Blog Membisu Mood Membeku Wadah Bercelaru
25 Oktober 2009
Entahlah sejak akhir-akhir ini mood untuk mencatat blog semakin berkurangan, mungkin faktor hambatan persekitaran yang terlalu mengekang masa untuk berbuat demikian.
Faktor tersebut tidak mungkin dapat membunuh mood keseluruhan, hanya mengucupkan sahaja.
Mungkin juga kerana mood berkurangan selepas PRK Bagan pinang! mungkin.... perkara ini tidak dapat dinafikan walaupun menerimanya hanya 1% sahaja tetapi bukan faktor utama.
Kesegaran mood sebenarnya banyak terganggu oleh sebab pertelingkahan pemimpin atasan yang umpama tidak berkesudahan sejak PRU yang lalu walaupun menyaksikan kemenangan besar di pihak Pakatan Rakyat serta kemerosotan yang ketara bagi Umno-BN.
Wahai pemimpin yang diamanahkan wadah perjuangan ini.... dengarlah!!!
Kami sebagai penyokong, kami sebagai pengundi, kami sebagai pemerhati, kami sebagai bersimpati, kami sebagai .... mempunyai inspirasi dan suara hati untuk kamu semua yang bergelar pemimpin.
Kecerdikan pemimpin dalam menangani isu ini amat mustahak, mana tiupan hikmah, mana saluran hak, mana sasaran pusar, mana tauladan, mana.... mana... yang kami harapkan.
Percaturan kepimpinan begitu pincang, walaupun pernah pengalaman hamba dalam mukhayyam tarbiah perkara ini yang amat dititik beratkan. Kepimpinan merupakan nadi wadah perjuangan ini.
Kami sebagai kami telah bosan dengan momokkan ini, dahan yang berpaut dirasakan akan serkah.... kami sedikit takut dan bimbang.
Wahai pemimpin!! buaian kemenangan sekarang ini kami mendodoinya, jangan dek kerana terlena buaian ditangan terlepas begitu sahaja.
Kami masih percaya, masih percaya kepada nakhoda dan kapal yang sedang kami naiki, kami yakin, yakin kemudi masih mampu berkibas menentukan arah, suara kami... inilah suara kami.
Usah bagi peluang musuh mengintai kelemahan kita dari luar, juga usah diracuni dengan musang-musang penyamaran, kerana mereka sangat licik dengan kraf-kerja mereka, sebelum mereka berpesta dari hasil kemusangan ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan