"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

BN/UMNO Hilang Arah Dengan Kompas Sendiri

12 Februari 2009

BN/UMNO nampaknya semakin hilang arah pedoman dengan kompas ciptaannya sendiri. Dengan pelbagai penyakit yang semakin membarah, virus yang semakin menular ia merebak keseluruh anggota samada faktor dalaman atau luaran.

PRU 13 Mac 2008
Bermula dengan PRU 13 tahun lepas, UMNO/BN sudah nazak dengan sokongan rakyat yang berkurangan walaupun pelbagai ramuan yang digunakan namun nampaknya barah yang merebak semakin kronik.

Ramai individu yang dipersalahkan, mereka berperang sesama sendiri secara terang-terangan. Masing-masing menunjukkan jagoan dengan menggunakan peluang dan kuasa yang ada selagi ruang dan kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan sendiri terbuka luas.

Saat inilah PR mula menyerlah dengan karismanya dalam membuktikan ketelusan pentadbiran yang dibawa dan banyak menguntungkan rakyat. UMNO/BN mula nampak, jika dibiarkan PR menampakkan hasilnya kepada bakti rakyat, mereka akan terus disingkirkan dan mungkin akan berkubur buat selamanya.

Rampasan Kuasa
Untuk menutup segala karisma PR, UMNO/BN menggukan pelbagai cara baik media elektronik, media cetak, jentera parti, jentera kerajaan dan sebagainya.

Paling busuk sekali mereka menggunakan cara "rampasan kuasa" kerajaan PR Perak. Mereka juga bercita-cita meneruskan rampasan ini ke negeri-negeri lain yang dikuasai PR adalah semata-mata untuk menutup karisma PR yang semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Tetapi dengan perlakuan ini mereka nampaknya tersepit lagi, bukan mereka meraih sokongan rakyat bahkan kemarahan rakyat yang semakin membuak-buak di seluruh negara. Tekanan ini terpapar di wajah kerut mereka apabila Perak akan berdepan dengan PRK di Perak dan Kedah dalam masa terdekat ini. Trauma yang mereka terima di PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu belum pulih walaupun mereka balut dengan "rampasan kuasa" di Perak.

Kebimbangan maruah mereka dipalit lagi cukup mencabar buat BN/UMNO, mereka sedar apa yang akan berlaku nanti sangat sedikit memihak kepada mereka.

Nampaknya senario ini bukan terhenti di sini sahaja, kebimbangan ini menular kepada kerajaan pusat yang ditadbir sekarang. Kalau dulu pernah diwar-warkan untuk diambil alih kerajaan pusat akan tetapi sehingga kini belum terbukti, namum dengan pembentukan kerajaan ke dua di Perak ini amat membimbangkan mereka sekiranya cerita dahulu menjadi kenyataan. Cepat-cepat UMNO memintas dan memantau wakil-wakil mereka secara tergempar kali ke dua lebih-lebih lagi di Sarawak sekarang ini.

Pilihanraya Kecil
Sekali lagi perjalanan UMNO akan tersasar arah dan terus menggelabah dengan PRK yang bakal menjadi tamparan hebat buat mereka. Masalah dalaman yang belum selesai ini kan pula ditambah dengan masalah luar jangka yang cukup membebankan mereka.


Umno mahu balik kerusi Bkt Selambau
Feb 11, 09 2:18pm
umno and bn barisan nasionalKetua Umno Merbok berkata Umno percaya sudah tiba masanya kerusi Bukit Selambau dipulang kepada parti itu kerana jumlah pengundi Melayu melebihi 50 peratus


Bagi PR pula, mereka percara sekiranya langkah disusun dengan baik dan cermat bukan mustahil untuk mengulangi kejayaan yang pernah mereka perolehi di dua PRK yang lepas. Apa yang paling menguntungkannya ialah membuktikan bahawa rakyat sudah beralih arah kepada PR. Rakyat sudah muak dengan helah politik UMNO yang cukup memebebankan. Dan inilah medan terbaik untuk menyatakan bahawa kerajaan PR Perak masih mendapat sokongan padu daripada rakyat Perak sekali gus tamparan hebat buat UMNO dan mereka memerintah bukan atas kehendak rakyat Perak tetapi "rampasan kuasa".

"Kompas UMNNO/BN kali ini sudah patah jarumnya, mereka meraba-meraba dalam terang untuk meminta bantuan dan pertolongan dari rakyat yang mereka tindas dan zalimi."

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP