Mereka Bermasalah Akan Memilih Peneraju
23 Mac 2009
Apa nak jadi ngan negara kita apabila diterajui oleh orang-orang yang bermasalah. Apa tidaknya, orang yang bermasalah akan memilih daripada kalangan yang bermasalah dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Ini disuarakan oleh orang UMNO sendiri iaitu Datuk Kadar Shah Sulaiman dari Muar yang menyatakan lebih 400 ahli persidangan nanti akan dihadiri dan mengundi terdiri darpada ahli-ahli yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah. Kalau kita tahu, muflis ini mesti berkaitan dengan duit, mereka dah tidak ada duit untuk bayar hutang. Secara logiknya mereka mahukan duit. Bila mengundi nanti mereka mengharapkan duit sebagai habuan setiap undian mereka, bolehlah mereka bayar hutang. Tak lekang juga dari rasuah duit. Setidaknya, mereka akan dapat projek untuk membalas undi yang diberikan.
"Ini amat merisaukan, sepatutnya pada peringkat bahagian lagi mereka yang muflis telah dikenalpasti tetapi mereka lepas begitu sahaja dan dipilih ke perhimpunan dan lebih parah lagi apabila mereka juga akan mengundi memilih pucuk pimpinan Umno," ujar anak bekas Pengerusi Tetap Umno itu.
(artikel penuh)
Selamatkan negara kita dari dpimpin oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan diri dan inginkan harta benda semata-mata, akhirnya hak kita tergadai.
Tidak cukup dengan itu, UMNO yang dilanda masalah yang kritikal ini terpaksa membenarkan orang-orang yang telah disabitkan kesalahan untuk menghadiri perhimpunan UMNO 24 Mac ini termasuklah Timbalan Presiden, Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.
Apakah pandangan kalian?!! Patutkah orang yang telah terlibat diberi mandate untuk memilih atau terus memegang jawatan yang berkaitan dengan kepentingan rakyat?!! Atau kita pernah dengar dia bertaubat dari kesalahannya?!!
“Begitu juga dengan Khairy yang didapati bersalah tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap beliau walaupun didapati bersalah,” jelas Kadar Shah yang juga anak kepada bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.
Apakah kita jamin hak kita terjaga, terpelihara, dan terurus dengan sebaik mungkin atau kita rela hak kita dirompak sewenang-wenangnya. Mereka senang lenang dengan penuh kemewahan, manakala rakyat bertukus lumus untuk teruskan hidup.
Usah pergi jauh, hamba bawakan contoh yang mungkin kita sama-sama merasa perit jerihnya. Harga minyak yang sepatutnya turun, tak turun-turun juga sebagaimana yang dijanjikan, masa naik banyak alas an yang dibuat, hinggakan harga barang yang naik tak turun.
Kalau ada kenderaan, memang benar kadar cukai jalan diturunkan, tapi bagaimana ngan insuran?! Bukankah makin naik. Motor bawah 150 cc tidak ada cukai jalan hanya bayar RM2 sekarang dah jadi RM4, tapi insuranya makin naik.
Harga kereta sekarang dikatakan tak mahal, tapi cuba tengok interest bank berapa??!!
Apakah harga tol akan kekal sedia kala, atau akan berubah selepas perhimpunan agung UMNO nanti. Sebab Pak Lah PM Malaysia tak mahu naik masa pemerintahannya, boleh jaga nama sikit kan….??? (bagus la tu hamba setuju ngan Pak Lah tangguh kenaikan tol)
Dan banyak lagi yang mungkin kita tidak sedar kalau tak diamati, kita rasa sikit tapi kalau dihitung cukup menyakitkan poket yang dah sedia nipis. Kita akan terus dihimpit hingga tersepit kiranya kita masih bernaung di bawah pemimpin hipokrit.
Bolehkah UMNO menggugurkan mereka-mereka yang bermasalah ini, sama-sama kita lihat. Buat masa sekarang ini tak mungkin, sebab masa dah suntuk. Lebih parah lagi, apa yang dibuat oleh UMNO semuanya didakwa rasional, betul, tepat dan tidak salah mana-mana undang.
Tetapkanlah pendirianmu wahai rakyat jelata. Tetap katakan tidak pada yang tidak betul dan menyeleweng.
0 ulasan:
Catat Ulasan