Lembaga Disiplin UMNO Silap
21 April 2009
Baru-baru ini beberapa orang didapati bersalah dan menerima hukuman masing-masing. Paling ringan diberi amaran. Apakah badan tersebut telus dan teliti dalam kerjanya atau untuk memenuhi agenda-agenda impian sebahagian pemimpin rakus.
Hamba bangkit kembali hal ini bukan apa, nak bagi tau bahawa Dato Ali Rustam menafikan perbuatannya dalam persidangan DUN Melaka.
Katanya : "Kalau saya nak sebut DAP kerja rasuah pun banyak juga tapi itu hal DAP kita tak nak campur."Saya tidak terlibat dengan rasuah pun dalam Umno. Ini saya telah sebutkan tetapi Jawatankuasa Disiplin telah menyatakan saya bersalah dan tidak boleh bertanding (jawatan Timbalan Presiden Umno), jadi saya akurlah dengan keputusan parti saya. Ini tidak ada kaitan dengan DAP,"
Dengan penafian ini bermakna Dato Ali menyatakan Lembaga Disiplin UMNO salah dan silap dalam membuat keputusan dan menghukum beliau sedang perkara yang dituduh tidak pernah beliau lakukannya, hanya dikambing hitankan.
Kalau Dato Ali buat penafian di kedai kopi ker pusat karaoke ker hamba tak kisah sangat, tapi bila dalam dewan ia mesti dipandang serius oleh rakyat, yang betul kena kata betul, yang salah kita nyah dia dari terus menipu rakyat.
Apakah Dato Ali sedar bahawa perbuatan dia bukan memberi kesan pada UMNO sahaja, bahkan kesannya adalah seluruh rakyat Melaka sebab beliau adalah Ketua Menteri. Kalau dalam UMNO dia boleh dan buat rasuah, apakah dalam pentadbiran Sri Negeri yang diketui oleh perasuah boleh bebas dari rasuah??!!
Inilah yang patut diambil kira oleh rakyat Melaka ni, tapi sepanjang hamba dok Melaka nampaknya orang Melaka masih tebal ngan adab Beraja, berpegang bersemangat Hang Tuah. Tak boleh derhaka nanti dapat tulah. Sebab tu lah apa pun yang pemimpin Melaka buat, mereka seolah-olah merestui saja. (Buakan semua rakyat Melaka tapi sebahagian besar saja). TYT pun orang dari negeri tanah tumpah darahku, bila ditanya dia orang jawab tak per ok jer, orang maca ni memang lemau laa.
0 ulasan:
Catat Ulasan