GE J85-21A Banyak Timbul Kekeliruan dan Kecelaruan
24 Disember 2009
GE J85-21 ialah jenis enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth.
Dalam kes kehilangan ini banyak kekeliruan bercampur kecelaruan yang mengatasi munasabah bagaimana perkara sebesar dan sepenting ini boleh berlaku.
Antara kecelaruan dan kekeliruan ialah persoalan terhadap tahap keselamatan kita sebagai rakyat Malaysia yang amat terdedah kepada resiko.
Dimanakah dan Apakah (Standard Operation Prosedur) SOP yang diguna pakai boleh menjamin tahap keselamatan negara kita dan rakyatnya.
Bagaimana boleh berlaku tanpa penglibatan dan pengetahuan pegawai kanan sedangkan syarikat yang dikontrakkan untuk membawa enjin ini dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit mesti mendapat kelulusan dan persetujuan dalam kontrak.
Sepengetahuan hamba, dalam setiap organisasi kerajaan mereka mempunyai Prosedur Operasi (SOP) dalam melaksanakan tugas, dalam hal ini sekira penghantaran berlaku apakah pegawai yang menghantar tidak menerima tanda penerimaan? dalam tempoh jangka masa yang panjang sepatutnya pegawai tersebut patut menyiasat dan mengambil tindakkan, sedangkan jarak antara Butterworth ke Kuala Lumpur tidak memerlukan masa berbulan-bulan untuk sampai walaupun termasuk masa pengurusan penghantaran.
Di sini membuktikan kecelaruan dan kekeliruan yang didakwa oleh Ahmad Zahid bahawa pegawai kanan tidak terlibat hanya pegawai lain-lain pangkat (LLP) yang terlibat. Atau seseorang yang berpangkat rendah seperti sarjan, korperal dan kebawah dalam kementerian pertahanan boleh membuat keputusan dalam hal sebesar dan sepenting ini, ianya agak mustahil untuk kita terima SOP ini. Atau tiada langsung pemantauan dan hasil tugas pegawai kanan dalam pemindahan ini.
Sama-sama kita nilai kecekapan badan yang menjaga keselamatan kita untuk menjaga kita, atau peneraju badan ini terlalu naif dalam pengemudian badan keselamatan. Pernah hamba kursus BTN, antara fakta yang didakwa dalam kursus tersebut ialah Malaysia merupakan negara kedua terbaik dalam pengurusan selepas UK, pada hari ini anda boleh ketawa dengan fakta ini.
Hamba bercakap soal keselamatan hamba dalam sebuah negara merdeka, hamba tidka rela lagi tanah air ini diperlakukan seperti sebelum merdeka sejak tahun 1511, dari itu hamba tambil memberi pendapat walaupun tidak bernas, apa yang diharapakan ialah perubahan. Perubahan kepada peneraju badan ini kepada peneraju yang kita rasa betul-betul selamat, selamat tanah air kita, selamat harta benda kita, selamat semua yang kita miliki dan sayangi.
Dari itu, usah biarkan Umno-BN meneraju lagi kerana terbukti mereka gagal dalam banyak hal dan merugikan kita sebagai rakyat merdeka.
0 ulasan:
Catat Ulasan