"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Pas Jangan Ambil Mudah Di Manek Urai; Umno Tetap Punyai Pukulan TKOnya

10 Jun 2009

Setelah pemergian al-marhum Haji Ismail Yaacob,60 pada 22 Mei tempoh hari, kerusi yang ditinggalkan beliau menjadi pertaruhan antara Pas-PR dan Umno-BN untuk mengisi kekosongan yang ada.


Sudah tentu Pas ingin mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai ini sekali gus mengekalkan prestasi melonjak yang dicapai dalam PRU baru-baru ini.

Bagi pihak pembakang pula ingin mencuba nasib kalau-kalau ada harapan untuk menembusi kubu kuat Pas kali ini setelah dimalukan di Penanti apabila tidak mencalonkan untuk bertanding di Dun Penanti.

Sudah tentu bila Umno memperjudikan nasib untuk menang, mereka akan menggunakan keputusan ini nanti sebagai kayu pengukur untuk PRU akan datang atau menilai kekuatan dan kelemahan dalam Pas dan Umno itu sendiri.

Hamba berharap, dalam PRK Manik Urai (PRK MU) ini Pas tidak mengambil mudah dalam semua aspek. Kerana ianya akan memberi impak yang besar kepada Pas dan penyokong Pas selama ini.

Tahniah buat petugas PRK MU yang telah memulakan kempen awal mendahului Umno, tetapi perlu ingat, secara umumnya Umno sedah pun berkempen walaupun kelihatan mereka masih terkial-kial untuk berkempen. Buktinya :

1. Semua jentera tunggangan sudah pun mengambil posisi masing-masing seperti televisyen, akhbar, penerangan berkala, dsb.

2. Terus memanupulasikan isu "kerajaan perpaduan" antara Pas-Umno, yang mana isu ini nampak seolah-olah ada bibit perpecahan serta tidak berpadu antara pemimpin Pas sendiri dan kekeliruan pada kesefahaman Pakatan Rakyat. Mereka boleh meraih kuasa politik yang menegak jika terus memanipulasi isu ini kerana kekeliruan ini amat memberi kesan kepada pendokong dan penyokong Pas secara khusus dan PR secara umumnya.

3. Pihak kerajaan Umno-BN terus menyanang isu bahasa inggeris yang akan diwajibkan dalam matapelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Isu ini digembeling secara terurus dan sistematik serta menampakkan keterbukaan kepada semua rakyat untuk memberi pandangan dan kritikan terhadap hasrat ini. Walaupun kita semua tahu bahawa kiranya kerajaan Umno-BN ingin laksanakan, mereka tetap akan laksanakan juga dengan apa cara dan helah seperti melupuskan kenderaan yang berusia lebih 15 tahun dengan cara menghapuskan insuran 3rd party dengan menggantikan komprehensif yang rata-rata menyaksikan kenderaan melebihi 15 tahun mengalami kadar bayaran insuran yang tinggi dan ini membebankan ramai pengguna. Secara maknawinya, isu mewajibkan BI dalam SPM dan menghadkan jumlah matapelajaran ini adalah salah-satu cara untuk mengaburkan sekali gus menutup isu PPSMI yang memihak kepada perjuangan PR dan memberi tekanan kepada Umno-BN. Laba ini dapat dilihat dengan penyertaan bersama ahli-ahli sasterawan negara dapat duduk sebumbung, berjalan seiring, sama melaungkan slogan keramat dengan PR dan kesedaran rakyat berkenaan fungsi serta matlamat bahasa mereka.

Jika pembakang (Umno) dapat merebut kerusi dalam PRK MU kali ini, mereka seolah-olah mendapat kemenangan berganda kerana dapat menipiskan prestasi Pas Kelantan yang diukur dalam PRU lepas. Inilah harapan mereka.

Sekurang-kurangnya Umno bermimpi untuk meningkatkan jumlah peratus undi yang diperolihi berbanding pilihanraya lepas, jika ini menjadi satu kenyataan kepada mereka, sudah cukup untuk mereka merayakan kemenangan.

Dalam situasi ini, hamba sangat berharap Pas tidak ambil mudah dalam PRK MU ini. Pas perlu mencipta peluang lagi dan lagi tidak hanya sekadar bersandar pada apa yang telah ada. Hamba juga sangat bersetuju dengan kenyataan Mustafa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas dalam isu kerajaan perpaduan ini agar semua spekulasi, kenyataan, dan perkara berkaitan yang kabur tidak terhambur keluar dari mulut pemimpin PR terutana pendokong Pas sendiri.

Keputusan PRK MU ini juga memberi kesan besar kepada hasrat Pas untuk terus menjadi teras utama dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dibangkit dalam sidang Muktamar ke 55 baru-baru ini. Jangan meletakkan Pas hanya melukut di pinggiran pakatan, dengan kemenangan ini membawa dan membuktikan Pas boleh menerajui pakatan dengan membawakan misi dan visi perjuangan yang berasaskan dakwah Islamiyyah dalam siasah semasa terutama di tanah air kita.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP