Iktibar Manek Urai, Rawat Akar Pulihkan Pokoknya
15 Julai 2009
Dalam senario yang berlaku dewasa ini tak patut kita Pas mendapat kemengan majoriti yang terlalu tipis. Majoriti ini memang mengecewakan kita terutama mereka yang terlibat secara terus dengan PRK ini. Walaupun begitu ianya terubat dengan kemenangan dan pasrah dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Kali ini cuba kita jangan tengok dulu pihak lawan, renung batang-tubuh kita, apa cacat cela hinggakan mendapat majoriti yang tipis. Kiranya setiap kekesalan yang berlaku kita terus hamburkan kepada pihak lawan itu cara yang tidak betul dan tidak bijak. Sikap sebegini lama kelamaan akan merosakkan diri kita kerana kita sentiasa memandang diri kita sempurna dengan alasan orang lain yang membuat onar atas kekurangan diri yang menimpa terdapat pada kita.
Ini betul-betul memberi pengajaran, pedoman. Kekurangan dalam diri kita (organisasi) semakin terserlah satu demi satu, pertembungan demi pertembungan kita saksikan di dada dada akhbar secara terbuka. Bukan budak penarik beca yang bertembung, bukan si tukang kebun atau pembancuh kopi tetapi mereka yang bergelar pemimpin. Semua berlaku secara rantaian yang seolah tidak berkesudahan. Pihak atasan Pas perlu mengambil langkah-langkah yang perlu, walaupun ianya pahit dan mual untuk membetulkannya.
Isu kerajaan perpaduan nampak reda dimata rakyat, tapi macam mana ngan isu yang tidak ada keputusan seperti isu erdogan dll. Bayangan kumpulan yang bersifat dan bersikap macam Umno bercambah biak meviruskan perjalanan Pas kini. Pahit tapi inilah kenyataannya. Punca masalah ini nampaknya dari akar yang sama, akar yang membusuk dan merosakkan keseluruhan pokok jika tidak dirawat secara betul.
Kiranya rantaian masalah ini tidak dirawat pada akarnya, manakan sampai cita-cita untuk memerintah Malaysia dengan cara Islam, manakan tercapai untuk menjadikan organisasi sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat kalau kita masih menerima nasib yang sama seperti dalam PRU lepas. Apakah kita hanya mengharapkan 3 negeri untuk memerintah, atau inilah harapan kita seumpama mimpi di siang hari.
N41: MANIK URAI (12,293)
KEPUTUSAN
1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283
Jumlah mengundi................... 10,631
Peratus.............................. 87%
Undi rosak.......................... 117
Majoriti............................. 65
Penyandang: Ismail Yaacob (PAS)
Undi diperolehi....................5,746
Majoriti:..........................1,352
0 ulasan:
Catat Ulasan