Najib: Sarawak dan 1Malaysia
22 Jun 2009
Nafas tercungap-cungap seolah-olah tak cukup oksigen untuk bernafas, kemuncak umpama semakian menjauh, mana lagi nak cukupkan tenaga setidak-tidaknya untuk terus bertahan.
Semenanjung kini bukan lagi menjadi hak milik mutlak Umno, di sini bukan lagi harapan untuk meneruskan kesinambungan. Perlu ada ikhtiar baru untuk teruskan rantaian ini.
Sarawak dan Sabah merupakan medan baru untuk meneruskan rantaian ini, pihak PR belum lagi dapat meneroka mutiara yang terdapat di Sabah dan Sarawak, sedang di sini kerusinya cukup untuk menampung sesebuah parti politik untuk terus mendapat majoriti di Parlimen.
Sebab itulah DS Najib lebih tertumpu kepada Sarawak dan Sabah, sehingga beliau sifatkan Sarawak sebagai contoh amalan konsep 1Malaysia.
"Saya merenung kembali perpaduan yang ditunjukkan yang saya lihat pada dua hari yang lalu. Malah sebelum saya menjelaskan nilainilai dan unsurunsur 1Malaysia, ianya telah lama diamalkan oleh rakyat Sarawak, sama ada mereka yang tinggal di pekan dan bandar yang telah maju atau di rumah-rumah panjang tradisional dan kampungkampung tinggalan nenek moyang mereka.
"Pada masa yang sama, saya memikirkan akan pentingnya memastikan keduadua kerajaan persekutuan dan negeri berganding bahu meneruskan usaha untuk membangunkan semua daerah di Sarawak untuk mencapai matlamat dan citacita, seperti yang dibincangkan dengan Ketua Menteri Sarawak," katanya.
DS Najib mungkin merasakan bentuk muka bumi Sarawak yang membuatkan ianya memberi kelebihan kepada parti pemerintah, mereka boleh gunakan pelbagai kemudahan untuk berjumpa rakyat atas alasan urusan kerajaan. Atau memang ramai lagi rakyat Sarawak yang tidak terdedah dengan perkembangan semasa selain melalui tv dan radio sebagai lidah rasmi Umno-BN.
Satu lagi yang hairan ngan 1Malaysia, kalau kata 1Malaysia ini adalah kesinambungan dari konsep yang terdahulu kenapa nak dijenamakan semula, perlukah ia?!! atau seperti sardin cap ayam yang tidak mendapat sambutan baik dari pembeli terus tokeynya tukar jenama dari sardin cap ayam kepada sardin cap itik untuk memberi harapan baru atau untuk mengaburi penerimaannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan