Ceramah Dato Harun Din, Melaka (Edit)
16 Mac 2009
Melaka tidak seperti negeri-negeri yang lain dalam aktiviti kepartian. Boleh dikatakan banyak yang ketinggalan. Hamba bukan salahkan penggerak, pendokong dan kepimpinan Melaka.
Apa yang hamba perhatikan, ketebalan karat yang membaluti resam kehidupan rakyat Melaka bukan mudah untuk dibuang, mungkin ianya berkarat sejak kependudukan Portugis lagi, orang-orang barat berjaya meracuni hati sehingga mati, merobek minda sehingga berjelaga dari Islam dan budaya timur.
Sebab itulah dari sudut sambutan rakyatnya terhadap perubahan rakyat di seluruh negara tika ini seolah-olah bisu di Melaka. Kebanyakkan rakyat Melaka tidak mendengarnya dan melihat revolusi yang berlaku di luar Melaka. Sama ada berlaku secara realiti fizikal atau secara maya, kalau pun sampai suara-suara kebangkitan ini hanya sekelumit individu dan kelompoknya sahaja.
Banyak faktor yang mengheret rakyat Melaka sehingga berlaku sebegini rupa, antaranya maklumat yang kurang meluas. Walaupun begitu, alhamdulillah sambutan kepada siri ceramah yang diadakan di Melaka tidak menghampakan.
Tapi sayang, seribu kali sayang.....
Pengalaman hamba semasa hadir di ceramah Prof. Dato Harun Din, Tim. Lembaga Pengarang Harakah, Tim. Mursyidul Am PAS tadi, cukup dhaif dan naif dari sudut infranya.
Apa tidaknya, hamba yang berada hanya pada jarak tidak sampai 50 meter dari tempat beliau berdiri terpaksa berhempas pulas untuk amati setiap butir kata beliau kerana corong pembesar suara (yang biasa diguna di surau kampung) hanya satu. Hanya yang jelas bunyi generator penjaja dan suara-suara penjaja memanggil pelanggan dan menerangkan barang jualan kepada pelanggan. Kekadang pembesar suara mengaum hinggakan Dato Harun Din sendiri merasa terganggu dengan katanya "apa ni... ganggu jer".
Kalau ini berterusan, walaupun suatu perkara yang agak remeh berlaku terus-terusan, hamba berpuas hati kalau Melaka akan terus ditinggalkan revolusi kebangkitan rakyat terus-terusan sehingga negeri-negeri lain beralih pemacu pentadbiran Melaka masih berada ditahap sekarang.
Hamba ingat nak kongsi bersama apa yang diucapkan oleh Dato Harun Din, tapi dalam perjalan balik bila sampai kat kedai tadi singgah pulak tengok bola Aston Villa VS Totten habis lupa hehehe sorry bro....
==============================================================
Kepada semua rakyat jelata yang berada di Melaka di jemput untuk menghadiri ceramah Dato' Harun Din.
Bertempat di Sekolah Agama Solok Gaung, Air Molek, Melaka.
Tarikh 15 Mac 2009
Masa selepas Isyak.
Air Molek dekat Duyung daerah Melaka Tengah bukan air Molek Alor Gajah.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan