Itu pertama.

Golongan cerdik pandai UMNO-BN yang telah membuat analisis dan strategi ini mungkin terlepas pandang dalam banyak perkara termasuklah perancangan DS Nizar dan PR setelah keputusan mahkamah diperolihi.

Telahan ini dikuatkan dengan pandangan yang mengutarakan kemenangan DS Nizar melalui mahkamah tidak bermakna dan tidak sampai kemana kerana Dewan Undangan Negeri Perak masih dikuasai oleh BN. Majoriti tetap menyebelahi BN dengan 31-28, mana mungkin PR dapat memerintah.

Apa yang menarik, dengan keputusan mahkamah ini DS Nizar tidak langsung bercadang untuk meneruskan pemerintahan tetapi memohon untuk pembubaran Dun untuk membolehkan kerajaan Perak dipilih semula oleh rakyat Perak.

Disamping itu juga, DS Nizar telah pun melakukan sesuatu yang amat penting dengan memecat penasihat undang-undang negeri yang terang-terang menyebelahi UMNO-BN sepanjang kemelut ini berlaku.

Hamba yakin satu persatu langkah yang penting dalam tempoh yang amat singkat ini akan dibuat oleh DS Nizar termasuklah memecat SUK dan mengawal dan memanipulasi jawatan-jawatan penting, kalau tidak!, walaupun pembubaran Dun berlaku, PR akan tetap melalui saat-saat yang genting dengan talam dua muka mereka-mereka ini.

Bagi bloggers upahan UMNO-BN harap bertenang dan bersabar, dengan kemelut ini korang semua dapat upah lumayan untuk ditelan anak bini dan keluarga hasil samun dan rompakan dari harta rakyat. Korang sedar tak perkara ni?! Atau memang nak butakan hati, pekakkan telinga semata-mata mengemis sedikit habuan dunia sedang hati anda dalam berantakan.



"Perlu diingat, dalam keadaan terdesak, walaupun berpaut di ranting yang rapuh seolah berpaut pada balak yang besar"

Read more...

UMNO-BN AKAN TERUS HILANG RASIONAL SELEPAS MAHKAMAH TINGGI SAHKAN NIZAR SEBAGAI MB PERAK.

11 Mei 2009

Tamparan suasana pergolakkan politik Perak nampaknya semakin hangat, tidak ada tanda-tanda akan berlabuh, seluruh negara digamit mengikuti perkembangannya secara khusus, dan secara amnya perkembangan ini terus diikuti penduduk dunia. Senario ini akan terus berlarutan kiranya tiada kemuncak klimaks dengan pembubaran DUN Perak itu sendiri. Sultan Perak sepatutnya peka dan meneliti lebih awal konflik ini untuk terus melihat negerinya stabil dari segi politik, ekonomi, sosial dan yang berkaitan.


Hari ini suatu keputusan yang agak luar biasa bagi mereka yang di luar lingkaran UMNO-BN apabila keputusan Mahkamah Tinggi mengambil keputusan mngesahkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah.


Ketuputusan ini sudah semestinya memberi tamparan yang hebat kepada Zambry secara khusus dan UMNO secara amnya. Harapan Zambry untuk menagih simpati dari badan kehakiman dan perundangan tidak kesampaian, impian Zambry untuk bersandar kepada badan tertinggi dalam negara ini rupanya tidak memihak kepadanya.


Bagi hamba, kes ini lebih menarik. Bukan kerana semata pengesahan mahkamah kepada DS Nizar sebagai MB yang sah tetapi apakah kemelut yang sebanar berlaku disebalik tabir percaturan ini??!!


Takkan begitu mudah keputusan ini berlaku, apakah mandrem PR terlalu ampuh sehingga pihak hakim mengambil jalan yang dianggap begitu berani. Berbanding dengan kes-kes seumpamanya yang dikatakan lebih kecil dan besar seperti rampasan kerajaan PR di Perak, kes pembunuhan Altantuya, dan kes-kes yang berkisar dalam kepompong politik.


Banyak persoalan yang bermain dibenak pemerhati politik kala ini, apakah barisan hakim sekarang ini sudah berani atau memang mereka berani berdepan dengan pentadbiran yang diterajui Najib. Dalam pentadbiran Najib sekarang pun seolah-olah tidak mempedulikan barisan ini, tumpuan hanya menampakkan pada kementerian-kementerian yang pernah diterajuinya dulu dan yang dianggap berprestasi tinggi untuk mengaut keuntungan.


Seperkara lagi, dalam keputusan ini PR tidak boleh berlengah dan dilengahkan, mungkin ada strategi lebih halus yang disusun untuk membuat pukulan TKO kepada PR, takkan keputusan sepenting ini diambl mudah untuk UMNO untuk mereka melepaskannya begitu sahaja tanpa ada alas an yang munasabah bagi perancangan mereka.


Walau apapun keputusannya, tidak sekali-kali akan dapat berubah persepsi rakyat dan dunia tentang betapa sistem perundangan dan kehakiman negara ini telah pun dicabul dengan teruk oleh UMNO-BN. Ianya juga tidak mengembalikan kepercayaan rakyat kepada DS Najib dan UMNO-BN itu sendiri.


Tahniah atas keputusan ini, anggaplah ia sesuatu yang mengembirakan kita hamba rakyat atas perjuangan PR yang tidak mengenal perit jerih hingga saat ini dan seterusnya.


KUALA LUMPUR, 11 Mei: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dilantik dengan sah sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah.

Beliau menerima pakai keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah sebelum ini dalam kes Stephen Kalong Nikan yang memutuskan menteri besar atau ketua menteri hanya boleh dipecat melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk memohon keputusan itu ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim.

Mahkamah juga mengarahkan Zambry dan Exconya mengosongkan kerusi masing-masing.

Hakim juga berkata, jika Sultan Perak mahu Nizar meletakkan jawatan, baginda hendaklah mengarahkan Dun Perak bersidang dan usul undi tidak percaya dikemukakan.

Selepas usul itu lulus barulah Sultan berhak memerintahkannya meletakkan jawatan dan melantik MB baru.

Sementara itu, Siasah difahamkan, Zambry akan mengosongkan segera pejabat MB Perak kerana menghormati keputusan mahkamah.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Siasah berkata, majlis di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar malam ini akan berjalan seperti biasa di mana penceramahnya adalah Datuk Seri Nizar dan Speaker V Sivakumar.


petikan : siasahdaily.blogspot.com



Dunia banyak perkara memeningkan dari yang pening-pening, tinggal pertanyaan untuk ditelah"

Read more...

Pukulan TKO Untuk BN Bila Nizar: Adun Pakatan Rakyat tetap hadir sidang Dun Perak 7 Mei

02 Mei 2009

Bila Nizar umum Adun PR akan hadir sidang Dun Perak nampaknya BN terpukul dengan kenyataan ini kerana mereka sangat-sangat mengharapkan semua Adun PR tidak hadir. Nanti senang mereka nak buat keputusan dan hukuman.

Dengan kehadiran ini hamba percaya kali ini PR Perak akan memberi lebih pukulan kepada BN, biarlah pukulan kali ini pukulan TKO, tiada ruang lagi untuk BN bangun hingga loceng penamat permainan ini bergema.

Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi nanti, takkan PR nak masuk dewan macam orang bodoh jer, angguk-angguk geleng-geleng macam juak-juak UMNO-BN bak dicucuk hidung. Apapun 7 Mei bukanlah suatu tempoh yang lama untuk ditunggu tapi perancangan yang akan dibuat membuat kita merasa lama dalam tempoh ini.

Suara Keadilan - Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 1 Mei (SK) : Menteri Besar Perak Mohamad Nizar Jamaluddin akan hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak jika sidang itu berlansung pada 7 Mei ini.
Beliau yang hadir bersama-sama speaker Dun Perak, V. Sivakumar dan Pengerusi Dap Perak Ngeh Koo Ham berkata pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Anggota Dun Pakatan Rakyat semalam.
Mesyuarat itu mengambil keputusan untuk tidak memboikot persidangan Dun Perak yang dijadualkan pada 7 Mei depan.
“Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan bahawa semua wakil rakyat mereka akan menghadiri Sidang Dun Perak pada 7 Mei ini,” kata Nizar memberi pengesahan apabila kepada Suara Keadilan hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun sebelum ini ada kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat akan memboikot sidang Dun tersebut.
“Soal memboikot kini tidak timbul dan kita akan memberi kerjasama sepenuhnya semasa persidangan berkenaan.
“Saya berharap persidangan itu mengikut segala peraturan sebagaimana yang diagendakan dan kita akan mengikut apaapa ketetapan yang akan dibuat oleh Speaker,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli Dun (Adun) Pakatan Rakyat semalam
Beliau juga berharap semua pegawai yang ditugaskan pada sidang Dun itu akan mengikut perintah daripada Speaker dan menegaskan semua Adun Pakatan Rakyat juga akan patuh dan akur apa saja arahan Speaker.
Sementara itu Speaker, V. Sivakumar ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatan beliau mengakui memang ada usul yang telah diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.
Beliau berkata, sebelum persidangan pada 7 Mei ini berlangsung, banyak isu akan dibangkitkan beliau melalui perbincangan dengan pihak polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut.

Read more...

Tarik Tali Politik Perak, Biarkan Adun BN syok sendiri : Sivakumar

Berhempas pulas MB baru Perak Zambry mahukan dirinya diterima rakyat, bermacam-macam dah dia guna termasuk sistem beraja, mahkamah dan sistem perundangan tapi nampaknya cabaran beliau makin sukar. Tambahan pula Mahkamah Tinggi enggan mengisytiharkan bahawa beliaulah MB yang sah menambahkan lagi tekanan yang dihadapi. Masa Najib tawarkan jawatan MB dulu mungkin beliau tak terfikir sesukar ini perjalanan kerajaan Perak yang dia anggap sudah tejui sekarang, kalaulah Zambry tahu ginilah sukarnya hamba rasa dia dah tolak awal-awal lagi tawaran jadi MB, nasib la kau Zambry nak sangat jadi MB segera.

Berita yang kita dengar semenjak dua menjak ni, kerajaan Perak berhempas pulas nak adakan juga persidangan dewan, kalau tak ada persidangan bermakna boleh dikira expired date dan DUN Perak terpaksa dibubarkan, adusss!!!

Moga kemenangan dan bantuan Allah berpihak kepada mereka yang berjuang atas kejujuran dan ketelusan.

Suara Keadilan Friday, 1 May 2009

Anna Yusof


IPOH, 1 Mei (SK) : Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Pakatan Rakyat tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis pada sidang tersebut bermula 7 Mei depan tanda protes mereka terhadap Umno / Barisan Nasional.

“Adun-Adun Pakatan Rakyat biarkan Adun-Adun BN syok sendiri ‘dia yang tanya dia yang jawab’, jelas bahawa Dewan Negeri tidak berfungsi lagi kata Speaker Dewan Undangan negeri Perak V. Sivakumar dalam blog beliau Suara Perak hari ini.

Atas prinsip tidak mengiktiraf kerajaan Umno-BN, maka kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk beliau bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang soalan lisan mahupun bertulis.

Adun Tronoh itu berkata oleh kerana Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya proses ’soal dan jawab’ tidak lagi menjadi relevan.

“Pada persidangan kali ini, kesemua 27 Adun Pakatan Rakyat (tidak termasuk Speaker) bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis. Ini adalah tanda bantahan terhadap kerajaan BN yang tidak sah,” kata Sivakumar dalam blognya.

“Penyelesaiannya ‘BUBARKAN DUN’,” tegas Sivakumar lagi.

Menurut beliau, pada kebiasaannya, setiap Adun akan menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri. Setiap Adun dibenarkan untuk bertanya tiga soalan lisan dan lima soalan bertulis.

Menurut Perintah-perintah Tetap 22 (2), notis berkenaan dengan setiap soalan yang hendak dikemukakan oleh mana-mana Adun hendaklah diberikan secara bertulis tidak kurang daripada 14 hari daripada hari yang mengkehendaki jawapannya.

Soalan-soalan itu harus diserahkannya kepada Pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat.Soalan-soalan yang dihantar itu akan disemak dan ditelitikan oleh Speaker Dewan Negeri.

Tambah Sivakumar lagi soalan-soalan yang tidak relevan dan bercanggah dengan Perintah-perintah Tetap akan diketepikan oleh Speaker.

“Soalan-soalan yang terpilih akan dihantar ke jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi tertentu untuk mendapatkan jawapan.

“Selepas menerima jawapan-jawapan itu, Speaker akan senaraikan urutan soalan-soalan mengikut budibicaranya.

“Kemudian soalan-soalan dan jawapan-jawapan itu akan diberikan kepada ahli-ahli Exco yang berkenaan untuk dibentangkan di Dewan Negeri,” jelas beliau lagi mengenai prosedur yang harus dipatuhi setiap Adun.

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP