"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

APAPUN BERLAKU, TETAP BERSAMA PAS

31 Oktober 2009

Senario politik semasa sangat cemas, tak kira pihak Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat, semuanya ada karenah tersendiri.

Walau apa yang berlaku kepada Pas, hamba tetap bersama Pas selagi perjalanan Pas dilandasan perlembagaannya yang mendahulukan Kitabullah dan Hadis Rasulullah S.W.T.

Pas yang hamba sentiasa bersamanya ialah sebuah organisasi yang terdiri dari Pemimpin hinggalah kepada ahli bersekutu, termasuk juga para penyokong yang bukan ahli.

Pas bukan hak individu walaupun setiap individu mempunyai pandangan masing-masing yang tidak terbatas. Pas bukan hak kumpulan tertentu walaupun kumpulan tertentu mempunyai hak untuk bersuara. Pas adalah hak semua.

Oleh itu, perjalanan Pas ditentukan oleh 'jemaah haq' seperti jemaah kepimpinan dan perwakilan muktamar yang dapat menentukan hala-tuju.

Demikian itu, Pas akan selamat dari perancangan jahat pihak dalam dan luar. Kerana dalam jamaah yang ramai sukar untuk mempengarui dasar dan matlamat Pas. Kiranya hanya individu atau kumpulan tertentu boleh menentukan perjalan Pas, ini sangat terdedah kepada ketidaksempurnaan atau tersasar. Demikian kerana, mungkin kelompok atau individu mungkin tesilap hitung fakta yang sampai kepadanya atau dipengaruhi pihak yang berkepentingan seperti seteru politik, ianya mudah berlaku.

Bagi mereka yang tetap dalam landasan perjuangan Pas, masih diharap tidak mengeruhkan suasana, kita serah keputusan yang telah dicapai, moga di sana ada petunjuk.

Masa inilah peluang petualang durjana mengambil peluang untuk terus mengucar-kacirkan saf kita sehingga kita berpecah dan menjadi lemah. Mereka akan ketawa terbahak di depan kita dikala kita rebah tersungkur. Saat itulah ada diantara kita yang menyesal setelah sedar diri diperalatkan musuh rupanya.

Ikhlas hati hamba, hamba tidak sekali-kali anti mana-mana juzuk individu dalam Pas dari peringkat tertinggi hinggalah bawahan.

Kiranya Hasan Ali dianggap menjadi subjek dalam kemelut ini, ia bukan merupakan penghinaan bahkan ianya pengiktirafan. Iktiraf keberanian dalam melaksanakan pembaharuan. Iktibar bagaimana panglima ulung Khalid al Walid dipecat tanpa beliau tahu dengan nyata kesalahannya, beliau tetap taat dan patuh kepada keputusan itu walaupun disindir oleh orang lain.

Read more...

Blog Membisu Mood Membeku Wadah Bercelaru

25 Oktober 2009

Entahlah sejak akhir-akhir ini mood untuk mencatat blog semakin berkurangan, mungkin faktor hambatan persekitaran yang terlalu mengekang masa untuk berbuat demikian.

Faktor tersebut tidak mungkin dapat membunuh mood keseluruhan, hanya mengucupkan sahaja.

Mungkin juga kerana mood berkurangan selepas PRK Bagan pinang! mungkin.... perkara ini tidak dapat dinafikan walaupun menerimanya hanya 1% sahaja tetapi bukan faktor utama.

Kesegaran mood sebenarnya banyak terganggu oleh sebab pertelingkahan pemimpin atasan yang umpama tidak berkesudahan sejak PRU yang lalu walaupun menyaksikan kemenangan besar di pihak Pakatan Rakyat serta kemerosotan yang ketara bagi Umno-BN.

Wahai pemimpin yang diamanahkan wadah perjuangan ini.... dengarlah!!!
Kami sebagai penyokong, kami sebagai pengundi, kami sebagai pemerhati, kami sebagai bersimpati, kami sebagai .... mempunyai inspirasi dan suara hati untuk kamu semua yang bergelar pemimpin.

Kecerdikan pemimpin dalam menangani isu ini amat mustahak, mana tiupan hikmah, mana saluran hak, mana sasaran pusar, mana tauladan, mana.... mana... yang kami harapkan.

Percaturan kepimpinan begitu pincang, walaupun pernah pengalaman hamba dalam mukhayyam tarbiah perkara ini yang amat dititik beratkan. Kepimpinan merupakan nadi wadah perjuangan ini.

Kami sebagai kami telah bosan dengan momokkan ini, dahan yang berpaut dirasakan akan serkah.... kami sedikit takut dan bimbang.

Wahai pemimpin!! buaian kemenangan sekarang ini kami mendodoinya, jangan dek kerana terlena buaian ditangan terlepas begitu sahaja.

Kami masih percaya, masih percaya kepada nakhoda dan kapal yang sedang kami naiki, kami yakin, yakin kemudi masih mampu berkibas menentukan arah, suara kami... inilah suara kami.

Usah bagi peluang musuh mengintai kelemahan kita dari luar, juga usah diracuni dengan musang-musang penyamaran, kerana mereka sangat licik dengan kraf-kerja mereka, sebelum mereka berpesta dari hasil kemusangan ini.

Read more...

Nasib Ibrahim Ali Terumbang Ambing

19 Oktober 2009

Nama Ibrahim Ali tidak asing lagi untuk kita terutama bagi ahli politik atau pengikut perkembangan politik semasa. Kini nama tersebut sekali lagi mendapat tempat dalam perbincangan umum politik oleh kerana permohonan untuk kembali semula ke pangkuan Umno setelah membuat onar dengan Pas Kelantan.

Beliau sedar dalam keadaan sekarang nasib seumpama telur di hujung tanduk. Terutama dalam PRU akan datang. Sebelum ini beliau mendapat ihsan dari Pas Kelantan untuk terus menetap di kerusi parlimen tetapi oleh dek kelantangan beliau terhadap Pas untuk memancing belas kasihan Umno maka beliau dianggap penderhaka oleh Pas serta mengkhianati amanah parlimen yang diwakili.

Ibrahim buat semua itu semata-mata untuk kepentingan politik beliau, kerana ia sedar tak mungkin ia bersama Pas dalam jangka waktu yang lama kerana apa yang diperjuangakan oleh Pas tidak sehaluan dengan kehendak dan cara beliau cuma untuk mempergunakan Pas semata-mata untuk mengekalkan kerusi yang ada. Dan beliau berjaya dalam misi yang pertama.

Dalam diam Ibrahim membuat permohonan untuk kembali kepangkuan Umno-BN bersama Perkasa serta kelantangan yang beliau anggap aset untuk digadaikan bagi mendapat perhatian Umno. Beliau cuba untuk meyakinkan bahawa beliau masih bersama Umno dalam banyak isu sebelum ini.

Tetapi, riak permulaan hasrat beliau untuk bersama Umno kembali telah menjadi sangsi kepada Umno sendiri terutama kesetian perjuangan Ibrahim selama ini.

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata:
"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang Pas," katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno. (mStar)

Bazlan juga cukup optimis dengan kemengan Umno akan datang:
"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang pada pilihan raya akan datang amat cerah," katanya. BERNAMA

Riak awal ini membawa petanda bahawa Ibrahim Ali tidak akan mendapat tempat lagi dalam Umno atau sekiranya diterima beliau tiada tempat selesa yang menunggu.

 Sekiranya Umno menerima kembali keahliannya cuma untuk meraih undi semata-mata kerana Ibrahim dikatakan masih mempunyai pengikut setia di belakangnya. Tambahan pula, perkara ini tidak mustahil berlaku, buktinya Umno sudah mula mengitar semula bahan antiknya memandangkan keyakinan Umno terhadap momentum yang berlaku di Bagan Pinang tempoh hari.

Juga Tidak mustahil kitaran semula bahan terpakai ini akan berlaku dalam sebahagian besar calon yang akan datang semata-mata meraih sokongan yang semakin merosot untuk Umno-BN berkira-kira melanjutkan lagi tempoh pemerintahannya menerajui kerajaan Malaysia.

Read more...

Bukan Menjawab Cuma Nak Cakap Jer

17 Oktober 2009

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

"Buat apa dia lari? Kalau dia kata apa yang dia tulis itu benar datanglah. Kita ada undang-undang oleh itu jawablah di mahkamah.

Kalau tak laridalam sistem sekarang dah gerenti ke "dalam"... yang ni kompom. Tengok la sendiri apa yang telah berlaku, tak payah ulas banyak hamba pun kalau boleh nak elak masuk "dalam". Kan tak pepasal jer,......

"Kalau lari maknanya dia tahu dia buat benda tidak betul. 

Kalau pun betul kena lari dulu kalau nak selamat sebab pihak bukan menyokong Umno.


Ditanya sama ada Raja Petra masih berada di Malaysia, Musa menjawab: "Saya tidak tahulah". BERNAMA

(mamat kalau mamat dah buat salah, ayah nak rotan mamat lari jauh-jauh, kalau ayah pergi kerja dan takder lagi kat umah baru mamat balik yer..... pesan mak munah kepada anaknya Jipam) 

Read more...

membunuh Demokrasi Mencemar Institusi

Ini dia Umno, inilah yang memamposkan orang melayu, yang menyempitkan pemikiran bila ada lagi karat-karat Umno yang berfikir yang semuanya adalah hak dia. Hatta kerajaan Malaysia pun hak Umno.

Wahai Yahaya Mat Ghani jangan ingat kerajaan Malaysia hak Umno, Kerajaan Malaysia adalah semua rakyat Malaysia bukan hak mutlaq Umno-BN. Umno cuma memegang tampuk pemerintahan sahaja buat masa ini, ia adalah amanah rakyat Malaysia bukan hak mak bapak Umno.

Kalau pihak pembangkang yang masuk permis atau bekerja dengan kerajaan pun apa salahnya sebab mereka pun rakyat Malaysia.

Merujuk pada kenyataan beliau :


"Dengan nada sedih dan kecewa terdapat kementerian dan agensi kerjaaan apabila ada surat daripada ketua-ketua cawangan, tidak pernah diendahkan dengan alasan politk tidak boleh masuk campur urusan kerajaan.

"Oleh itu saya harap lepas ini surat, pandangan dan tandatangan ketua cawangan diguna pakai," kata Yahaya Mat Ghani sambil menambah bahawa ia penting untuk memastikan sokongan mereka terhadap Umno.

Lepas ni buang lambang harimau kembar letak jer logo keris telanjang kat logo rimau tu.... apa la mabuk ni... mangkuk hayun tul la nak jadikan sektor awam hak mak bapak Umno punya.

Perkara ni pun dah berlaku... dan makin parah berlaku.

Read more...

Umno Semakin Galak

Sejak kemenangan Umno di Bagan Pinang tempoh hari manpaknya pemimpin-pemimpin Umno semakin galak berbanding dahulu. Kenyataan demi kenyataan yang banyak menggambarkan kegembiraan mereka dibuat. Seolah-olah tiada kekalahan yang pernah mereka tempuh.

Sebenarnya, Bagan Pinang hanya merupakan alat loncatan untuk Umno menggembirakan dari terus membungkam selepas PRU dulu. Umno cuba menggembirakan petugas, ahli, anggota dan pemimpin untuk terus bergembira bersama umno, dan mereka menganggap Umno takkan kecewa. Sehingga keluar kenyataan Najib 'jangan cepat talkinkan Umno' rupanya slogan ini diam-diam memberi tekanan kepada Najib dan Umno.

Kemengan Bagan Pinang juga kesempatan terbaik untuk menyembunyikan kesedihan kekalahan yang teruk sebelum ini untuk mereka menyatakan mereka gembira.

Harapan Bagan Pinang juga membuatkan Umno seolah bernafas semula biarpun ketenatan semakin ke penghujungnya. Sehingga Najib menggesa supaya ditambah ahli Umno untuk menjamin kemenagan Umno dalam era demokrasi yang berpihak kepada angka.

Kenyataan yang gembira ini bercelaru kerana semata-mata untuk sembunyikan kebimbangan mereka apabila Naib Presidennya menyanggah presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menzahirkan bahawa bukan jumlah yang penting semata-mata, tapi yang lebih penting dalam nilai politik itu adalah keikhlasan ahli-ahli Umno.

Buat masa ini, berbuih-buih mulut Najib ulang "inklusif" memang dia tahu, dia dan pemimpin-pemimpin Umno hidup dalam eksklusif dan tak mungkin bagi Umno untuk inklusif semata-mata memperjuangkan amalan karut dalam Umno.

Read more...

Bagan Pinang : Berita Gempar Drpd Ketua DPPP

08 Oktober 2009

Betul ker SMS hamba terima ni.... atau .....
ada kalangan sahabat yang boleh sahkan sms ini tak?! bunyinya :

Urgent : Keadaan semakin kritikal. Ramai ahli kita d pukul dan terbaru mlm ini markaz pemuda PAS pusat d bagan pinang tlh d ceroboh dan petugas d halau keluar. Demi Allah dgn nama jihadfi sabilillah ana selaku pemegang amanah sbg ketua DPPP mengerahkan seramai mungkin pemuda dari seluruh negara agar turun ke bagan pinang. Berkumpul d markas pemuda pas pusat jam 5 pm ini utk taklimat keselamatan. Tq. Tantawi KDPPP

( hamba salin 100% sebagaimana sms, termasuk penggunaan huruf besar dan kecil )

  • sila sahkan sms ini untuk mengelakkan provok atau perancangan pihak lain
  • kalau betul, hamba kira ia satu keputusan yang terbaik dari DPPP
  • apa pun ambil pandangan majlis syura dalam membuat sesuatu keputusan
  • hamba memberi sokongan penuh sepenuh penuhnya kepada DPPP

TAKBIRRRRRRRRR ALLAHU AKBAR...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read more...

Umno Panik Jika PRK Bagan Pinang Ditangguhkan

Harapan dan suara Pas-Pakatan Rakyat untuk menangguhkan PRK Bagan Pinang bertujuan untuk membersihkan senarai daftar pengundi yang didakwa bercelaru kerana berlaku pertindihan nama pengundi.

Respon SPR tetap menegaskan bahawa perkara yang didakwa oleh pihak Pas-PR tidak berlaku. Ini ada makanismanya untuk membuktikan bahawa dakwaan Pas-PR adalah benar.

Umno-BN pula panik dengan cadangan Pas tersebut, Muhyiddin memberi alasan bahawa Pas yang panik sebab tertekan.

Apa yang berlaku ini adalah sebaliknya. Jika betul Pas dapat menangguhkan PRK kali ini Umno bakal menghadapai masalah yang cukup besar dan rumit.

Tembelang Umno akan pecah dan membusuk kerana sekarang ini pun rekahan demi rekahan mengeluarkan baunya. Dari daftar undi, projek segera sebagai pancingan hinggalah kepada pengisytiharan keluar parti dari orang2 kar mereka.

Belanja yang dikeluarkan oleh Umno dalam PRK ini bukan sedikit, sekiranya tempohnya dilanjutkan/ ditangguh bermakna perbelanjaan akan meningkat. Semua jentera perlu dibayar upah kalau tidak mereka tidak akan bekerja. Sebagai contoh dari Johor, diceritakan oleh sahabat hamba, bagi pencacai bawahan hanya diberi makan dan minum percuma sepanjang berada di Bagan Pinang selama tempoh berkempen, manakala golongan berjawatan diberi bayaran RM100/hari.

Umno cukup bimbang, kebimbangan tahap maksima sekiranya Pas berjaya menangguhkan PRK ini sama ada melalui SPR atau injksi mahkamah. Mungkin Umno akan gunakan segala upayanya untuk menghalang ianya dari berlaku sebab itu Muhyidin amat panik dan bimbang.

Read more...

Calon Terbaik bagan Pinang

07 Oktober 2009

Dalam dok jangkit dari blog ke blog hamba terjumpa video ini hamba terharu dengan perjuangan dan jasa yang telah ditaburkan. Apakah hamba boleh menandingi ketinggian budi dan jasa?

Harap rakan taulan yang belum tengok sila tengok. Tiada sebab pengundi Bagan Pinang menolak Zulkefly Mohd Omar hanya orang-orang yang buta hati mereka sanggup menutup pintu hati dari menerima beliau.


Read more...

Ganjaran Tersepit Umno Untuk Berkempen

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan bukti bergambar ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk penyokong PAS.

Nampaknya senjata untuk melawan Pas-PR yang sedia dimiliki tumpul dan berkarat, lalu gambar Azeez merupakan senjata ampuh pada perkiraan mereka. Maka harga sekeping gambar mencecah RM1,000, kalau hamba ada gambar ini mungkin hamba jual RM100,000 itu pun kalau ada, kalau tak ada......??

Kalau tak ada nampak sangat Umno ni penipu dan pelakon murahan. Pernah dibangkit ketika PRK Terengganu Azeez pernah berlakon disana persis di Bagan Pinang ini. Kalau Azeez nak tolak dakwaan ini rasanya beliau kena bagi tawaran berlipat kali ganda. Mana tau kot "Adobe Photoshop" boleh bantu mereka.

Read more...

Apalah Ertinya Bulan Bahasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan Oktober ini.

Apakah ertinya bulan bahasa ini jika bahasa sendiri diinjak-injak, tidak pernah mendapat tempat yang sewajarnya. Lihatlah penggunaan harian kita dari perkara formal hingga perkara basahan harian tidak ada satu pun penggunaan bahasa Melayu/malaysia yang tulen.

Pihak Umno-BN sendiri yang menerajui kerajaan seoalah-olah tidak peduli dengan martabat bahasa melayu itu sendiri.

Buktinya, sekiranya kerajaan sekarang cakna dengan kepentingan bahasa yang diwar-warkan kenapa belum dimansuhkan sepenuhnya PPSMI yang mengucupkan kepentingan dan fungsi bahasa melayu itu sendiri. Ini bermakna Umno-BN tidak yakin dengan bahasa melayu.

Atau (andaian) ianya sebagai topeng untung meraih simpati bagi mendapatkan undi di Bagan Pinang, biar rakyat nampak kerajaan yang diterajui Umno-BN ini cakna dengan bahasa melayu. Kita semua sedar rakyat sekarang ramai yang celik politik berbanding dulu.

Kegiatan-kegiatan yang mengisi bulan bahasa tidak memberi sebarang makna yang besar kepada martabat bahasa, penerimaan bahasa seolah hanya di pinggiran. Hanya penghias bibir semata bukan sebagai fungsi yang penting dalam persuratan formal.

Sampai bila perkara ini berlaku.... sampai 2012?? atau dilanjutkan lagi!!!

Read more...

Halal 1 Malay

04 Oktober 2009

Kalau camni hamba nak sangat ngan ayam ni hehehe nampak cam best jer ayam ni erk?!! maklunlah ayam 1 malay.

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP