"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Weblog Husam Musa I Home: Episode BERSIH 2 - BN terluka parah

10 Julai 2011

Weblog Husam Musa I Home: Episode BERSIH 2 - BN terluka parah

Akhirnya, kami sampai di kawasan bersebelahan bangunan sebuah tokong Budha di sebuah jalan menghala Stadium Negara.

Ribuan berhimpun. Tidak lama, ia menjadi belasan ribu, kalau pun tak puluhan ribu.

Sungguh pun ada barisan FRU menghalang jalan itu ke Stadium Negara, perhimpunan berjalan aman betul-betul bersebelahan sekatan FRU.

Pak Samad Said di situ. Saya melihat mata kanannya merah. Terkena semburan gas pemedih mata di KL Sentral sebelum ke sini. Diserbu FRU bersama pimpinan Bersih dan PR ketika mereka mula nak bergerak dari sana.

Ustaz Hadi ditahan. Pimpinan lain juga.

Ada yang cedera. Salah seorang adalah pengiring DSAI. Luka parah dengan lumuran darah di pipi kanan beliau.

Saya tiba beberapa minit selepas rombongan bergerak dari Hilton. Sempat menyaksikan polis mengheret pimpinan ke dalam trak FRU.

Pak Samad terlepas bersekali Haris. Ia ke sini. Meneruskan tapak-tapak perjuangan rakyat yang cintakan damai menuntut kesaksamaan pilihanraya, sekalipun sukar.

Bukan dekat berjalan kaki ke sini. Hampir lima belas minit berjalan laju.

Saya berucap dulu.

Kagum. Sekatan polis begitu mencengkam seluruh kotaraya KL.

Amaran polis dan pimpinan UMNO/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi. Malam tadi saya menyaksikan kenyataan Ketua Polis Negara, polis akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan ini.

Serbuan di mana sahaja ada rakyat berhimpun.

Namun, di depan mata saya ada belasan ribu. Ribuan lagi di berbagai lokasi di kora raya. Hebat rakyat Malaysia. Serta merta rasa bangga dengan keberanian rakyat Malaysia semua kaum menyerap masuk ke dalam hati kecil saya. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada???

Adakah strategi kepungan polis Malaysia begitu naif???

Adakah polis kita memerlukan penilaian semula terhadap pendekatan dan kaedah berfikir mereka?

Atau ombak semangan rakyat begitu cekal?

India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga, Sabahan, Sarawak juga, satu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis!

Ugutan tidak boleh meleburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata ala Tahrir Square adalah kecil di mata kebangkitan. Jangan lupa ini.

Ombak rakyat lebih tinggi dari gunung, lebih hebat dari tsunami. Lebih kukuh dari kekerasan, kekejaman dan hilang pedoman pihak berkuasa yang paling kuat sekalipun.

Hujan yang turun mendamaikan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis menjadi bukti Tuhan bersama rakyat yang inginkan politik yang BERSIH.

Jika pemimpin UMNO/BN dan polis bersopan, mendengar nasihat Yang Di Pertuan Agung, mengizinkan perhimnpunan aman di Stadium, tidak lah UMNO/BN dan polis dimalukan sebegini.

Tidaklah dunia menjadi saksi Najib menyembunyikan sebuah perjalanan pilihanraya yang penuh dengan penyelewengan untuk meneruskan talian hayatnya.

Kini, dunia menyaksikan Malaysia sedang menyusur jalan kejatuhan yang sama dengan regim kotor yang lain. Terakhir, perubahan politik di negara jiran, Thailand.

SPR, keluar dari episod BERSIH 2, sebagai kaldai tunggangan UMNO/BN.

Keutuhannya hancur. Kehendak Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mendapat KEPERCAYAAN AWAM.

Kepercayaan awam terhadapnya telah hancur dengan sikapnya menjelang BERSIH 2.

Pengerusi dan anggota SPR wajar mengosongkan kerusi mereka jika mereka benar menyokong pilihanraya yang bersih dan bukan berada di situ melindungi nyawa UMNO/BN. Izinkan YDP Agung membentuk anggota SPR yang baru.

Pandanglah kebangkitan rakyat di tengah kepungan polis ini sebagai lambang tuntutan kepada sistem yang bersih. Demi negara tercinta, pandanglah pada semua penyelewengan yang anda sendiri memang mengetahuinya (tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya), dengan bertindak jujur dan memberikan peluang reformasi yang sangat penting untuk keselamatan negara.

Kenyataan berunsur perkauman para pemimpin UMNO/BN sebelum perhimpunan ini telah meletakkan jurang yang amat dalam antara pemimpin ini dengan majoriti rakyat yang rasional dan cintakan keharmonian.

Wajah sebenar Najib dan pentadbirannya yang bermuka-muka dan sanggup membelakangkan teras demokrasi, keharmonian rakyat Malaysia dan kesopanan terhadap Raja Melayu, terserlah. Ia cukup menggerikan. Kelayakan pemimpin seperti ini untuk memimpin rakyat pelbagai kaum di negara ini dan meletakkan keselamatan rakyat tanpa memilih bulu telah hilang.

Ugutan dan terkaman kumpulan ektremis sepanjang episode BERSIH 2 yang dibiarkan tanpa sebarang tindakan membuktikan perlunya pimpinan baru mengambil alih negara jika kita inginkan keamanan dan keselamatan, kestabilan dan keharmonian. Minda gelap mereka berada di mana-mana.

Kekerasan tidak bertempat yang ditunjukkan oleh polis di pelbagai insiden pada hari ini, menyerlahkan minda mereka meletakkan keselamatan regim yang ada lebih penting dari sumpah dan tugas mereka menjaga keselamatan rakyat.

Darah banyak yang menitis, kecederaan, pemimpin di cekup dan diseret seperti penjenayah dan lainnya, bukan berlaku angkara peserta demo yang seluruhnya datang dengan niat yang BERSIH.

Andalah yang telah mengotorkan himpunan ikhlas 9 Julai ini. Akhirnya, andalah yang cedera parah dalam minda majoriti rakyat yang cintakan damai.... Malang....

Read more...

Normala Sudirman Calon Pas PRK Tenang

28 Januari 2011

Read more...

Jerebu : Muar Darurat, Melaka Masih Rehat

21 Oktober 2010

Bilik gerakan jerebu dibuka di daerah ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan itu mencatat bacaan 432 iaitu mencapai tahap berbahaya.

Muar dah Melaka merupakan dua kawasan yang tidak jauh, sekiranya Muar dikategorikan kawasan darurat kerana indeks pencemaran udara yang tinggi kenapa Malaka masih berehat dari mengeluarkan kenyataan yang sama. Sedangkan keadaan Malaka pun parah, hinggakan kadangkala trafic light pun sangat kabur.

Apakah ini kerana kerajaan negeri mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan mereka hingga terabai kesihatan rakyat yang berada di Melaka.

Apa yang terserlah ialah Melaka takut untuk isytiharkan indeks pencemaran kerana takut mengganggu majlis pengisytiharan Melaka Maju yang berlangsung hari ini 20.10.2010.

Persoalannya, sanggup kerajaan negeri Melaka menggadaikan kesihatan rakyatnya demi kepentingan serta kegahan yang bakal dicipta tanpa mengambil kira bahaya yang bakal mengundang.

Secara rawaknya, nampaklah kita bahawa UMNO-BN hanya mementingkan agenda mereka sahaja dari kepentingan rakyat jelata. Kalau rakyat nak mati, matilah janji aku masih memerintah. Rakyat tidak sekali-kali didahulukan dalam apa jua bentuk.

Mereka kenamaan berapa minit saja berada dalam keadaan terdedah dengan cuaca yang kronik ini, tetapi rakyat dihidangan dengan bermula jam 7 petang hingga malam kerana inginkan cabutan bertuah.

Jangan dilupa, yang datang ke Pengisytiharan Melaka Maju bukanlah orang Melaka atau yang menetap di Melaka tetapi semua orang luar negeri Melaka pun diangkut dengan pelbagai alasan.

Penjawat awam diangkut atas alasan kursus yang diadakan di Melaka, di "gula-gula"kan dengan kupon cabutan bertuah yang memaksa secara halus untuk menghadiri majlis pengisytiharan tersebut.

Kemajuan adalah salah satu perkara baik dan terpuji, tetapi kalau sampai menggadaikan kesihatan rakyat apa gunanya maju.

Read more...

Melayu Diambil, Cina Diberi

12 September 2010

Sebelum ini kita dengar pasal tanah kampung baru di tengah bandar metropolitan yang menjadi isu hangat, tidak pernah kerajaan membuat suntikan modal untuk mereka memajukan tanah mereka.

Kalau di Melaka kita lihat kerajaan cuba meruntuhkan sebuah Pasti dan surau atas dasar pembangunan untuk membesarkan jalan walaupun mempunyai lokasi bersebelahan yang kosong dan lebih lurus jalannya.

Berbeza dengan layanan yang diberikan kepada kaum ini.... hamba paste kan ... tuan-tuan nilai sendiri layanan yang boleh diibarat "durian runtuh" ini.

Niat hamba bukan nak pertikaikan apa yang kerajaan agi kepada setiap rakyatnya, tetapi sekadar merungkai kemusykilan dalam benak kenapa ini berlaku....

" Pinjaman Mikro Untuk Penduduk Kampung Baru Cina 

KUALA LUMPUR: Peruntukan dengan dana permulaan RM100 juta untuk penduduk kampung baru Cina yang diumum pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kini diperluaskan sebagai pembiayaan mikro untuk mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata, penduduk yang berminat dijangka dapat memohon pinjaman tersebut menjelang hujung tahun ini.
"Kita belum tahu bagaimana ia akan disalur sama ada pinjaman tanpa penjamin atau sebaliknya. Kementerian Kewangan sedang menyediakan perincian menerusi Bank Simpanan Nasional," katanya kepada Bernama, di sini baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK10 pada Jun lepas mengumumkan peruntukan tersebut yang bertujuan membantu penduduk kampung baru Cina membayar premium tanah dan memperbaharui pajakan.

Mengulas lanjut, Chor yang juga Naib Presiden MCA berkata, kerajaan memutuskan perluasan kegunaan dana RM100 juta itu selepas mendapati kebanyakan kampung baru terbabit telah memperbaharui pajakan masing-masing.
Terdapat 450 kampung baru di seluruh negara dan kebanyakannya adalah pajakan untuk tempoh 60 tahun.
Katanya, peruntukan juga tidak terhad untuk membayar premium, pajakan dan pinjaman mikro tetapi turut boleh dipohon bagi membaiki rumah penduduk.

Chor berkata, selain dana RM100 juta itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan tahunan untuk menaik taraf jalan, sistem perparitan dan lain-lain projek prasarana.

"Sekiranya pajakan terus disambung, saya fikir keadaan di kampung baru akan lebih selesa," katanya yang yakin jika keadaan itu berterusan nilai tanah di kampung baru juga akan meningkat.

"Selain kerajaan, MCA juga harus dipuji kerana kami telah memainkan peranan besar sejak kampung baru ditubuhkan pada 1948," katanya.

Malah, katanya sejak 1999, kerajaan telah membawa pembangunan ke perkampungan nelayan yang dikenali 'kampung bagan' dan perkampungan yang saling bersambung dikenali 'kampung rangkaian'.

"Terdapat 113 kampung bagan dan 44 kampung rangkaian. Kesemuanya menikmati pembangunan arus perdana yang memastikan tumpuan saksama diberi dalam perancangan dan pembangunan," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya telah dipertanggungjawab memantau kesemua kampung bagan, kampung rangkaian dan kampung baru, dan sejak 2009 pelbagai projek pembangunan telah dilaksana di kampung-kampung terbabit. - BERNAMA"

Read more...

1Malaysia : Najib Syok Sendiri

22 April 2010

Sudah puas dia keliling dunia dengan bini yang tercinta, tergoda dan tersayang dari eropah ke asia untuk mengembalikan kepercayaan serta memulih pelaburan dalam FDI, kini beliau cuba bersuara dalam PRK Hulu Selangor.

Nampaknya nada beliau kali ini "syok sendiri" bila sanggup melebelkan 1Malaysia lebih popular dari Milo atau Kentucky Fried Chicken (KFC), nampak sangat kurang matang dalam perbandingan ini tambahan pula beliau sebagai PM Malaysia yang bercakap begitu.

Apakah Najib tahu bahawa mereka yang suka gagasan yang beliau cipta hanya didepannya saja, mereka suka sebab ada habuan. Percayakah Najib kalau hamba katakan gagasan 1Malaysia tidak disukai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia kerana tiada hala tuju yang jelas.

Gagasan yang muncul bersama pemerintahan Najib tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat, tidak banyak membantu rakyat dalam menaikan taraf sosio ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan keperluan lain yang bersifat mendesak dalam kedupan rakyat.

Malahan gagasan yang diperkenalkan juga tidak banyak menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat serta seolah-olah tiada pembaharuan pun dalam pentadbiran dalam gagasan 1Malaysia ini.

Read more...

Ucapan Kempen Najib Berunsur Rasis

Dalam ghairah kempen di Hulu Selangor, pelbagai cara telah digunakan untuk meraih undi bagi kedua-dua belah pihak.

Umno-BN tidak akan sunyi dari perkara-perkara yang luar batas norma peruntukan yang diberikan, lihat saja contoh yang lalu dan sekarang.

Baru beberapa hari berkempen kita dapat menyaksikan serangan peribadi yang biasa berlaku dalam Umno, tetapi mereka menunding jari kepada pihak lawan, konon ini adalah dari permainan Pakatan Rakyat.

Umno yang diterajui Najib juga menggunakan simpati rasis untuk menang dalam undi India. Perkara ini boleh didapati dalam laporan Undi Calon BN Demi Pengaruh Politik Orang India - PM  sebagai tajuk dalam mstar hari ini.

Read more...

Khairi Merasa Tertekan Dengan Cara Kempen

21 April 2010

Nampaknya rentak kempen Hulu Selangor kali ini agak panas dalam isu yang melibatkan peribadi calon, juga tidak terkecuali mengheret sama individu lain.

Banyak kes peribadi diketengahkan oleh kedua-dua belah pihak yang bertanding. Kali ini nampaknya pemimpin-pemimpin Umno cukup tertekan dengan permainan isu ini, mereka tidak dapat menjelaskan kepada rakyat apa lagi untuk menafikan bahawa mereka tidak meneguk "air setan".

Dalam arahan terbaru dari Ketua Pemuda Umno "supaya membuang papan tanda, poster dan kain rentang yang menyentuh maruah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor".

Arahan ini terpaksa dikeluarkan olehnya sebab antara yang terjejas teruk dengan isu arak ini adalah beliau sendiri selain PM, TPM serta pemimpin-pemimpin yang diagung-agungkan orang-orang Umno selama ini yang kononnya pemimpin mereka wara' dan tawaddhu'.

Dalam pada itu juga, Khairi menyalahkan pihak lain kerana memulakan isu ini dan beliau menegaskan ini bukan acara kempen Umno. Kalau kita lihat dalam setiap acara kempen yang menyentuh pasal peribadi ini dalam sesi kempen yang lepas pasti terbukti bahawa Umnolah yang suka bermain isu peribadi.

Hatta sekarang pun, untuk melemahkan mana-mana pati lawanya, Umno-BN akan menyerang peribadi pemimpinnya seperti Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Abd Hadi, Anwar, dsb.

So.... Umno nampak akan berundur dalam isu peribadi kali ini kerana menjerat leher mereka sendiri melalui Khairi.

Contoh serangan peribadi

Read more...

Umno Ubah Akta Pengangkutan Jalan Bukan Kerana Rakyat

Berita malam ini dengan gahnya konon Umno-BN adalah simpati dengan rakyat kebanyakkan justeru bersedia untuk menarik balik "Pindaan Akta Pengangkutan Jalan" yang telah dibentangkan dalam Parlimen.

Tindakkan ini hamba lihat tidak lebih dari permainan politik dengan mempergunakan undang-undang, bila nak buat dia buat je tanpa nak fikir masalah rakyat, bila nak hapus dia hapus je asalkan mereka rasa menguntungkan pihak dan politik mereka.

Hamba dok tilik dalam permainan undang-undang ini hanya sandiwara percaturan untuk meraih simpati terutama dalam perancangan kempen Umno-BN di Hulu Selangor ini.

Ini jelas kepada kita, akta ini ditarik balik bukan kajian mereka membebankan rakyat tetapi alasan mereka atas desakan dari kelab penyokong BN (BNBBC) mengenai perkara itu.

Harap pengundi-pengundi terutama Hulu Selangor mengajar Umno-BN dalam PRK Hulu Selangor dengan tidak memberi undu kepada mereka. Katakan dengan alasan rakyat bukan budak-budak untuk dikotak-katikkan dalam permainan politik atau hanya mendapat perhatian di musim pemilihan wakil rakyat sahaja.

Read more...

Siapa Yang Betul : Masyitah atau Jamil??

09 April 2010

Dalam menjawab pertanyaan Pokok Sena berkenaan stesen tv al-Hijrah, Masyitah menegaskan bahawa stesen tv al-Hijrah adalah merupakan syarikat BHD. bila diajukan pertanyaan tentang perbelanjaan, barisan lembaga pengarah dsb.

Tapi pihak Bernama melaporkan Jabatan Perdana Menteri menetapkan 10 petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai sasarannya tahun ini dalam usaha memperkasakan pentadbiran hal ehwal agama Islam negara termasuk dalam bidang pendidikan sosio-ekonomi umat Islam.

Jamil Khir berkata, stesen televisyen Islam, "Al-Hijrah" yang dikendalikan oleh JPM, kini dalam proses percubaan dan pelancarannya bakal dilakukan pada 7 Dis.

Ada sesiapa yang mungkin tolong jelaskan sekiranya ada pesamaan atau perbezaan dalam kes ini?

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP