"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Dr Abdul Aziz Bari Cipta Propaganda

07 November 2009


Dr Abdul Aziz Bari tidak asing lagi namanya dipersana politik tanah air. Pensyarah Undang-Undang di UIA ini dilihat banyak ulasannya cenderung kepada politik kepartian Pakatan Rakyat. Kekadang beliau tidak sunyi dari menggeletek Pas membuatkan ngilu kegelian.

Walau apa pun, Pas terpaksa terima hakikat bahawa setiap orang bebas berkata dan memberi pendapat terhadap parti itu bagi membuktikan Pas adalah parti yang telus dan sedia mendengar setiap patah yang dihalakan kepadanya.

Beliau merupakan seoarang yang berjawatan dalam kepentingan kerajaan. Beliau lantang memberi pendapat dan pandangan. Beliau nampak cenderung kepada PR. Bagaimana beliau mengelak dari tekanan Umno dalam possisi sekarang sedang yang lain sudah tentu dicantas-cantas, lunyai, lumat semahu-mahunya???!!!.

Secara kasarnya, cuba kita perhatikan. Dr Abdul Aziz Bari adalah mencipta propaganda terancang. Bermula dari titik PRK Bagan Pinang hingga sekarang beliau galak mengusik dan membanding-bandingkan pemimpin Pas. Beliau banyak memuji TGNA yang sememangnya hamba dan rakyat jelata mengetahui dan merasai karismanya dengan penuh kagum. Dr Abdul Aziz Bari menggunakan titik ini sebagai mainan silang-kata propagandanya.

Dr Abdul Aziz Bari juga menggunakan sebahagian pemimpin lain seperti TGHA sebagai sasaran perjalanan kelok graf yang dilakarkannya untuk melengkapkan permainan ini

Beliau masih membangkitkan kembali isu UG walaupun telah beberapa kali telah diumumkan bahawa ianya telah selesai. Dan tiada berbangkit lagi.

Dr Abdul Aziz Bari merasa tidak selesa dengan sikap TGHA agaknya, kerana setiap kali kecoh sesuatu isu TGHA bertemu TGNA secara personal dan mereka berdakap-dakapan tanda kesepaduan dalam saf kepimpinan. Setiap kali pertemuan diadakan beliau seolah-olah mencipta propaganda baru bagi kedua pemimpin ini. Beliau yakin kalau tidak kedua pemimpin ini makan suapannya setidak-tidaknya para pengikut akan terikut-ikut dengan cara permainan silangkata yang dicetuskan ini.

Pandangan Dr Abdul Aziz Bari juga seolah-olah mempengaruhi dan mendahului setiap keputusan yang akan dibuat oleh Pas. Pas Selangor belum lagi mendapat ketetapan dari keputusan yang dibuat beliau cuba menjadi hakim dalam Pas dan seolah menentukan hala-tuju Pas. Mengatasi suara mu'tamar agaknya.

Hamba percaya setiap langkah yang diambil oleh pemimpin Pas adalah untuk kepentingan Jemaah Pas, sebab itu Pas mengambil langkah sangat berhati-hati bila timbul sesuatu masalah dalaman.

Tidak puas membandingan antara TGNA dan TGHA, Dr Abdul Aziz Bari juga membandingkan TGHA dan Ust. Azizan. Apa dia mahu sebenarnya?? Apa agenda yang dirancang sebanarnya?? Harap kita sebagai ahli dan penyokong Pas tidak terjebak dengan permainan kotor untuk mengeruhkan keharmonian Pas. Kita mempunyai landasan tersendiri untuk menentukan halatuju kita.

Mungkin beliau merasakan rempahnya belum cukup, ditambah lagi dengan "CEMBURU". Dr Abdul Aziz Bari mengatakan TGHA cemburu dengan DS Anwar cuma membawa ucapan TGHA dalam muktamar menyebut "betapa PAS mempunyai banyak kerusi DUN, betapa PAS (lebih) besar dan sebagainya (berbanding PKR atau DAP)". Kenapa dengan kata-kata ini keluar hujjah TGHA cemburu kepada DS Anwar?!! kenapa beliau tak kata TGHA cemburu dengan DAP, Lim Kit Siang?!

Bayangan dalam kenyataan ini cukup jelas. Pertama untuk pecah-belahkan saf pimpinan Pas dengan melagakan pemimpin, kerana cara menyerang pemimpin sudah pasti tidak berjaya. Kedua merenggangkan ikatan Pakatan Rakyat yang paling penting dan berpotensi menjatuhkan BN.

Dalam bayangan tersebut jelas permainan ini. Permainan musuh, musuh tradisi, musuh utama, iaitu Umno-BN cuba cara dan watak sangat berbeza.

Wahai pemimpinku, wahai sahabat seperjuangan, ingatlah pesanan Baginda, berpeganglah dengan taliNya, kita bukan sahaja terjebak dengan serangan luar yang jelas tetapi kita juga terjebak dengan peperangan saraf dalam kelambu kita. Inilah perkara yang dibimbang oleh TGHD (Harun Din).

Hamba bukan anti mana-mana pemimpin dan invidu, cuma mentelaah serta memperingati bahawa bakal menjelma jika kita terleka.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP