Dr. Asri dan Percaturan Tersembunyi
03 November 2009
Pertama hamba ingin mencelah ditengah-tengah kemelut penangkapan terhadap Dr. Asri mantan Mufti Perlis juga mantan pensyarah jurusan syariah.
Sebelum ini ada perkara yang hamba kurang setuju dengan pandangan beliau, tetapi bukan bererti hamba membencinya atas dasar ilmu dan peribadi cuma dasar pandangan sahaja. Dr. Asri menunjukkan komitmen kepada ilmu sangat tinggi dan berani pada pandangan hamba.
Tapi yang hairannya, kenapa beliau ditangkap? hanya kerana mengajar tanpa tauliah atau membicara ilmu Islam tanpa kebenaran!
Ayuh! kita lihat sudut rasionalnya. Beliau memang perlu ikut peraturan yang ditetapkan di mana beliau berada hatta kita sendiri pun juga begitu. secara rasionalnya Jais juga perlu pertimbangkan latarbelakang seseorang yang perlu mengambil tauliah. Takkan seseorang yang teserlah keilmuannya dan ma'aruf (dikenali) dalam masyarakat pun tidak ada budi bicara dalam peraturan tauliah! sewajarnya mufti, guru pondok, pensyarah agama Islam, Imam, pensyarah bebas yang terbukti ilmuannya dsb. diberi kelonggaran, takkan semua negeri dan semua tempat nak kena ambil tauliah?
Apakah badan-badan yang mendakwa Islam yang lain termasuk yang diisytiharkan sesat oleh Jais sendiri telah ditauliah? kerana kita lihat sebagai contoh contoh anti hadis masih lagi berleluasa menyebarkan pemikiran mereka, mereka pun ada kuliah penerangan doktrin untuk disampaikan.
Nah! sama-sama kita fikirkan perkara ini, banyak tulisan-tulisan berkaitan perlu dibaca dan dinilai sendiri tanpa ada pengaruh sesiapa kerana kita mempunyai banyak alternatif untuk mendapatkan informasinya.
Hamba tertarik dalam satu tulisan berkaitan, Jais seolah-olah hantu yang tidak bertuan. Sunggah tepat ungkapan ini pada hamba. Ini ekoran kekesalan yang diluahkan oleh peneraju kerajaan Selangor atas penangkapan tersebut, manakala peneraju kerajaan Malaysia pun menyatakan kekesalan juga. Sungguh ajaib! siapakah yang menguasai Jais sekarang???!!!
Bila timbul tanda tanya semua individu boleh membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya sendiri.
Hambapun tidak sunyi dari membuat kesimpulan dalam versi hamba.
Riak yang berkocak dalam kemelut ini sebenarnya pernah berlaku dan biasa berlaku terutama dalam hal-hal berkaitan politik. Tapi kali ini bkan orang politik cuma cuit-cuit politik.
Hamba rasa inilah puncanya yang utama di antara punca perca lain. Kerana kita tahu, sebelum ini mereka yang tersasar dalam akidah dan apa jua bidang selain politik dibiar berleluasa bila sentuh saja politik lambat laung akan sampai tindakkannya. Contoh al arqam dsb.
Dr. Asri pernah menempelak pemerintah negara melalui siri ulasan, pendapat dan sajaknya hingga terhasil sebuah lagu kopratasa yang banyak menyentuh tabiat sebahagian pemimpin Umno yang tamak dan rakus dengan harta rakyat. Dr. Asri pernah mempertahannya Pas baru-baru ini. Dan yang terakhir bukan saja dia menolak pelawaan untuk menerajui Yadim bahkan menggesa supaya badan itu disiasat. Nah! inilah punca kemelut ini.
Hamba percaya, Dr. Asri seorang yang celik, pandai menilai percaturan ini, dirancang begitu teliti untuk mengikat beliau dari terus seperti sekarang. Ikatan dengan menggunakan tali Yadim tidak disambut. Maka ikatan mahkamah adalah pilihan terakhir, persis 2 tokoh "Adun lompat Perak" yang terbaru, Umno juga menggunakan mahkamah bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan menggunakan mahkamah hingga beberapa Adun didakwa dengan pelbagai kesalahan dan lain-lain yang pernah kita saksikan senarionya sama.
BN-Umno rasa ini perlu kerana sejak akhir-akhir ini Dr. Asri nampak cenderung dengan Pas tambahan pula dipelawa untuk bersama Pas bagi memperjuangkan Islam hingga tertegaknya syariat Islam di bumi Malaysia ini. Dr. Asri banyak pengaruhnya, ramai peminat dan pengikutnya tidak hairanlah kebimbangan Umno hingga berbuat demikian.
Blog ini merupakan bicara politik 100%, hamba pandangnya dari sudt politik. Harap maklum.
Sampailah masanya rakyat menilai dengan telus, mengubahnya dengan yakin, menolak punca konflik dan memartabatkan Islam sebagai ad-Din.
0 ulasan:
Catat Ulasan