"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Jerebu : Muar Darurat, Melaka Masih Rehat

21 Oktober 2010

Bilik gerakan jerebu dibuka di daerah ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan itu mencatat bacaan 432 iaitu mencapai tahap berbahaya.

Muar dah Melaka merupakan dua kawasan yang tidak jauh, sekiranya Muar dikategorikan kawasan darurat kerana indeks pencemaran udara yang tinggi kenapa Malaka masih berehat dari mengeluarkan kenyataan yang sama. Sedangkan keadaan Malaka pun parah, hinggakan kadangkala trafic light pun sangat kabur.

Apakah ini kerana kerajaan negeri mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan mereka hingga terabai kesihatan rakyat yang berada di Melaka.

Apa yang terserlah ialah Melaka takut untuk isytiharkan indeks pencemaran kerana takut mengganggu majlis pengisytiharan Melaka Maju yang berlangsung hari ini 20.10.2010.

Persoalannya, sanggup kerajaan negeri Melaka menggadaikan kesihatan rakyatnya demi kepentingan serta kegahan yang bakal dicipta tanpa mengambil kira bahaya yang bakal mengundang.

Secara rawaknya, nampaklah kita bahawa UMNO-BN hanya mementingkan agenda mereka sahaja dari kepentingan rakyat jelata. Kalau rakyat nak mati, matilah janji aku masih memerintah. Rakyat tidak sekali-kali didahulukan dalam apa jua bentuk.

Mereka kenamaan berapa minit saja berada dalam keadaan terdedah dengan cuaca yang kronik ini, tetapi rakyat dihidangan dengan bermula jam 7 petang hingga malam kerana inginkan cabutan bertuah.

Jangan dilupa, yang datang ke Pengisytiharan Melaka Maju bukanlah orang Melaka atau yang menetap di Melaka tetapi semua orang luar negeri Melaka pun diangkut dengan pelbagai alasan.

Penjawat awam diangkut atas alasan kursus yang diadakan di Melaka, di "gula-gula"kan dengan kupon cabutan bertuah yang memaksa secara halus untuk menghadiri majlis pengisytiharan tersebut.

Kemajuan adalah salah satu perkara baik dan terpuji, tetapi kalau sampai menggadaikan kesihatan rakyat apa gunanya maju.

Read more...

Melayu Diambil, Cina Diberi

12 September 2010

Sebelum ini kita dengar pasal tanah kampung baru di tengah bandar metropolitan yang menjadi isu hangat, tidak pernah kerajaan membuat suntikan modal untuk mereka memajukan tanah mereka.

Kalau di Melaka kita lihat kerajaan cuba meruntuhkan sebuah Pasti dan surau atas dasar pembangunan untuk membesarkan jalan walaupun mempunyai lokasi bersebelahan yang kosong dan lebih lurus jalannya.

Berbeza dengan layanan yang diberikan kepada kaum ini.... hamba paste kan ... tuan-tuan nilai sendiri layanan yang boleh diibarat "durian runtuh" ini.

Niat hamba bukan nak pertikaikan apa yang kerajaan agi kepada setiap rakyatnya, tetapi sekadar merungkai kemusykilan dalam benak kenapa ini berlaku....

" Pinjaman Mikro Untuk Penduduk Kampung Baru Cina 

KUALA LUMPUR: Peruntukan dengan dana permulaan RM100 juta untuk penduduk kampung baru Cina yang diumum pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kini diperluaskan sebagai pembiayaan mikro untuk mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata, penduduk yang berminat dijangka dapat memohon pinjaman tersebut menjelang hujung tahun ini.
"Kita belum tahu bagaimana ia akan disalur sama ada pinjaman tanpa penjamin atau sebaliknya. Kementerian Kewangan sedang menyediakan perincian menerusi Bank Simpanan Nasional," katanya kepada Bernama, di sini baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK10 pada Jun lepas mengumumkan peruntukan tersebut yang bertujuan membantu penduduk kampung baru Cina membayar premium tanah dan memperbaharui pajakan.

Mengulas lanjut, Chor yang juga Naib Presiden MCA berkata, kerajaan memutuskan perluasan kegunaan dana RM100 juta itu selepas mendapati kebanyakan kampung baru terbabit telah memperbaharui pajakan masing-masing.
Terdapat 450 kampung baru di seluruh negara dan kebanyakannya adalah pajakan untuk tempoh 60 tahun.
Katanya, peruntukan juga tidak terhad untuk membayar premium, pajakan dan pinjaman mikro tetapi turut boleh dipohon bagi membaiki rumah penduduk.

Chor berkata, selain dana RM100 juta itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan tahunan untuk menaik taraf jalan, sistem perparitan dan lain-lain projek prasarana.

"Sekiranya pajakan terus disambung, saya fikir keadaan di kampung baru akan lebih selesa," katanya yang yakin jika keadaan itu berterusan nilai tanah di kampung baru juga akan meningkat.

"Selain kerajaan, MCA juga harus dipuji kerana kami telah memainkan peranan besar sejak kampung baru ditubuhkan pada 1948," katanya.

Malah, katanya sejak 1999, kerajaan telah membawa pembangunan ke perkampungan nelayan yang dikenali 'kampung bagan' dan perkampungan yang saling bersambung dikenali 'kampung rangkaian'.

"Terdapat 113 kampung bagan dan 44 kampung rangkaian. Kesemuanya menikmati pembangunan arus perdana yang memastikan tumpuan saksama diberi dalam perancangan dan pembangunan," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya telah dipertanggungjawab memantau kesemua kampung bagan, kampung rangkaian dan kampung baru, dan sejak 2009 pelbagai projek pembangunan telah dilaksana di kampung-kampung terbabit. - BERNAMA"

Read more...

1Malaysia : Najib Syok Sendiri

22 April 2010

Sudah puas dia keliling dunia dengan bini yang tercinta, tergoda dan tersayang dari eropah ke asia untuk mengembalikan kepercayaan serta memulih pelaburan dalam FDI, kini beliau cuba bersuara dalam PRK Hulu Selangor.

Nampaknya nada beliau kali ini "syok sendiri" bila sanggup melebelkan 1Malaysia lebih popular dari Milo atau Kentucky Fried Chicken (KFC), nampak sangat kurang matang dalam perbandingan ini tambahan pula beliau sebagai PM Malaysia yang bercakap begitu.

Apakah Najib tahu bahawa mereka yang suka gagasan yang beliau cipta hanya didepannya saja, mereka suka sebab ada habuan. Percayakah Najib kalau hamba katakan gagasan 1Malaysia tidak disukai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia kerana tiada hala tuju yang jelas.

Gagasan yang muncul bersama pemerintahan Najib tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat, tidak banyak membantu rakyat dalam menaikan taraf sosio ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan keperluan lain yang bersifat mendesak dalam kedupan rakyat.

Malahan gagasan yang diperkenalkan juga tidak banyak menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat serta seolah-olah tiada pembaharuan pun dalam pentadbiran dalam gagasan 1Malaysia ini.

Read more...

Ucapan Kempen Najib Berunsur Rasis

Dalam ghairah kempen di Hulu Selangor, pelbagai cara telah digunakan untuk meraih undi bagi kedua-dua belah pihak.

Umno-BN tidak akan sunyi dari perkara-perkara yang luar batas norma peruntukan yang diberikan, lihat saja contoh yang lalu dan sekarang.

Baru beberapa hari berkempen kita dapat menyaksikan serangan peribadi yang biasa berlaku dalam Umno, tetapi mereka menunding jari kepada pihak lawan, konon ini adalah dari permainan Pakatan Rakyat.

Umno yang diterajui Najib juga menggunakan simpati rasis untuk menang dalam undi India. Perkara ini boleh didapati dalam laporan Undi Calon BN Demi Pengaruh Politik Orang India - PM  sebagai tajuk dalam mstar hari ini.

Read more...

Khairi Merasa Tertekan Dengan Cara Kempen

21 April 2010

Nampaknya rentak kempen Hulu Selangor kali ini agak panas dalam isu yang melibatkan peribadi calon, juga tidak terkecuali mengheret sama individu lain.

Banyak kes peribadi diketengahkan oleh kedua-dua belah pihak yang bertanding. Kali ini nampaknya pemimpin-pemimpin Umno cukup tertekan dengan permainan isu ini, mereka tidak dapat menjelaskan kepada rakyat apa lagi untuk menafikan bahawa mereka tidak meneguk "air setan".

Dalam arahan terbaru dari Ketua Pemuda Umno "supaya membuang papan tanda, poster dan kain rentang yang menyentuh maruah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor".

Arahan ini terpaksa dikeluarkan olehnya sebab antara yang terjejas teruk dengan isu arak ini adalah beliau sendiri selain PM, TPM serta pemimpin-pemimpin yang diagung-agungkan orang-orang Umno selama ini yang kononnya pemimpin mereka wara' dan tawaddhu'.

Dalam pada itu juga, Khairi menyalahkan pihak lain kerana memulakan isu ini dan beliau menegaskan ini bukan acara kempen Umno. Kalau kita lihat dalam setiap acara kempen yang menyentuh pasal peribadi ini dalam sesi kempen yang lepas pasti terbukti bahawa Umnolah yang suka bermain isu peribadi.

Hatta sekarang pun, untuk melemahkan mana-mana pati lawanya, Umno-BN akan menyerang peribadi pemimpinnya seperti Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Abd Hadi, Anwar, dsb.

So.... Umno nampak akan berundur dalam isu peribadi kali ini kerana menjerat leher mereka sendiri melalui Khairi.

Contoh serangan peribadi

Read more...

Umno Ubah Akta Pengangkutan Jalan Bukan Kerana Rakyat

Berita malam ini dengan gahnya konon Umno-BN adalah simpati dengan rakyat kebanyakkan justeru bersedia untuk menarik balik "Pindaan Akta Pengangkutan Jalan" yang telah dibentangkan dalam Parlimen.

Tindakkan ini hamba lihat tidak lebih dari permainan politik dengan mempergunakan undang-undang, bila nak buat dia buat je tanpa nak fikir masalah rakyat, bila nak hapus dia hapus je asalkan mereka rasa menguntungkan pihak dan politik mereka.

Hamba dok tilik dalam permainan undang-undang ini hanya sandiwara percaturan untuk meraih simpati terutama dalam perancangan kempen Umno-BN di Hulu Selangor ini.

Ini jelas kepada kita, akta ini ditarik balik bukan kajian mereka membebankan rakyat tetapi alasan mereka atas desakan dari kelab penyokong BN (BNBBC) mengenai perkara itu.

Harap pengundi-pengundi terutama Hulu Selangor mengajar Umno-BN dalam PRK Hulu Selangor dengan tidak memberi undu kepada mereka. Katakan dengan alasan rakyat bukan budak-budak untuk dikotak-katikkan dalam permainan politik atau hanya mendapat perhatian di musim pemilihan wakil rakyat sahaja.

Read more...

Siapa Yang Betul : Masyitah atau Jamil??

09 April 2010

Dalam menjawab pertanyaan Pokok Sena berkenaan stesen tv al-Hijrah, Masyitah menegaskan bahawa stesen tv al-Hijrah adalah merupakan syarikat BHD. bila diajukan pertanyaan tentang perbelanjaan, barisan lembaga pengarah dsb.

Tapi pihak Bernama melaporkan Jabatan Perdana Menteri menetapkan 10 petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai sasarannya tahun ini dalam usaha memperkasakan pentadbiran hal ehwal agama Islam negara termasuk dalam bidang pendidikan sosio-ekonomi umat Islam.

Jamil Khir berkata, stesen televisyen Islam, "Al-Hijrah" yang dikendalikan oleh JPM, kini dalam proses percubaan dan pelancarannya bakal dilakukan pada 7 Dis.

Ada sesiapa yang mungkin tolong jelaskan sekiranya ada pesamaan atau perbezaan dalam kes ini?

Read more...

Bukti Umno Dambakan Kemewahan

Ahmad Said, Terengganu merupakan penterjemah terbaik bagi Umno dan kehendaknya. Terbukti kerajaan yang diterajui Umno-BN tidak langsung melihat keperluan rakyat bahkan hanya memikirkan keuntungan bak swasta serta mahukan kemewahan.

Lepas ni jangan harap kalau dala poket ada RM300 nak pergi Pulau Redang lagi... baik bawak keluarga mandi sungai kelang jer...


T'ganu Henti Bina Hotel Taraf Rendah Di Pulau Redang 
 
KUALA TERENGGANU: Pulau Redang yang telah diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 10 pulau terindah di dunia akan dijadikan sebagai destinasi pelancongan mewah yang hanya akan mengalu-alukan kedatangan pengunjung berkemampuan tinggi, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata, sehubungan itu kerajaan negeri hanya akan membenarkan pembinaan hotel yang bertaraf sekurang-kurangnya lima bintang di pulau berkenaan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya tidak lagi melaksanakan pembangunan hotel bertaraf rendah.

"Langkah ini akan membantu untuk mengawal kedatangan pengunjung yang terlalu ramai sehingga menjejaskan alam sekitar di Pulau Redang," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, yang berakhir hari ini.

Ahmad berkata, alam sekitar di pulau berkenaan kini semakin terjejas ekoran kedatangan pelancong yang ramai.

"Kita juga mahu hadkan kehadiran pelancong terutama pelancong tempatan ke situ. Kalau pelancong datang terlalu ramai, ia akan turut memusnahkan karang laut yang terdapat di sana," kata beliau. - BERNAMA

Read more...

Segerakan Pilihanraya Perak Jika BN Menang

04 April 2010

Pada hemat hamba rakyat Malaysia sekarang ni cukup cerdik dan pandai terutama dalam politik. Mereka semakin matang dalam menilai dan bertindak sebab itulah kita menyaksiakan BN rebah di P.Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU lepas.

Sebelum PRU mod rakyat nampak biasa, tiada tanda-tanda perubahan, tapi bila keluar keputusan semua pihak agak terkejut kerana luar jangka keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pertambahan sokongan.

Tidak mustahil tren ini berterusan dan diaplikasikan dalam kemelut kerajaan Perak dalam keputusan Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional, sebagaimana dilaporkan akhbar malaysiakini di bawah:

Pakatan Rakyat berkemungkin besar akan tewas di Perak jika dewan undangan negeri itu dibubarkan hari ini.

Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional.

ilham centre perak survey 020410 legitamacy bn government by racePada kaji selidik membabitkan 1,031 orang di dewan undangan negeri Kuala Sepetang bulan lalu, mereka menemuramah seramai 59.96 peratus pengundi Melayu, 31.6 peratus Cina, 8.34 peratus India dan 0.03 peratus bangsa lain bagi mengambarkan jumlah komposisi penduduk Perak.

“Lebih 55 peratus daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.

Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 peratus bersetuju berbanding 31 peratus menenatang manakala satu pertiga atau 26.8 peratus berkata mereka tidak tahu.

Padilham centre perak survey 020410 zambry mba masa yang sama, 37 peratus bersetuju dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan calon BN, Datuk Seri Zambry Kadir sebagai menteri besar yang sah.

30 peratus tidak bersetuju manakala 28 peratus lagi tidak tahu.

Mohd Azlan berkata sokongan terbesar Pakatan rakyat masih terletak dengan penduduk Cina, dengan 68 peratus berpendapat kerajaan negeri Perak sekarang adalah tidak sah.

“Pakatan juga boleh mengharapkan sokongan daripada pengundi di bandar, golongan muda dan berpelajaran bagi mengundi untuk mereka pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Bagaiamanapun menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan penceramah pada forum itu mempertikaikan kaji selidik itu.

Katanya, kemenangan beliau pada pilihan raya kecil parlimen Bukit gantang, April lalu membuktikan belum pernah calon Pas mendapat sokongan begitu padu daripada pengundi bukan Melayu.

Read more...

Kos Sara Hidup Dijangka Naik

Bila menteri dah kata sedang mengkaji pemberian subsidi kepada rakyat yang berjumlah RM73 bilion melalui pengwujudan Makmal Rasionalisasi Subsidi sah barang akan naik kot-kot mana pun. Cuma masa dan ketika saja nak berlaku.

Kalau ikut yang lepas-lepas inilah cara pihak berwajib nak naikkan kos sara hidup rakyat cuma ayat manis yang disusun agak berbeza tapi tujuan dan matlamat adalah sama, point yang sama biasa kita dengar ialah perkataan SUBSIDI.

"Kajian itu termasuklah apa juga berkaitan subsidi sama ada makanan, perkhidmatan, tol, tarif elektrik, pertanian, pelajaran dan sebagainya. Ia dibuat untuk melihat sama ada berlaku pertindihan, rasionalnya dan di mana yang perlu dibaiki, dikurangkan dan sebagainya," Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (malaysiakini)

 Kalau BN menang PRU lepas ni sah makan melarat lagi la kita rakyat jawabnya.... biasa mereka hold dulu sebelum PRU. Tengok lepas PRU hari tu barang-barang terus naik dan 5 tahun lagi ngundi rakyat dah lupa BN=barang naik hahahah

Read more...

Scorpene : Medan Baru

Setelah sekian lama isu ini dipaparkan kepada rakyat selama itulah pihak terbabit berdiam diri seribu bahasa, mungkin mereka mencari alasan yang logik untuk menangkis isu ini.

Kali ini pentas Scorpene mendapat tempat untuk dibahaskan kedua-dua belah pihak. Inilah yang sepatutnya berlaku untuk menjelaskan kepada rakyat keadaan sebenar bukan mendiamkan diri sejuta bahasa dalam banyak isu-isu yang ditimbulkan terutama membabitkan pengurusan kewangan dalam keadaan ekonomi yang merudum sekarang, bidang keselamatan yang tidak terjamin dek kerana beberapa insiden yang berlaku serta isu-isu lain.

Scorpene berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol adalah terlalu mahal untuk kita miliki, bukan soal duit dalam pelaburan keselamatan tetapi soal harga yang tidak sepatutnya kiat setuju dalam kontrak ini, negara lain miliki jauh lebih rendah dari harga tersebut.

Kali ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kerajaan tidak ada dan tidak pernah membayar sebarang bentuk komisyen untuk perolehan kapal selam negara.(Mstar)

Walaupun beliau membuat penafian, setakat ini tiada hujjah konkrit untuk kita terima secara rasional penafian ini.

Read more...

Waspada Setiap Pemandu Malaysia

Satu jawapan yang paling tidak munasabah dari Hishammuddin ketika membidas pertanyaan Chua Tian Chang (PKR-Batu) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh).

Ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, Hishammuddin berkata fakta-fakta itu juga perlu didedahkan kepada rakyat untuk mengelakkan rakyat memandang serong terhadap tindakan yang dibuat oleh pihak polis dan agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakwaan pembangkang itu.
"Contohnya kes yang disebutkan dalam dewan berhubungkait seorang wanita ditembak, kenapa tidak disebut oleh pembangkang mengapa wanita itu ditembak, kenapa tidak disebut bahawa wanita itu berada dalam kereta curi?
"Kenapa tidak disebut kereta itu dilaporkan hilang, dalam kereta itu polis jumpa parang, kapak, pisau, pemutar skru dan nombor plat kereta palsu dan tombol kunci yang telah diubah suai?" mstar.

Kalau ini jawapannya, maknanya kalau anda seorang pemandu kereta curi atau berada dalamnya, kalau dalam kereta anda ada kapak, kalau dalam kereta anda ada pisau, ada tombol pintu, dsb. yang biasa anda simpan dalam kereta  ANDA BOLEH DITEMBAK OLEH POLIS.

Semua pemandu 1Malaysia harap periksa kenderaan anda sebelum ditembak.

Read more...

Betul Kata PM : Tempoh Pembangkang Kuasai Hulu Selangor Sudah Tamat

Hamba rasa kenyataan yang dikeluarkan oleh PM betul dan munasabah kerana iklim politik sekarang ini.

Tapi perkataan pembangkang itu bukan pihak Pakatan Rakyat tetapi Umno-BN. Kerana kerajaan yang menerajui Selangor sekarang ialah PR bukan BN. Oleh kerana itu, kata-kata PM itu benar semoga menjadi kenyataan.

Pihak pembangkang Selangor rasa yakin benar atau sekadar memujuk diri dan kumpulan mereka untuk terus bekerja walaupun mereka tahu akan kalah nanti.

Hatta sampai sekarang pun masih berbalah untuk menentukan siapa calonnya dari pihak MIC. Team presiden dan timbalan, masing-masing mahukan orang mereka mendapat tempat.

Manakala MIC dan Umno juga berbalah untuk dapatkan kerusi ini. MIC cuba usaha untuk kekalkan tradisi turun temurun calon pihak mereka walaupun kalah 2 penggal berturut.

Manakala Umno cuba tunjuk taring dan mahu uji sejauh mana kekuatan mereka sekarang untuk hadapi PRU akan datang.

Bagi Umno PRK Hulu Selangor ini sebagai kayu ukur untuk mereka menilai sejauh mana prestasi mereka dan kepercayaan pengundi kembali kepada Umno dan BN.

Nampaknya BN akan terus jadi pembangkang di Selangor.

Read more...

Ikon Membaca 1Malaysia : Apa Rasionalnya?

19 Mac 2010

Perpustakaan Negara telah menganjurkan program “Marilah Membaca 1Malaysia” pada bulan depan merupakan suatu usaha yang murni patut disambut dengan hati yang terbuka setiap rakyat Malaysia.

Tetapi apa yang tersasar dalam program ini ialah Datuk Michelle Yeoh dipilih sebagai ikon dalam program tersebut adalah tidak relevan, apa kaitan Michelle dengan membaca, setahu hamba dia ni berlakon boleh la. Apakah negara kita amat ketandusan ikon unuk ditonjolkan kepada orang ramai, ramai lagi bangsa tionghua yang boleh diketengahkan untuk dinobatkan sebagai ikon yang lebih sesuai.

Kita juga mempunya bangsa tionghua yang memnangi anugerah sastera, akademik dan seumpamanya yang hamba yakin ianya lebih sesuai untuk mengisi tempat ikon tersebut.

Jangan ada apa-apa yang tersembunyi atau hanya kerana konsep 1Malaysia faktor yang sepenting ini diabaikan hingga tiada lagi sinonim dan keselarasan dalam banyak perlaksaan program. Atau inilah kepincangan yang terpaksa diterima oleh rakyat dek kerana kekaburan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh pemerintah, kalau ianya sekadar laungan untuk publisiti hanya kerana undi tanpa memberi manfaat kepada budaya patut 1Malaysia dilupakan atau diabaikan oleh kita semua.

Harap ikon akan datang yang terdiri dari bangsa india tidak membawa kekeliruan 1Malaysia yang sememangnya berkecamuk.

Read more...

Bila Bercakap Tanpa Berfikir Inilah Hamburannya

Hamba tak mahu ulas banyak pasal video di bawah ni..... semua org arif tentangnya.... hamba pun tak tergamak untuk mendengarnya tetapi atas dasar iktibar nilailah ia dengan seadil-adilnya.

Apakah ada rahsia sebalik hamburan ini?!!!


Read more...

Nordin : Agenda Umno Berjaya

12 Mac 2010

Bila banyak isu yang dihidangkan dalam arena politik tanah air, satu dua, sikit sebanyak ada mengena juga akhirnya.

Tindakkan Zulkifli amat sayang sekali, hamba sifatkan dia terjerumus dalam permainan politik Umno yang dirancang rapi bagi memenangi hati pengundi sebelum tiba PRU akan datang.

Inilah mehnah dan tribulasi yang terpaksa dihadapi para pejuang Islam, ada yang terpedaya terang-terangan ada yang tidak sengaja. sejarah telah pun membuka lembaran ini, mereka yang menelusuri jalan pejuang Islam mesti faham sefaham-fahamnya susur galur sejarah pejuang terdahulu bagi mengelakkan terjerumus dalam lubang yang sama.

Apakah Zulkifli mampu berjuang keseorangan untuk menegakkan Islam seperti yang didambakannya?! atau hanya bermimpi di siang hari.

Jangan lupa anjuran bapa perjuangan Islam Rasulullah bahawa perjuangan mesti berjemaah, kali ini Zulkifli membelakangi mana-mana jemaah untuk dia berjuang.

Kita tunggu dan lihat, tidak akan berjaya mereka yang melulu dalam perjuangan.

Zulkifli Noordin, yang dipecat dari PKR, Sabtu lalu mengesahkan bahawa dia akan menjadi wakil bebas di Dewan Rakyat.

NONE“Saya telah menulis kepada speaker semalam bagi memaklumkan kepada beliau bahawa saya kini adalah MP bebas,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Zulklifi yang mewakili kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu akan menyertai empat MP bebas yang lain apabila Dewan Rakyat bersidang semula Isnin depan.

Empat yang lain itu adalah wakil Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai) and Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas).

Zulkifli juga menafikan laporan kononnya dia akan menyertai PAS.

“Saya tidak berhasrat menyertai mana-mana parti buat masa ini. Saya akan meneruskan perjuangan mempertahankan Islam.”

Read more...

Ibrahim Ali Ditelanjangkan Dalam Maya

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

ibrahim ali on company book 120310Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

Begitu terdesak Ibrahim hingga sanggup melupakan sejarah hidupnya serta  melupakan apa yang beliau pernah lakukan hanya semata-mata mengaburi mata orang melayu kononnya dialah wira baru dalam dunia melayu. Tidak segan silu sanggup menuduh orang lain demi menguntungkan diri sendiri apabila sedar diri tersisih dari pandangan Pas yang pernah dia mengemis dulu, harap dapat kembali kepada Umno tetapi Umno pun tak ingin orang macam dia. Rasalah apa yang lu buat Ibrahim....

Read more...

Bukti SPRM Takutkan Umno

26 Februari 2010

Anrata senjata yang digunakan oleh Umno-BN ialah blog, ini kerana selepas gelombang PRU lalu mereka sedar pengaruh blog ke atas pemikiran rakyat terlalu memberi kesan sehinggakan Umno-BN terpukul dengan keputusan pilihanraya tersebut.

Untuk mengatasi kekalahan tersebut serta menangkis serangan dari PR yang sememangnya tiada media yang berpengaruh seperti media arus perdana, Umno-BN mula merancang segerombolan blogger untuk merealisasikan impian politik ini.

Juteru itu, blog-blog Umno adalah bertaring, hinggakan badan awam merasa terancam dan tergugat setiap laporan yang dibuatnya seolah-olah ianya datang dari taraf menteri atau Perdana Menteri.... hamba pun hairan!!!

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya berkata SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu pada Januari lalu.

“Sekarang, kita kena tunggu dan terpulang kepada pendakwa raya sama ada mahu melakukan pendakwaan atau tidak,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Terdahulu, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada SPRM di sini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel “SPRM Kelantan Pro-PAS: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai”.

Sebelum ini sudah berkarung-karung blog-blog pro PR membuat dan memuatkan pelbagai artikel, tetapi tidak satu pun menjadi bahan kes bagi badan-badan awam dan tidak dipandang walaupun sebelah mata.

Adilkah percaturan politik sebegini untuk kita pamerkan kepada generasi kita atau anak-anak kita yang masih bertatih dalam menilai susana politik. Apa yang kita harapkan ialah politik seimbang dan besih bukan hanya meraih keuntungan undi untuk terus memerintah sedang kita rakyat jelata terbiar tanpa pembelaan sosial, ekonomi, keselamatan yang amat diperlukan.

Buktinya, sekarang tumpuan diberikan kepada Sarawak dan Sabah kerana UNDI kalau tak mampos mereka tak hiraukan.

Anda Merasa Apa Yang Anda Nilai

Read more...

Tanggapan Mengatasi Rasional

20 Februari 2010

Kalau sayang Pas baik berhati-hati, usah tanggapan mengawal emosi.


Read more...

SIS Mencabul Hak Perundangan Syariah

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Perkara ini adalah mempertikai hak perundangan negara serta memperleceh sistem perundangan syariah dalam negara kita.

Ianya juga boleh mengelirukan rakyat Malaysia tentang perundangan yang baru dilaksanakan, umpama tunas yang baru terus dicantas sehingga boleh membawa kepada ketenteraman umum dalam masyrakat berbilang bangsa terutama penganut beragama Islam.

Pihak berjawajib patut mengambil tindakkan sewajarnya serta mempertahankan hak perundangan syariah.

Tindakan SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika adalah tindakan yang tidak wajar kerana menggunakan kerajaan bagi melawan perundangan yang dipraktikkan dalam kerajaan sekarang. Malah SIS juga cuba bergantung dan mempekudakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat tersebut.

SIS juga mendakwa sebatan sebagai satu bentuk hukuman mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.

Ini jelas "ista'za'" dan "rad" hukum Allah, bermakna SIS bukan lagi dalam golongan yang perlu diikuti oleh mereka yang beragama Islam. Penyelewengan SIS sudah nyata, penolakan hukum Allah berarti menghalang hukum Allah dari ditegakkan dalam negara kita.

Turut sependapat dengan mereka ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam).

Paling bangang ......

"Pendapat kami selaras dengan norma-norma hak asasi antarabangsa yang membantah hukuman merotan dan juga hukuman membabitkan bentuk jasmani yang dianggap kejam, tidak berperikemanusiaan serta memalukan.," kata pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan).

Apa kes dia ni nak campur urusan agama Islam, orang Islam boleh duduk diam ker lagi bila sampai tahap camni??!!!

Bila sesiapa saja menyifatkan hukuman syariah sebagai 'kuno' sah KAFIR, bukan nak mengafir.... tanyalah tok guru mana pun, bila menolak hukum serta mempersenda atau memperlekeh hukum syariah. Tapi Islam 1Malaysia dari kesinambungan Islam Had-hari tetap cool walaupun ianya terlalu besar terhadap agama kita.


Dimana Umno yang suka naikkan isu agama sebagai sentimen politik, kenapa mereka tidak mengadakan demo menggesa SIS dan seumpamanya diharamkan atau meng 'ISA'kan SIS kerana membawa kepada perpecahan dan kebimbangan umum serta menggugat kestabilan agama Islam dalam negara kita.

Read more...

Cepatnya Kes Rasis Melaka Selesai

Polis telah melengkapkan siasatan berhubung aduan tehadap bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada satu seminar di Ayer Keroh awal bulan ini.
 
Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya.

Bercakap kepada pemberita selepas pada majlis penutupan Kursus Asas Motosikal Berat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka di sini hari ini, beliau berkata polis telah merakamkan percakapan Nasir selama dua jam di Putrajaya pada minggu lepas.
Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Beginilah istimewanya jika dalam kandang Umno-BN, yang salah pun boleh putar alam jadi tak salah cam kes kat Penang masa PRK Permatang Pauh, alasan banyak jasa kepada Umno.

Kes Melaka ni jangan susah hati mesti ikut kes Penang gak, dia pun banyak jasa ngan Umno dan negara, maklumlah sebagai s/u PM 1Malaysia. Kalau terbalik satu Malaysia pun kira tak apa sebab banyak jasa ngan Umno, apa kes cam ni??!!!

Kalau pihak pembangkang 1Malaysia  kalau tak mati jatuh bangunan pun berbulan berahun naik turun mahkamah, penuh dalam dada-dada akhbar, penuh telinga dok dengar dalam berita tv bla bla bla sedia maklum la....

Read more...

Buang Bayi : Cegahan Lebih Baik Dari Rawat

18 Februari 2010

Sejak akhir-akhir ini media perdana kembali fokus tentang penbuangan bayi, mungkin dah lama isu ini tidak mendapat tempat di dada-dada akhbar walaupun kita tahu ianya tidak bermusin kerana pelakunya tetap melakukan perbuatan tersebut berterusan. Kebiasaannya, isu ini bertahan paling lama satu bulan lepas tu timbul isu lain, seolah-olah suatu "divert" tumpuan rakyat.
Gejala pembuangan bayi ini bukan baru berlaku di negara 1Malaysia kita ini, malahan di zaman 'Islam Had-hari' pun berlaku tetapi zaman had-hari tidak menonjol sangat sebab isu untuk singkirkan PakLah adalah lebih besar perlu difokos gamaknya.

Apa yang malang bagi kita rakyat 1Malaysia bila banyak pihak yang sepatutnya besuara untuk mencantas punca bayi dibuang bukannya lebih merawat apa yang berlaku. Hamba pun turut bersetuju untuk mengambil masalah daripada ibu mengandung kerana zina tetapi biarlah langkah pertama beres dulu.

Sepatutnya masalah ini dikenal pasti puncanya. Mereka berzina kerana terpengaruh dengan nafsu hasil kekurangan Iman. Mereka hanya ingin berseronok-seronok. Apa yang perlu, setiap ruang dan peluang yang menuju ke arah itu perlu ditutup. Setiap pergaulan mesti dibataskan di pihak perundangan, pihak perlaksanaan termasuk dari semua sudut.

Jika wanita Umno dan beberapa pihak lagi yang hamba yakin mempunyai pengaruh yang besar hanya ingin menyelesaikan masalah sahaja tanpa menyelesaikan punca sebenar, hamba yakin masalah ini tidak akan selesai malahan makin bertambah-tambah, ini kerana pelaku zina tidak akan terancam bahkan setiap hasil zina ada orang yang akan terus menatangnya dengan penuh kasih sayang.

Jika ini konsep agama yang dipraktikkan di 1malaysia, Nah! sekarang adalah masanya untuk kita menilai kembali ketelusan Umno-BN memimpin untuk membela agama dan bangsa kita. Kita tidak boleh lagi memberi kepercayaan kepada mereka keran sudah terbukti mereka gagal dalam tempoh lebih 50 tahun.

Read more...

Siapa Benar : Zahrain - Guan Eng

13 Februari 2010

Zahrain
- "Cara bagaimana saya dipecat mengesahkan dakwaan saya bahawa beliau adalah seorang diktator," kata Zahrain.

Guan Eng 

- “PDC sendiri telah memaklumkan kepada saya tidak ada surat berkaitan perkara itu yang dikeluarkan sama ada oleh mereka atau IGP kepada Zahrain,” kata Guan Eng.

Nampaknya gaya Umno-BN makin terang kita nampak. Kali ini negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang jadi sasaran untuk mencipta tekanan serta menghilangkan kepecayaan rakyat pada pandangan mereka.

Umno-BN tidak akan menyerang sekali gus semua negeri PR dalam masa terdekat ini, kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri pun tidak terlawan.

Antara strategi serangan negeri pakatan ni adalah untuk mengalihkan tumpuan rakrat dari dari isu kepada isu yang lain. Dari isu Perak dengan mahkamahnya kepada isu Pulau Pinang.

Mereka akan sedaya upaya untuk memporak-perandakan negeri-negeri PR, tetapi ianya memberikan keuntungan kepada PR dalam jangka masa panjang, kerana sebahagian besar petualang akan menjelma dan meninggalkan PR.

Perlu diingat, bahawa sisa-sisa mereka ini masih berbaki konon untuk memberi kata pemutus bila berlaku saat yang genting terutama bila berlakunya imbangan 50-50, di sinilah habuan mereka untuk diraih.

Hamba percaya, selepas ini PR akan lebih berhati-hati dalam memilih dan menyaring ahli yang akan mewakili PR dalam PRU akan datang.


Read more...

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Main Teka-Teki

06 Februari 2010

Kehilangan Raja Petra (RP) banyak pihak jadi kusut masai, hamba pun tak tahu kenapa, mungkin sebab tembelang dah pecah atau akan dipecahkan.

Hingga hari ni umno dok main teka-teki dengan RP, kejap dalam negara, kejap luar negara, hidup mewah, dan macam-macam lagi. Terbaru Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad pula yang main silang kata dengan media untuk rakyat 1Malaysia.

Adus!! takkan tahap menteri pun boleh buat kenyataan gitu. Kalau betul kenapa dengan bala tentera yang gah dok lepas saja individu yang didakwa sebagai penaja RP.

Bila tanya siapa, dia kata : minta orang ramai menilai sendiri perwatakan individu yang dimaksudkannya itu.

 Hamba pun boleh buat teka teki..... nnti orang tanya apa jawapannya, hamba jawab "jawapannya... aku pun tak tau" hehehhe lawak tul la dunia 1Malay skang ni.

Read more...

Rasis : Patut Kemuka Pengadilan

Kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar cukup bahaya dalam negara kita. Walaupun permohonan maaf telah dikemukan, apakah api perkauman ini padam lenyap?!

Teranglah apa yang disuarakan oleh kebanyakkan penulis blog dan pengalisis politik bahawa Umnolah yang sebenarnya membawa api perkuaman, keagamaan dan bangsa untuk mencipta politik pecah dan perintah.

Apa yang tak kena ialah, kali ini api yang dimarakkan memakan diri dan peniup unggun api tidak pandai dan tidak cekap untuk memarakkannya. Padahnya pekung yang ditutup semakin terdedah.

Korang boleh bayangkan, kiranya pihak lain (selain umno-BN) yang buat kenyataan ini, kebarangkalian Kemuntinglah tempat yang sewajarnya, apakah pegawai khas ini kebal dari sebarang tindakkan yang wajar?!

Sepatutnya, kenyataan rasis yang sensitif ini dibawa kemuka pengadilan yang sewajarnya untuk ditauladani oleh semua selepas ini. Ini bukan pertama kali berlaku, ianya berlaku berkali-kali hingga mengguris banyak pihak seperti yang berlaku ketika kempen Permatang Pauh, hingga ke hari ini masih selamat dan selesa dari sebarang tindakkan yang wajar, bahkan dibela oleh Umno.

Read more...

Melayu Penang Terpinggir Angkara BN

Macam biasa, semua negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan demontrasi atas alasan bela Melayu yang dipinggirkan.

Terbaru Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi selama 45 minit di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Menurut puak-puak ni ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Demo ini diisi dengan agenda membakar patung Ketua Menteri Penang.

Hamba pun tak faham, kes penjaja tanpa lesen boleh jadi hal yang besar tentang melayu. Apakah mereka sedar atau ingat yang melayu Penang sudah lama pupus dalam pembangunan, tanah mereka tergadai, nasib mereka merempat. Semua ini berlaku semasa bawah kuasa BN. Apakah ada demo untuk bela melayu tetang itu?!!!

Hamba pernah ziarah Penang tahun 1994, masa tu program bersama CAP. Pihak CAP membawa kami bersiar-siar makan angin, fuh cukup gembira kami sebab kursus boleh bersiar-siar satu hari suntuk.

Rupanya pada sesi malam kami didedahkan dengan pelbagai perkara yang kami nampak siang tadi, antaranya banyak kampung-kampung melayu pupus dan bangsa melayu pun pupus di tanah sekangkang kera ini, melayu terpaksa merempat kemana-mana hingga berumah ditepi jurang pantai, dalam laut dan ke tanah besar. Memang malang nasib melayu di Penang pada waktu itu.

Tetapi kebanyakkan pemimpin melayu pekak, buta, tuli tentang apa nasib yang menimpa melayu, sekarang ni ada yang berani jadi hero konon nak tunjuk dialah yang bela melayu.

Harap bukan bermusim atau "berkerana" dalam niat tertentu sahaja kalau nak bela melayu.... belalah dimana jua dan tidak bermusin.

Apa ada pada melayu jika Islam tetap terpinggir.

Read more...

Penarikan Pengharaman Buku SIS memberi Cabaran Kepada Umat Islam

27 Januari 2010

Dalam masyarakat kita dok keliru dengan pelbagai isu berbentuk keagamaan, terutama penggunaan kalimah Allah yang terbaru. Kini masyarakat kita berdepan dengan isu buku terbitan Sister In Islam (SIS).

Sudah nyata buku ini memberi gambaran nagetif terhadap umat Islam di negara ini serta boleh mengeruhkan keharmonian rukun beragama.

Sama-sama kita lihat, apakah reaksi dan respon bagi mereka yang mempunyai suara keramat sebelum ini.

Sama-sama kita lihat apakah respon pemuda-pemuda Umno dalam isu ini.

Manakala hamba berharap Pakatan Rakyat (PR) tidak melatah atas penarikan larangan terbitan buku SIS ini, walaupun begitu, PR perlu menyatakan pendiriannya yang tegas dalam hal ini bagi memberi gambaran yang jelas kepada umat Islam di negara kita mahupun di luar negara.

Biasan ini amat nyata, kiranya kita amati betul-betul, Umno sekarang ini melalui penasihat yang memang licik dengan perancangan-perancangan untuk mengembalikan sokongan kepada mereka dengan apa cara sekalipun supaya pihak PR terperangkap dengan isu ciptaan. Seolah-olah mereka banyak menggunakan senjata keagamaan setelah senjata perkauman sudah tumpul atas ketajaman fikiran rakyat.

Kali ini nada pihak Jakim agak lembut, Jakim hanya ingin memberi penjelasan, hamba sangat sokong jika Jakim melangkah selangkah lagi bertindak untuk mahkamah menilai semula keputusan tersebut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman buku "Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau" tetapi menegaskan ia juga bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai kesalahan dalam mana-mana buku yang diedarkan di pasaran.

Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam.

Menurutnya, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.

"Beberapa kesalahan yang jelas telah ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, antara kesalahan yang jelas termasuklah mengatakan Undang-undang Keluarga Islam dan Jenayah Syariah bersifat menghukum dan mendiskriminasi wanita dan Pindaan Undang-undang Keluarga Islam dikatakan berat sebelah.

Buku itu turut mempertikaikan Institusi Fatwa dan larangan berbicara soal agama di kalangan mereka yang bukan ahli agama, serta mengutarakan idea pentafsiran semula ayat Al Quran khususnya yang "gender bias", katanya.

Wan Mohamad berkata buku itu telah diteliti, disemak dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Sehubungan itu, saya menasihati semua umat Islam di negara ini agar berhati-hati terhadap sebarang bacaan yang mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam," tegasnya.

Read more...

Pembangkang Patut Berhati-Hati Dengan Media

16 Januari 2010

Bila PM Najib mahukan media berhati-hati dengan pembangkang adalah satu yang tidak munasabah, pembangkang tidak sikit pun dapat mengusai media terutama media arus perdana.

Tapi apa yang nyata, pemimpin pembangkang yang pasti berhati-hati dengan media berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini. Bila timbul isu yang sensitif adalah peluang untuk "kena"kan pembangkang dengan pelbagai laporan yang tidak seperti asalanya didapati di dada akhbar utama kecuali apa yang mereka fikir boleh untungkan mereka atau menyebelahi mereka.

Najib merasakan isu mutakhir ini juga tidak menyebelahinya dan partinya.

Ingat!!! wahai para pejuang dalam pembangkang.... PM dan TPM keluar negara, apa pun boleh berlaku, ini sudah rutin Umno dalam strategi mereka..... bukan nak bersangka buruk tetapi sejarah mengajar kita celik tipu muslihat.

Read more...

DPMMS dan Gapums Belum Mengerti Dasar dan Perjuangan Pakatan Rakyat

Hasrat DPMMS dan Gapums untuk mengumpulkan semua pemimpin-pemimpin Melayu di meja bulat bagi membincangkan soal melayu dan kemelayuan umpama tidak faham dengan konsep perjuangan yang di tunjangi parti-parti dalam pakatan.

Sudah berkali-kali Pas menegaskan bahawa perjuangan Pas bukan berdasarkan etnik atau kaum yang membawa kepada jumud, bahkan Pas membawa dasar perjuangan yang lebih luas iaitu agama. semua bangsa boleh jadi Islam, semua keturunan boleh jadi Islam, semua bahasa boleh jadi Islam. Tetapi cina tak mungkin boleh jadi Melayu, India tidak boleh jadi melayu  dan sebaliknya.... melayu tak mungkin jadi bangsa india atau cina atau bangsa lain.... kalau kita berada ditempat mereka .... apakah kita mempunyai peluang yang sepatutnya kita berhak?!!!


Nak kata dangkal tak munasabah! Ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu jebak untuk menjerat kemaraan Pakatan Rakyat di mata rakyat kebanyakkan, mereka sedar buat setakat ini tidak ada satu isu yang menyebelahi mereka dari isu agama, ekonomi, ketenteraan, rasuah, pengurusan dan sebagainya. Kali ini Bangsa + Ekonomi menjadi taruhan memperdagangkan populariti yang dimiliki PR. Nyata!! Umno mempunyai pelbagai strategi yang sedang berjalan dan akan berjalan, Pakatan Rakrat mesti berati-hati terutama kalangan pemimpin yang konon mahu tunjuk pandai dalam isu, cepat menjawab biarpun bagi pihak peribadi, ingat setiap isu yang dicipta dan ditiupkan tetap ada agenda, terutama bila mana-mana individu yang mahu tunjuk pandai akan terjebak.

Yang Dipertua DPMMS, Tan Sri Rozali Ismail berkata, selain itu, isu perpecahan yang semakin berlaku di kalangan orang Melayu juga akan dibincangkan terutama membabitkan kemelut dalam politik serta kedudukan ekonomi orang Melayu yang semakin lemah.

Kenapa melayu lemah hari ini sedangkan Umno yang menerajui BN sudah 50 tahun usianya belum dapat memulihkan melayu, kata perjuangkan melayu.... ini bermakna Umno gagal dalam perjuangan, gagal yang perlu berundur dan memberi peluang kepada Pas dan Pakatan Rakyat untuk memperjuangan hak rakyat Malaysia.

Read more...

Bila Bapa Tiada Kuasa, Bapa Didakwa, Mengundang Bala

08 Januari 2010

Masalah sosial makin menjadi-jadi, semua orang bercakap berkenaan gejala ini. Dari Pensyarah, petani, penoreh, penganggur hinggakan tukang kebun. Dalam cakap-cakap sambil mencari-cari dimanakah punca musibah ini bermula.

Apakah kerana guru yang lemah dalam mengajar murid-murid di sekolah, atau ibu bapa zaman sekarang ini sudah tidak pandai mendidik anak, atau pengaruh unsur-unsur luaran yang perlu dipersalahkan.

Perkara ini sudah lama berlarutan, perbincangan yang dibuat seolah tiada jalan penyelesaiannya, inilah berita yang teramat malang.

Pernah dulu orang tua kita hantar mengaji dan berpesan, buatlah apa yang patut janji patah dan buta sudah.

Zaman sekarang ini bukan kata cikgu sekolah yang jentik, ayah pun sudah tak boleh nak jentik, silap-silap didakwa dimahkamah pula.

Hamba bukan menyokong perkara yang tak baik tapi dalam keadaan zaman yang serba menggila ini apakah salah seorang ayah melakukan begini (memukul anak) walau apa cara janji jangan patah atau buta.

Si ayah dan ibu sudah puas menasihati si anak, si ayah dan ibu takut-takut perut anaknya bunting tanpa bapa terutama di alam persekolahan. Bukan senang nak cari "mat bangla" untuk buat pak sanggup. Jika berlaku si ayah menanggung malu bukan undang-undang sivil.

Jika inilah senarionya dalam negara kita, rasailah bala akan menimpa-nimpa lebih besar dan dahsyat. Kembalikanlah undang-undang syariat Islamiyyah di negara kita. Kalau umno malu dan takut, berilah mandat kepada mana-mana parti yang sanggup untuk melaksanakannya.

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP