"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Pemilik Kenderaan 15 Tahun Bakal Dibebani

25 November 2009

Dalam entri ini hamba ingin berkongsi dengan pembaca. Ingatkah kita ketika kerajaan ingin menghapuskan kenderaan 15 tahun menyaksikan penentangan rakyat lantas alternatif lain diambil seperti menaikan atau menidakkan insuran pihak ke tiga, kalau ada pun banyak syarikat yang tidak lagi meneruskan insuran pihak ketiga. Tidak berhenti setakat itu sahaja, kerajaan menawarkan tukaran RM5000 kepada sesiapa menukar dengan kenderaan baru. Baru-baru ini kerajaan cuba untuk mewajibkan semua kenderaan yang berusia 15 tahun melalui ujian Puspakom untuk melanjutkan cukai jalan.

Nampak gayanya, kerajaan tidak berputus asa dalam mengenakan pelbagai helah kepada pemilik kenderaan 15 tahun ini, buktinya;

Jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat yang menanyakan adakah menjadi polisi kerajaan untuk menidakkan perlindungan insurans kereta lama berusia 10 tahun dan ke atas, serta kenderaan berharga RM10,000 ke bawah.

"Skim yang akan mengatasi masalah kesukaran mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga ini juga akan mempunyai proses tuntutan insurans yang cepat dan mudah," kata PM merangkap menteri kewangan.

Dia kata lagi : "Ini adalah di samping kajian holistik yang sedang dijalankan untuk mencapai peningkatan dalam akses, kecekapan dan kemampanan sektor insurans motor dan butirbutir lanjut mengenai mekanisme berkenaan akan diumumkan kelak," katanya.BERNAMA

 Cuba lihat pada maksud ayat di atas yang di tebalkan, "kajian holistik" dan perkataan "mencapai peningkatan" agak-agak pemilik kenderaan 15 tahun dan nilai bawah 10,000 boleh selamat ker?!!


Maksudnya, pemilik-pemilik kenderaan ini belum lena tidurnya, belum hilang resah mereka. Tunggu dan lihat permainan seterusnya.


Hanya ada satu cara untuk keluar dari kemelut ini.... tukar kerajaan BN yang ada hari ini yang terbukti gagal dalam pentadbiran. Rakyat terinaya, pengurusan rugi berjuta-juta.


Fikir-fikirkanlah sahabat sekalian.

Read more...

Pas Diasak Perang Psiko-Siber

10 November 2009

Sejak PRU lepas menampakkan Pakatan cukup selesa dengan kedudukan yang ada, manakala BN cukup tertekan dengan perkembangan semasa.

Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini senjata yang Umno-BN yang dalam keadaan lemah sempat dihunus dan terus melukakan PR satu persatu hingga ada yang terbarai. Perak antara mangsa, manakala Selangor Umno-BN banyak menggunakan serangan melalui jentera kerajaan. Pelbagai sudut serangan demi serangan dari individu hinggalah pemimpin dan tak terlepas kerajaan yang diterajui PR.

Nama Anwar Ibrahim dipalit dengan pelbagai kes yang tidak munasabah, cerita dirinya hinggalah dikaitkan keluar negara. Kerana Umno fikir kejatuhan Anwar bermakna jatuhnya PKR. Nampaknya usaha ini lambat untuk sampai kepada cita-cita busuk, Umno menyerang ahli serta pemimpin dengan pelbagai cara dan rupa.

Manakala Pas juga tak lekang dari serangan saraf ini, hinggakan seolah-olah tidak dapat lagi dipastikan kebenaran dan penyelewengan, keutamaan dan sampingan, kepentingan dan remeh-temeh.

Sejak akhir ini serangan kepimpinan menjadi-jadi, Umno lihat kepimpinan Pas antara benteng yang perlu ditembusi dahulu. Mereka menyerang pemimpin yang berpotensi boleh menghuru-harakan pengikut dan peminat, mana pemimpin yang bertapak kukuh jangan diserang kerana impaknya memakan diri. Ingatkah kita kepada serangan terhadap TGNA dengan pelbagai isu dari isu samseng hinggalah kepada isu gincu, isu kekeluargaan, isu pandangan dan fatwa. Tetapi serangan Umno terhadap beliau tak lain dan tak bukan hanya memakan diri sahaja.

Umno tidak berpatah arang menyerang kepimpinan ini dengan mengenengahkan pelbagai isu yang berlaku asalkan dari pemimpin Pas melalui akhbar dan semua media untuk tujuan serangan kepimpinan, nampaknya mereka sedikit berjaya.

Tidak kurang juga sebahagian pengikut terikut-ikut dengan rentak media Umno, terutama mereka yang merasa mempunyai perhatian orang lain seperti penulis-penulis blog dan sebagainya. Jari mereka menari-nari sumbang seolah tidak lagi tahu membezakan mana yang utama, mana yang penting, mana yang perlu asalkan itu satu kepuasan.

Sedarlah !! kita sekarang menghadapi musuh yang lebih besar, bukan sahabat dalam saf jemaah. Jangan ikut kata hati kerana kekadang kita tersilap sikit tetapi impak kepada jemaah amat besar.

Akhir-akhir ini juga banyak sumber maklumat seperti blog menjelma diri mereka yang sebenar, mereka ghairah dengan Pas dan PR pada mulanya, agak-agak ada pembaca setia mereka senyap-senyap masuk jarum untuk merosakkan pemikiran ahli Pas dan PR. Mereka banyak memberi komen dan membawa perkara yang nagetif untuk Pas dan PR. [hamba tidak maksudkan kepada komen yang membina]. Cuba tuan-tuan nilai sendiri setiap maklumat yang ada di blog yang dahulunya konon bersama Pas tapi kini persis ejen-ejen menjatuhkan Pas dan PR secara psiko. Ianya datang umpama dalam Pas, ianya datang umpama dalam PR, yang menjadi sasarannya hanya pemimpin Pas, hingga hampir-hampir tiada lagi isu besar untuk dimuatkan, isu-isu besar sebelum ini hilang ditelan masa.

Kepada pencinta Pas khususnya, jangan sekali-kali kepala kita dikusutkan dengan perang psiko ini. Caranya mudah, nyahkan mana-mana berita atau maklumat yang berunsur fitnah atau memanjangkan unsur perpecahan. Bukan bererti tidak boleh membaca, bacalah apa pun tapi kalau mengusutkan kepala kita baik kita tinggalakan sehingga kita mendapat penawar.

Umno sekarang dalam nazak, mereka duduk tak senang berdiri resah, dalam pada itu mereka boleh menarik nafas lega dengan kecoh isu kepimpinan. Kalau nak dibandingkan krisi yang seolah ada dalam saf Pas bukan  soal mencuri harta rakyat, bukan soal pecah amanah, bukan menyeleweng kuasa tetapi kehangatan lebih dari itu seolah isu yang lebih besar tiada melainkan isu pimpinan Pas sahaja. [Ini kerja propaganda Umno yang banyak terikut].

Dalam Umno nazak sempat mereka bangun bertapak untuk mengukuhkan kuda-kuda mereka, kerana tiada lagi serangan balas, musuh Umno dok asyik sibuk berlebihan sesama mereka. Ayuh bloggers Pas, mana kata-kata kalian, mana perjuangan kalian sebelum PRK bagan Pinag, kenapa Bagan Pinag menjadi lembah mengerikan?! apakah kerana kalah, atau hanya sebagai titik untuk membongkah arah?

Kiranya bloggers Pas leka maka berjayalah bloggers upahan Umno, mereka menyerang terang-terangan, tak lupa juga mereka menyusup masuk menjadi bloggers Pas atau dalam PR, mereka mempunyai cara tersendiri dan terancang untuk menjatuhkan kita dan Pas, mereka ketawa misi yang mereka cipta nampak berjaya, bayaran yang mereka terima akan bertambah, kita apa dapat habuan dunia dengan usaha kita melainkan mengharapkan balasan Allah jika ada kebaikan, itu sahaja.

Tenangkan jiwa, bersama hati yang penuh pertimbangan. Hamba bukan blogger yang pandai menulis cuma ambil sedikit kesedaran untuk bersama kalian dalam alam maya ini. Maafkan hamba kira ada yang tidak enak.

Salam Ukhuwwah. = I LUV PAS =

Read more...

Dr Abdul Aziz Bari Cipta Propaganda

07 November 2009


Dr Abdul Aziz Bari tidak asing lagi namanya dipersana politik tanah air. Pensyarah Undang-Undang di UIA ini dilihat banyak ulasannya cenderung kepada politik kepartian Pakatan Rakyat. Kekadang beliau tidak sunyi dari menggeletek Pas membuatkan ngilu kegelian.

Walau apa pun, Pas terpaksa terima hakikat bahawa setiap orang bebas berkata dan memberi pendapat terhadap parti itu bagi membuktikan Pas adalah parti yang telus dan sedia mendengar setiap patah yang dihalakan kepadanya.

Beliau merupakan seoarang yang berjawatan dalam kepentingan kerajaan. Beliau lantang memberi pendapat dan pandangan. Beliau nampak cenderung kepada PR. Bagaimana beliau mengelak dari tekanan Umno dalam possisi sekarang sedang yang lain sudah tentu dicantas-cantas, lunyai, lumat semahu-mahunya???!!!.

Secara kasarnya, cuba kita perhatikan. Dr Abdul Aziz Bari adalah mencipta propaganda terancang. Bermula dari titik PRK Bagan Pinang hingga sekarang beliau galak mengusik dan membanding-bandingkan pemimpin Pas. Beliau banyak memuji TGNA yang sememangnya hamba dan rakyat jelata mengetahui dan merasai karismanya dengan penuh kagum. Dr Abdul Aziz Bari menggunakan titik ini sebagai mainan silang-kata propagandanya.

Dr Abdul Aziz Bari juga menggunakan sebahagian pemimpin lain seperti TGHA sebagai sasaran perjalanan kelok graf yang dilakarkannya untuk melengkapkan permainan ini

Beliau masih membangkitkan kembali isu UG walaupun telah beberapa kali telah diumumkan bahawa ianya telah selesai. Dan tiada berbangkit lagi.

Dr Abdul Aziz Bari merasa tidak selesa dengan sikap TGHA agaknya, kerana setiap kali kecoh sesuatu isu TGHA bertemu TGNA secara personal dan mereka berdakap-dakapan tanda kesepaduan dalam saf kepimpinan. Setiap kali pertemuan diadakan beliau seolah-olah mencipta propaganda baru bagi kedua pemimpin ini. Beliau yakin kalau tidak kedua pemimpin ini makan suapannya setidak-tidaknya para pengikut akan terikut-ikut dengan cara permainan silangkata yang dicetuskan ini.

Pandangan Dr Abdul Aziz Bari juga seolah-olah mempengaruhi dan mendahului setiap keputusan yang akan dibuat oleh Pas. Pas Selangor belum lagi mendapat ketetapan dari keputusan yang dibuat beliau cuba menjadi hakim dalam Pas dan seolah menentukan hala-tuju Pas. Mengatasi suara mu'tamar agaknya.

Hamba percaya setiap langkah yang diambil oleh pemimpin Pas adalah untuk kepentingan Jemaah Pas, sebab itu Pas mengambil langkah sangat berhati-hati bila timbul sesuatu masalah dalaman.

Tidak puas membandingan antara TGNA dan TGHA, Dr Abdul Aziz Bari juga membandingkan TGHA dan Ust. Azizan. Apa dia mahu sebenarnya?? Apa agenda yang dirancang sebanarnya?? Harap kita sebagai ahli dan penyokong Pas tidak terjebak dengan permainan kotor untuk mengeruhkan keharmonian Pas. Kita mempunyai landasan tersendiri untuk menentukan halatuju kita.

Mungkin beliau merasakan rempahnya belum cukup, ditambah lagi dengan "CEMBURU". Dr Abdul Aziz Bari mengatakan TGHA cemburu dengan DS Anwar cuma membawa ucapan TGHA dalam muktamar menyebut "betapa PAS mempunyai banyak kerusi DUN, betapa PAS (lebih) besar dan sebagainya (berbanding PKR atau DAP)". Kenapa dengan kata-kata ini keluar hujjah TGHA cemburu kepada DS Anwar?!! kenapa beliau tak kata TGHA cemburu dengan DAP, Lim Kit Siang?!

Bayangan dalam kenyataan ini cukup jelas. Pertama untuk pecah-belahkan saf pimpinan Pas dengan melagakan pemimpin, kerana cara menyerang pemimpin sudah pasti tidak berjaya. Kedua merenggangkan ikatan Pakatan Rakyat yang paling penting dan berpotensi menjatuhkan BN.

Dalam bayangan tersebut jelas permainan ini. Permainan musuh, musuh tradisi, musuh utama, iaitu Umno-BN cuba cara dan watak sangat berbeza.

Wahai pemimpinku, wahai sahabat seperjuangan, ingatlah pesanan Baginda, berpeganglah dengan taliNya, kita bukan sahaja terjebak dengan serangan luar yang jelas tetapi kita juga terjebak dengan peperangan saraf dalam kelambu kita. Inilah perkara yang dibimbang oleh TGHD (Harun Din).

Hamba bukan anti mana-mana pemimpin dan invidu, cuma mentelaah serta memperingati bahawa bakal menjelma jika kita terleka.

Read more...

Tarik Jangka Hayat Kenderaan; Ganti Plan B

Syukur alhamdulillah, kerajaan mengambil pandangan banyak pihak dan terus membatalkan hasrat Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas.

Terima kasih di atas sikap yang nampak prihatin kepada keluhan rakyat ini walaupun kenderaan hamba baru berusia 5 tahun tetapi hamba mengenangkan kesusahan orang lain dan suatu masa nanti kenderaan hamba pun akan sampai usia 15 tahun juga.

Apa yang merunsingkan hamba, kotak fikiran bertalu-talu menimbulkan persoalan. Apakah langkah kerajaan ini suatu ketelusan, kalau ianya langkah yang ikhlas alhamdulillah disambut baik. Sekiranya langkah kerajaan ini hanya mengambil hati rakyat atau memujuk populariti politik ini yang hamba runsing.

Bila ianya hanyalangkah meraih populariti bukan keikhlasan, bermakna rakyat akan berdepan satu lagi rintangan perangkap senyap, mungkin ada alternatif yang dikira plan B untuk menggantikan bebanan pada kenderaan 15 tahun ini. Rakyat jangan lupa perkara ini.

Buktinya amat banyak yang telah berlaku, teknik dan taktik yang paling hampir dengan perkara ini bila mula-mula kerajaan nak hapuskan kenderaan 15 dan ke atas untuk memberi laluan kepada penggunaan dan industri kereta-kereta baru semua rakyat tidak setuju kecuali sebilangan kecil menyambut baik. Lantas kerajaan diam-diam menghapuskan insuran kelas ke tiga dengan menggantikan dengan insuran komprehensif, pengguna kenderaan 15 tahun ke atas juga dibebani dengan insuran yang tinggi ini.

Nampak gayanya rakyat tidak dapat mengelak dari terus dibelenggu dengan kesempitan setelah memberi kepercayaan kepada Umno-BN memerintah. Sudah tiba masanya Malaysia beralih arah kepada parti lain.

Rakyat boleh menilai sejauh mana keberkesanan Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat nanti.

Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara yang maju,mereka tidak statik dengan parti yang memerintah, sebab itu mereka dapat maju dan pemimpin yang lebih baik.

Read more...

Cara dan memahami Membaca Berita Harian

05 November 2009

Tindakan CUEPACS salah dari segi moral - Najib

04/11/2009 4:08pm

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta bonus adalah salah daripada segi moral kerana keadaan ekonomi (Umno-BN) negara ketika ini belum pulih sepenuhnya. - Utusan

Ulasan :

Mana mungkin bagi bonus buat masa ni, pilihanraya kecil bertali arus, satu lagi peruntukkan yang terpaksa diselit. Itu tak mengapa sebab duit kerajaan (rakyat).

Tapi Umno mana ada duit selain duit rakyat yang ditibainya, tengoklah bila ada PRK jer projek segera bertimbun-timbun. Bukan apa, hanya untuk menawan undi semata dan kroni mendapat laba. So tokey projek akan support PRK tersebut untuk Umno.

Mana mungkin nak ada bonus walaupun setengah bulan. Oleh itu tuan puan harap pandai membaca setiap butir tutur tersebut.

Read more...

Dr. Asri dan Percaturan Tersembunyi

03 November 2009

Pertama hamba ingin mencelah ditengah-tengah kemelut penangkapan terhadap Dr. Asri mantan Mufti Perlis juga mantan pensyarah jurusan syariah.

Sebelum ini ada perkara yang hamba kurang setuju dengan pandangan beliau, tetapi bukan bererti hamba membencinya atas dasar ilmu dan peribadi cuma dasar pandangan sahaja. Dr. Asri menunjukkan komitmen kepada ilmu sangat tinggi dan berani pada pandangan hamba.

Tapi yang hairannya, kenapa beliau ditangkap? hanya kerana mengajar tanpa tauliah atau membicara ilmu Islam tanpa kebenaran!

Ayuh! kita lihat sudut rasionalnya. Beliau memang perlu ikut peraturan yang ditetapkan di mana beliau berada hatta kita sendiri pun juga begitu. secara rasionalnya Jais juga perlu pertimbangkan latarbelakang seseorang yang perlu mengambil tauliah. Takkan seseorang yang teserlah keilmuannya dan ma'aruf (dikenali) dalam masyarakat pun tidak ada budi bicara dalam peraturan tauliah! sewajarnya mufti, guru pondok, pensyarah agama Islam, Imam, pensyarah bebas yang terbukti ilmuannya dsb. diberi kelonggaran, takkan semua negeri dan semua tempat nak kena ambil tauliah?

Apakah badan-badan yang mendakwa Islam yang lain termasuk yang diisytiharkan sesat oleh Jais sendiri telah ditauliah? kerana kita lihat sebagai contoh contoh anti hadis masih lagi berleluasa menyebarkan pemikiran mereka, mereka pun ada kuliah penerangan doktrin untuk disampaikan.

Nah! sama-sama kita fikirkan perkara ini, banyak tulisan-tulisan berkaitan perlu dibaca dan dinilai sendiri tanpa ada pengaruh sesiapa kerana kita mempunyai banyak alternatif untuk mendapatkan informasinya.

Hamba tertarik dalam satu tulisan berkaitan, Jais seolah-olah hantu yang tidak bertuan. Sunggah tepat ungkapan ini pada hamba. Ini ekoran kekesalan yang diluahkan oleh peneraju kerajaan Selangor atas penangkapan tersebut, manakala peneraju kerajaan Malaysia pun menyatakan kekesalan juga. Sungguh ajaib! siapakah yang menguasai Jais sekarang???!!!

Bila timbul tanda tanya semua individu boleh membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya sendiri.

Hambapun tidak sunyi dari membuat kesimpulan dalam versi hamba.

Riak yang berkocak dalam kemelut ini sebenarnya pernah berlaku dan biasa berlaku terutama dalam hal-hal berkaitan politik. Tapi kali ini bkan orang politik cuma cuit-cuit politik.

Hamba rasa inilah puncanya yang utama di antara punca perca lain. Kerana kita tahu, sebelum ini mereka yang tersasar dalam akidah dan apa jua bidang selain politik dibiar berleluasa bila sentuh saja politik lambat laung akan sampai tindakkannya. Contoh al arqam dsb.

Dr. Asri pernah menempelak pemerintah negara melalui siri ulasan, pendapat dan sajaknya hingga terhasil sebuah lagu kopratasa yang banyak menyentuh tabiat sebahagian pemimpin Umno yang tamak dan rakus dengan harta rakyat. Dr. Asri pernah mempertahannya Pas baru-baru ini. Dan yang terakhir bukan saja dia menolak pelawaan untuk menerajui Yadim bahkan menggesa supaya badan itu disiasat. Nah! inilah punca kemelut ini.

Hamba percaya, Dr. Asri seorang yang celik, pandai menilai percaturan ini, dirancang begitu teliti untuk mengikat beliau dari terus seperti sekarang. Ikatan dengan menggunakan tali Yadim tidak disambut. Maka ikatan mahkamah adalah pilihan terakhir, persis 2 tokoh "Adun lompat  Perak" yang terbaru, Umno juga menggunakan mahkamah bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan menggunakan mahkamah hingga beberapa Adun didakwa dengan pelbagai kesalahan dan lain-lain yang pernah kita saksikan senarionya sama.

BN-Umno rasa ini perlu kerana sejak akhir-akhir ini Dr. Asri nampak cenderung dengan Pas tambahan pula dipelawa untuk bersama Pas bagi memperjuangkan Islam hingga tertegaknya syariat Islam di bumi Malaysia ini. Dr. Asri banyak pengaruhnya, ramai peminat dan pengikutnya tidak hairanlah kebimbangan Umno hingga berbuat demikian.

Blog ini merupakan bicara politik 100%, hamba pandangnya dari sudt politik. Harap maklum.

Sampailah masanya rakyat menilai dengan telus, mengubahnya dengan yakin, menolak punca konflik dan memartabatkan Islam sebagai ad-Din.

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP