Melayu Penang Terpinggir Angkara BN
06 Februari 2010
Macam biasa, semua negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan demontrasi atas alasan bela Melayu yang dipinggirkan.
Terbaru Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi selama 45 minit di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.
Menurut puak-puak ni ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Demo ini diisi dengan agenda membakar patung Ketua Menteri Penang.
Hamba pun tak faham, kes penjaja tanpa lesen boleh jadi hal yang besar tentang melayu. Apakah mereka sedar atau ingat yang melayu Penang sudah lama pupus dalam pembangunan, tanah mereka tergadai, nasib mereka merempat. Semua ini berlaku semasa bawah kuasa BN. Apakah ada demo untuk bela melayu tetang itu?!!!
Hamba pernah ziarah Penang tahun 1994, masa tu program bersama CAP. Pihak CAP membawa kami bersiar-siar makan angin, fuh cukup gembira kami sebab kursus boleh bersiar-siar satu hari suntuk.
Rupanya pada sesi malam kami didedahkan dengan pelbagai perkara yang kami nampak siang tadi, antaranya banyak kampung-kampung melayu pupus dan bangsa melayu pun pupus di tanah sekangkang kera ini, melayu terpaksa merempat kemana-mana hingga berumah ditepi jurang pantai, dalam laut dan ke tanah besar. Memang malang nasib melayu di Penang pada waktu itu.
Tetapi kebanyakkan pemimpin melayu pekak, buta, tuli tentang apa nasib yang menimpa melayu, sekarang ni ada yang berani jadi hero konon nak tunjuk dialah yang bela melayu.
Harap bukan bermusim atau "berkerana" dalam niat tertentu sahaja kalau nak bela melayu.... belalah dimana jua dan tidak bermusin.
Apa ada pada melayu jika Islam tetap terpinggir.
0 ulasan:
Catat Ulasan