"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Huru-hara Perhimpunan Angkara Siapa??

02 Ogos 2009

Malam ini TV3 dengan meriahnya menyiarkan seolah-olah Perhimpunan Rakyat Anti-ISA suatu perhimpunan yang menimbulkan huru-hara serta menyusahkan banyak pihak.

TV3 juga menemubual beberapa orang peniaga yang menunjukkan perniagaan mereka rugi akibat terkena air pihak berkuasa yang mensasarkan kepada mereka yang menyertai perhimpunan.

Kalau diamati laporan yang dibuat oleh wartawan TV3, huru-hara yang tercetus sebenarnya adalah berpunca dari pihak polis dan FRU yang memburu mereka yang menyertai perhimpunan. Bedilan gas pemedih mata juga memberi sumbangan kepada perhimpunan menjadi kalut. Tambahan pula bila water canon tersembur keluar, siapa yang dapat bertahan tentulah mereka bertempiaran lari ke kawasan yang dianggap selamat.

Dalam suasana inilah peniaga-peniaga yang ditemuramah oleh TV3 menyatakan mereka kerugian akibat air water canon telah merosakkan bahan jualan dan peralatan.

Pihak yang melepaskan gas pemedih mata dan water canon sepatutnya mengambil tanggungjawab atas kerosakkan ini, mereka mesti menggantikan kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut, kerana angkara merekalah perhimpunan menjadi huru-hara yang pada asalnya ia merupakan suatu perhimpunan aman dan tidak tercetus apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku.

Lagi pun, perhimpunan ini banyak membantu peniaga-peniaga meraih keuntungan bila kumpulan manusia yang ramai memenuhi hajat mereka dengan keperluan ketika itu seperti minuman, makanan dsb.

Juga diamati, perhimpunan ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari seluruh tanah air, ini sudah tentu peniaga-peniaga mendapat peluang dari perhimpunan ini, orang ramai yang datang ada diantara mereka sempat berbelanja ketika atau sesudah perhimpunan.

Jelaslah kepada kita, perhimpunan ini aman jika tiada provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan sesetengah golongan sahaja.

1 Ogos 2009 telah melakar sejarah tanah air dan dunia, tahniah kepada mereka yang terlibat.


0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP