Ahmad Zahid Ugut Ishtihar Darurat
03 Ogos 2009
Bimbang dengan kebangkitan rakyat serta pengkibatan rakyat dalam setiap anjuran PR, Ahmad Zahid sebagai menteri keselamatan mengambil jalan mudah dengan mengugut untuk ishtihar darurat.
Mungkin baginya tiada jalan lain lagi untuk melegakan nafas Umno yang sesak sekarang ini. Kalau ISA sudah ditolak rakyat secara total kali ini "darurat" pula sebagai talian hayat untuk Umno.
Laporannya sebagaimana berikut :
BALING 2 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan tidak teragak-agak memohon perkenan pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong jika pihak tertentu bertindak keterlaluan sehingga mencabar pihak polis dan tentera.
"Jangan sampai polis dan tentera terpaksa bertindak. Saya sanggup jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.
Ugutan ini merujuk kepada Perhimpunan mansuh ISA yangmana sambutan kehadiran telah mencapai sasaran. Umno amat bimbang dengan perkembangan terbaru ini walaupun mereka menafikan jumlah kehadiran dengan mengatakan jumlah mereka yang hadir dalam perhimpunan hanya 5,000 orang ini hanya semata-mata untuk menyedapkan hati mereka dan mendodoi budak-budak bawahan supaya memperlekehkan himpunan tersebut.
Pada hakikatnya Umno amat takut dengan perhimpunan ini. Umno takut kalau benar-benar desakan rakyat ini menjadi kenyataan. Selama ini Umno berpaut pada dahan akta ISA ini untuk terus subur dikala kegersangan. Akta ini banyak memulihkan kekuatan Umno dan banyak melemahkan gerakan pihak lawan. Bila Umno tidak dapat berdepan dengan pihak lawan, akta ini menjadi pilihan yang terbaik untuk menghancurkan pihak lawan, sebab itulah jika akta ini sudah tiada seolah-olah tiadalah hayat Umno lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan