Ibrahim Ali Ditelanjangkan Dalam Maya
12 Mac 2010
Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.
Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.
Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.
Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.
Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.
Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.
Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.
Begitu terdesak Ibrahim hingga sanggup melupakan sejarah hidupnya serta melupakan apa yang beliau pernah lakukan hanya semata-mata mengaburi mata orang melayu kononnya dialah wira baru dalam dunia melayu. Tidak segan silu sanggup menuduh orang lain demi menguntungkan diri sendiri apabila sedar diri tersisih dari pandangan Pas yang pernah dia mengemis dulu, harap dapat kembali kepada Umno tetapi Umno pun tak ingin orang macam dia. Rasalah apa yang lu buat Ibrahim....
0 ulasan:
Catat Ulasan