Dilarang Berarak : Jangkaan Pas Menang
14 Julai 2009
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Manik Urai supaya tidak mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan selepas keputusan diumumkan malam esok.
Larangan ini bukan yang biasa berlaku, ianya bermula setelah era Pakatan Rakyat bangkit dan mendapat sambutan rakyat dalam setiap pilihanraya kecil berlaku.
Mungkin ada pihak yang berbulu dengan pesta perarakan yang berlaku di Terengganu, maka larangan ini dikeluarkan untuk PRK seterusnya.
Ketua Polis Kelantan SAC 1 Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran dengan berkata tindakan itu bagi memastikan ketenteraman awam dipelihara dan menegaskan bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada pihak yang engkar.
"Pihak polis akan hadapi sebarang kemungkinan. Kita akan bertindak tegas," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PDRM di Laloh, Manek Urai, dekat sini hari ini.
Jangkaan dalam PRK kali ini Pas mendapat kemenangan besar setelah dirisik oleh perisik-perisik khas sebab itu pelbagai peraturan perlu disebut untuk tidak memudahkan kemenangan Pas dan memastikan kemenangan Pas melalui jalan yang sukar.
Bagi hamba, laluan sukar yang dikirim oleh Umno tidak lagi menjadi halangan besar untuk petugas-petugas Pas. Mereka sudah lali dengan mehnah dan tribulasi. Ibarat "Alah bisa tegal biasa".
0 ulasan:
Catat Ulasan