"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Duit Petronas HakKu dan hakMu Jua

16 September 2009

Berapa dia jual tu? wah rugi rupanya Petronas nak melabur dalam F1 ni.

15/09/2009 8:06pm

LONDON 15 Sept. - BMW telah bersetuju untuk menjual pasukan Formula Satunya kepada Qadback Investment berpengkalan di Switzerland, kata pembuat kereta dari Munich hari ini.

"Kontraknya telah ditandatangani hari ini," kata kenyataan BMW sambil menambah Qadback mewakili kumpulan keluarga yang berkepentingan di Timur Tengah dan Eropah.

"Pelabur yang kukuh akan mengambil alih pasukan berpangkalan di Hinwil. Wakil Qadback dalam pasukan itu diwakili oleh Lionel Fischer, seorang warganegara Switzerland,” tambah beliau. - Reuters

Read more...

Cuit-Cuit : Khir dan SPRM

Wow! hebat! Dr. Khir memberi kerjasama kepada SPRM dalam kes penyelewengan dana.

Cuit sikit boleh Dr. , Dr betul ke disiasat?! atau mengatur langkah strategi yang tidak menjadi untuk tumbangkan kerajaan PR kat Selangor?

Kalau setakat beri bil-bil tak semestinya disiasat, mungkin Dr bagi bil-bil yang telus, yang tak telus kira ditong sampahkan sahaja?

Hamba kata gitu bukan apa, dia sempat lagi sembang-sembang tu, apa yang disembangkan tu kalau bukan antaranya perkara di atas.

"Tidak sampai enam jam, (cuma) campur dengan sembang-sembang." kata Dr. Khir.

Dr juga mencabar pemimpin PR supaya memberi kerjasama dan laporan kepada SPRM untuk disiasat. Dr tahu ke, Dr dikatakan "disiasat" tapi kalau PR pergi "disiat-siat" tak sempat nak sembang-sembang malah ditendang-tendang.

"Kalau saya boleh pergi, kenapa (pemimpin) Pakatan tidak boleh? SPRM sentiasa profesional. Khalid, Ronnie Liu pun bila dipanggil, kena pergi. Jangan beri alasan.

"Kalau tidak salah, hendak takut apa?" kata Dr Mohamad Khir

Read more...

Cuit-Cuit : Pembebasan Tahanan ISA

Alahai! wayang sandiwara dulu-dulu keluar lagi, dulu zaman orang belek akhbar jer, jaringan maklumat lain sangat terbatas boleh la nak cong. Sekarang ni maklumat tersebar luas siap dengan analisis lagi.

Hisyammuddin umum nak bebas 5 tahanan ISA menjelang PRK Bagan Pinang dan tiada kena mengena dengan PRK tersebut.

Hamba nak ulas balik ayat-ayat blogger yang pernah hamba baca. Hamba cukup tertarik dengan hujjahnya. Kalau betul ISA ini bukan untuk kepentingan Umno-BN kenapa ramai yang menjadi mangsa ialah haluan kiri Umno-BN? seterusnya, kenapa pembebasan ada sempena-sempena? kalau ianya berbahaya kepada negara, kenapa sempena Najib naik tahkta jadi tak bahaya, kenapa sempena PRK bagan Pinang tak bahaya?? tentu ada sesuatu yang tak kena dengan ISA inikan??!!

Patut! mesti! semua tahanan menjalani pengadilan di mahkamah, dan ISA dimansuhkan serta merta.

Read more...

Cuit-Cuit : MB Pahang Takut Selsema Babi

MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan bahawa tiada rumah terbuka sebab nak elak Selsema babi atau H1N1. Betul la tu... gamaknya MB lain kena ikut macam dia sebab orang lain pun bila buat rumah terbuka nanti H1N1 merebak.

Nak cuit sikit ni, nasib baik la ada H1N1 yang dimangsakan sebagai sebab, banyak duit save sikit dan peluang untuk mengelak dan dibuat alasan.

DS Adnan sebenar takut.... takut sebab kerajaan Pahang tanah tumpah darahku dah muflis, saman berjuta-juta untuk kerajaan Pahang dan Umno-Bn Pahang. Siapa nak bayar tu??

Dia juga takut bersemuka kot nanti ditanya kemana perginya hasil mahsul negeri Pahang yang melimpah ruah. Balak, bijih, emas, kelapa sawit, getah.... uiuuiii banyak tuu nak bilang kat sini, hasilnya tentu banyak, tapi kenapa Pahang boleh muflis??!! jawab Tok Nan jawab...

Paling ditakuti oleh Tok Nan ialah selsema suara rakyat yang mempertikaikannya.

Read more...

Bagus Benar Hari Mengundi Pada Cuti Umum

15 September 2009


Kalau kita amati pilihanraya kecil sebelum ini SPR menetapkan tarikh pada hari bekerja. Apa helah disebaliknya hanya Allah sahaja yang tahu.

Mungkin kerana PRK sebelum ini manampakkan impak kekalahan yang besar ke atas Umno-BN, tapi kali ini mereka berpandapat kawasan mereka dan impak kemenangan memihak kepada mereka.

Hamba sedikit gembira bila diumumkan hari mengundi pada hari cuti ni, perkara positif yang paling utama kita dapat lihat ialah statistik pengundi pos di kawasan Bagan Pinang adalah terlalu tinggi hingga mencecah lebih 4 ribu, mencecah suku dari pengundi keseluruhannya.

Dengan angka tesebut dan hari mengundi pada hari ahad, pihak Pas-PR perlu membuat kempen, kempem yang dimaksudkan ialah "Kempen Balik Mengundi" yang menampakkan satu-satunya jalan untuk mengelakkan eksploitasi pengundi pos.

Walaupun tidak mencapai sasaran 100% pengundi Bagan Pinang PRKN31 yang balik untuk membuang undi, tetapi sekurang-kurangnya mencapai 50% sudah dikira berjaya.

Mengikut statistik perkembangan majori yang diperolihi Umno dari tahun 2004-2008 adalah menunjukkan penurunan yang mendadak. Pada 2008 hanya kira-kira 2 ribu undi yang menjadi majoriti. Tidak mustahil angka ini akan menjadi majoriti kepada calon Pas nanti jika Pas-PR dapat menjalankan kempen tersebut dengan jayanya.

Read more...

SPR : Undi Pos

Sempena denganpemilihan semula yang akan berlaku di Bagan Pinang pada 11 Oktober ini SPR memberi jaminan bahawa tiada pengundi hantu yang sebelum ini Khairi selaku ketua pemuda Umno mendakwa berlaku ada pengundi di PRK baru-baru ini.

Apa yang dangkalnya SPR ni ialah pihak Pakatan Rakyat pertikai proses yang dijalankan pada pengundi-pengundi pos bukan pada yang dilakukan terhadap peti undi, memang peti undi di bungkus cantik siap dengan pateri lagi tetapi yang diragui ialah pengundi-pengundi seolah-olah didedahkan kerahsiaan dengan mengisi borang sebagai pengundi pos yang kekadang pengundi hanya mengisi borang tetapi yang memangkah kertas orang lain. Ini pernah berlaku kepada sahabat-sahabat saya yang bermastautin di Sabah dalam PRU lepas. Mereka mendakwa tak pernah tengok pun kertas undi cuma isi borang jer pastu diberi duit. Inilah antara proses pengundian yang nampak tidak betul.

SPR perlu fikirkan cara yang lebih telus untuk merahsiakan identiti penundi pos tanpa mengisi borang yang boleh mendedahkan pengundi dan pengundian berjalan dengan disaksikan oleh wakil parti seperti undi biasa.

Sekiranya ini dapat dibereskan barulah Malaysia boleh dipandang positif oleh pihak dalaman dan luar yang mana hari ni Najib dok merayu kat duta-duta dengan mengatakan media luar memburukkan Malaysia.

Berikut adalah kenyataan mengelirukan seolah mengelak dan menepis untuk menutup strategi yang dimainkan oleh Umno melalui SPR ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof:

“Peti undi pos itu akan kita pateri dan ditandangani di atasnya oleh pihak iaitu SPR dan wakil daripada ejen parti yang bertanding.

“Beg itu dipateri, kalau dibuka. Tandatangan nak dibuka macam mana lagi...Kalau ada masuk benda lain, mesti tahu punya. Tak boleh tipu. Kali ini pergi tengok dan diperhati dengan betul. kemudian anda bagi tahu saya, di mana tempat dia boleh tipu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Read more...

SAMPUL DUIT RAYA UNTUK DIJUAL

11 September 2009

Ni kalau diedar terus ke negeri kan bagus senang nak dapat :D:D

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor ada menjual sampul duit raya yang direkacipta khas untuk kegunaan muslimat dan muslimat sempena Eidul Fitri pada tahun untuk mengisi tabung LPN PAS Selangor bagi menampung kos aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Tempahan melalui email saya sujaki@yahoo.com atau hubungi 019-2729152

Harga untuk 100 keping RM14.00 tidak termasuk belanja penghantaran.

Sila dapatkan segera sementara stok masih ada.

Harap dapat war2kan kepada sahabat lain.


Sujak Ibrahim

Read more...

Benarkah Konflik Malaysia Vs Indonesia

Sudah berkurun-kurun kita jiran tetangga hidup rukun damai seperti dua saudara yang saling memerlukan anrata satu sama lain dalam segala hal dan aspek kehidupan, sama ada ekonomi, politik, agama, sosial dsb.

Di sini juga, tak salah hamba suarakan pendapat hamba walaupun kemungkinan dangkal untuk diterima. Tapi sebagai salah seoarng yang berfikiran serta bebas menelah apa saja. Hamba baca konflik ini dari pelbagai sudut, antaranya sudut politik kepartian tanah air.

Tidak lain tidak bukan hamba nak kaitkan ia dengan Umno yang sekarang ini semakin terdesak yang mana terbukti dengan kukuh dengan kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya kecil yang berlaku.

Ringkasnya, perkara ini pernah berlaku ketika Umno di bawah Dr. M dulu, Malaysia dikaitkan dengan Singapura kalau kita semua masih ingat jet pejuang Singapura memasuki zon Johor dan perkara ini diekploitasi untuk membentuk kembali kepercayaan rakyat kepada Umno-BN serta menanam kembali dengan semaian itu bibit-bibit untuk mendekati BN.

Dalam isu konflik dengan Indonesia ini pun bukan mustahil kita buat telahan kiranya ada asas yang wajar, tapi ianya bukanlah fakta yang sohih hanya sekadar pandangan dan telahan semata.

Read more...

Funny : Gembira Minyak Naik

Kuala Lumpur , 1 Sept – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang dikunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu-pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari-hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Seorang ibu yang ditemui juga menyatakan terimakasihnya kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak. "Lepas ni anak saya yang selalu balik lewat malam akan balik cepat sikitlah. Taklah dia merayau-rayau sangat dengan kawan-kawannya. " katanya gembira. Beliau menambah "Suami saya pun dah bagitau nak berhenti merokok kerana nak pakai duit rokok tu untuk tampung beli minyak pulak."

Sementara seorang kakitangan kilang yang enggan namanya didedahkan berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru disebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapatlah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih-lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapatlah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya ditemubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang bekerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh , berkata,"Bahasa Malaysia , shaya tak tau shakap. Bos shakap `Merah', `Hizau' minyak lama, `kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh."

Read more...

Rugi Berniaga Dengan Umno

Memang lumrah, memang terkenal, berurusan dengan Umno umpama terjun ke lubuk duit. tapi tidak pada kali ini selepas menyaksikan kekalahan teruk Umno dalam PRU lepas.

Umno seolah-olah berpatah arang dengan semua petugas-petugasnya termasuk pembekal-pembekalnya apabila mahkamah membatalkan saman pembekal peralatan dalam pilihanraya umum lepas, lepas ni ada sesaper yang beradi keluar modal besar untuk bantu Umno ker.....??

Rakyat juga membaca isu ini ada kaitan dengan klik yang terbentuk dalam Umno sendiri, mungkin pembekal tersebut bukan klik yang kekal sekarang, tu klik lama yang terpaksa disingkirkan.

Saman RM218 juta terhadap Umno ditolak

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman berjumlah RM218 juta oleh sebuah syarikat terhadap Umno.

Hakim Anantham Kasinater, yang membuat keputusan itu dalam kamar, berkata permohonan oleh Elegant Advisory Sdn Bhd itu tidak berasas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam writ samannya, syarikat itu berkata ia telah membekalkan kepada Umno barangan pilihan raya dan penerbitan selain menyediakan pengangkutan bagi pilihan raya umum ke11 pada 2004.

Katanya ia telah mengemukakan invois berjumlah RM218,013,475 tetapi Umno gagal menjelaskannya.

Umno diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala peguam Ahmad Tarmizi Abdullah mewakili Elegant Advisory.

Read more...

Amacam? Boleh Saman Ker??

08 September 2009

Kalau begini kerja Umno-BN memperkudakan badan-badan awan sehingga sebegitu rupa untuk kepentingan dangkal sekaligus menipu rakyat di atas kemenangan yang diperolehi selama ini.

Amacam! perkara ini boleh ker di bawa ketengah agar ianya tidak berulang kembali dan merugikan Pakatan Rakyat sendiri kiranya perkara ini berteruskan sekali gus ianya mengucup kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang terbentuk hari ini kerana berdiri atas penipuan dalam pilihanraya.

Kiranya perkara ini tidak dibendung dengan cara yang sepatutnya, sampai bila pun hasrat PR untuk mengambil alih Putrajaya akan menjadi sukar atau tidak kesampaian.

Kalau setakat dedahkan kepada media, mainan media tidak kemana, media yang dikuasai Umno-BN lebih menyeluruh dan mempunyai tempat yang kuat untuk mereka menutup kedangkalan yang diusahakan oleh mereka.

Data berkenaan disalin dari kelab greenboc:

Sila semak secara ‘random’ nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

Read more...

Memang Umno Tidak Berwibawa Memerintah Negeri dan Negara

07 September 2009

Mengata Dulang Paku Serpih, Umno dah hilang arah, krisis dalaman dah semakin parah, sana sini sudah berpecah, sebab rakyat dah makin menyampah, umno sesuai sangat di bakul sampah.

Najib kata negeri pakatan rakyat tidak berwibawa, sebab dia terlalu gila, takut pegang PM tak sampai kemana, kalah PRU nanti baru padan muka.

Wibawa diukur dengan kepala lembu, umno ingat boleh jadi penentu, untuk dia bermodal dalam PRU, dalam PRK pun belum tentu, bila kalah terus dia lutu, kata buta dan hati batu.

Umno Pahang sangat wibawa, semua rakyat tanggung hutang berjuta, rakyat merempat walau negeri kaya, hasil bumi puak aku yang punya, itu saman tak dak hal sesama kita, janji umno yang punya angkara, semua perkara kira tutup mata.

Keranamu UMNO:setiap anak Pahang tanggung hutang!

Dari Malaysian Insider

Oleh Zukri Aksah

Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.

Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan perihal tindakan dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, yang menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana ingkar janji dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta.

Sebelum laporan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang juga telah diheret ke mahkamah oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) kerana tuntutan hutang penghakiman berjumlah RM63 juta. SGM diberitakan telah mendapat perintah mandamus bagi memaksa Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran ini.

Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta.

Terbaru, seperti didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.

Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini, menurut Azan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu.

Dalam pendedahannya, Azan menaksirkan bahawa jumlah keseluruhan saman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN, termasuk tuntutan dari pelbagai pihak ketika Pahang masih di bawah teraju Tun Khalil Yaakob, adalah dalam lingkungan RM5 bilion.

Bagi Azan, ini melambangkan sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN yang tidak bertanggungjawab serta memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya.

Azan tidak menjumpai alasan lain mengapa berlakunya sebegitu banyak tuntutan hutang terhadap Kerajaan Negeri Pahang, selain kerana masalah rasuah, kronisme, penyelewengan dana dan salahurus hasil negeri, sepanjang Pahang dikuasai oleh Umno dan BN.

Sementara kalangan pemimpin Umno dan BN mengumpul kekayaan dan mengagih laba dari kontrak demi kontrak yang diagih sesama sendiri, hak dan nasib rakyat Negeri Pahang diketepikan, keluh Azan.

Bila negeri mula menghadapi masalah, yang menjadi mangsa adalah rakyat, rakyatlah yang akan menanggung bebannya melalui kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.

Read more...

Bukti Umno Tidak Boleh Memerintah

Najib kata Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah, beliau contohkan apa yang berlaku di Selangor ekoran kepala lembu.

Dia nak melembukan rakyat dengan isu berkenaan.

Apakah kes terbaru di Sabah ini menggambarkan kewibawaan Umno memerintah??

Kes sebesar ini pun tak dapat dibandung Umno, kes warganegara ini sangat besar ertinya kepada kita rakyat Malaysia. Kita di semenanjung nak masuk sana pun kena ada permit, pendatang senang-senang dapat taraf warga negara..... apa punya biul Umno-BN ni.

JPN diminta perjelas dakwaan daftar Pati jadi warganegara

BERNAMA


TAWAU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diminta menjelaskan dakwaan sebuah parti pembangkang kononnya ada usaha daripada jabatan itu mendaftar pendatang tanpa izin (Pati) sebagai warga negara di Kalabakan.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, penjelasan dan siasatan itu perlu memandangkan beliau sendiri ada menerima aduan kononnya usaha pendaftaran berkenaan dibuat di Kampung Kalabakan Tengah bulan lalu.

Menurutnya, dakwaan itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan masyarakat tempatan kerana ia melibatkan pemberian kewarganegaraan kepada penduduk asing yang tidak berkelayakan.

“Kita harap dakwaan ini dapat disahkan kebenarannya pihak yang bertanggungjawab dan Ketua Kampung yang dikatakan terlibat dalam perkara ini juga perlu dipanggil untuk disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Sabah, Datuk Kong Hong Ming yang mendakwa wujudnya usaha mendaftarkan Pati di Kampung Kalabakan Tengah bagi mendapatkan MyKad, seperti yang disiarkan oleh akhbar tempatan, baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, Hong Ming mendakwa ramai Pati dari luar dibawa ke kampung itu menggunakan bas dan teksi untuk mendaftar dalam operasi yang didakwanya dijalankan kakitangan JPN Tawau dan Kota Kinabalu.

Read more...

Pakatan gagal tadbir Selangor : Tidak Berasas

Inilah bukti kenapa polis tak tangkap peserta demo kepala lembu, Umno-BN konon nak buktikan bahawa Pakatan Rakyat lemah memerintah Selangor dan negeri-negeri lain. Sebab itu Hisyam keluarkan kenyataan polis tak pilih bulu. Najib pulak menguatkan lagi dengan kenyataan kelemahan negeri pakatan.

Juak-juak Umno mula mencari habuan dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas. Demo kepala lembu yang dicipta sendiri dan dibesar-besarkan oleh mereka sendiri.

Pakatan gagal tadbir Selangor

BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun

-A. Kohilan Pillay

Pengerusi Gerakan Negeri Selangor

BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam

-Datuk Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

Ini membuatkan rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu berfungsi

-Profesor Dr. Ahmad

Atory Hassan

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia

Read more...

Polis Tidak Memilih Bulu : Tak Yakin Langsung

Kenyataan Hisyammuddin "polis tidak pilih bulu" amat disangsikan. Selama yang menjadi mangsa dan tangkapan polis hanya berlegar kepada rakyat yang tidak sebulu dengan Umno-BN sahaja. Bila melibatkan kepentingan Umno-BN polis buat-buat tak tahu sahaja. Kalau tahu pun dia kata kita akan siasat. Kalau golongan tidak sebulu ngan Umno polis terus siat-siat.

Kalau betul kenapa polis tak tangkap mereka yang bawa kepala lembu, bukankah ini sentimen agama yang membahayakan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan. Kenapa ISA tak guna? kenapa? atau kerana dalam kes ini ramai dari kalangan orang-orang Umno terlibat melembukan diri mereka dan untuk menjatuhkan kredebiliti kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat. Kononnya untuk menggambarkan bahawa kerajaan PR tak mampu untuk mentadbir-urus negeri apatah lagi negara, gitu ker?!!! sesuai ngan kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib.

Nampaknya Hisyam nak kaburkan pandangan rakyat sedang rakyat menyaksikan perlakuan polis yang diperkudakan oleh Umno-BN.

Read more...

Sultan dan Agama

Sultan merupakan ketua agama bagi negeri-negeri di Malaysia, manakala negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan akan bernaung di bawah panji Agung Malaysia.

Ini bermakna sultan dan agung berkuasa penuh atas urusan berkaitan keagamaan. Perkara ini tidak boleh disangkal kerana termaktub dalam perlembagaan.

Apa yang pelik, selama Umno memerintah, dan apa jua yang diperlakukan oleh Umno terhadap Islam tidak pernah kita dengar mana-mana sultan campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri di bawah pentadbiran Umno yang kekadang terang-terang menyentuh sensitivi orang Islam dan agama lain.

Bukan tujuan hamba untuk pertikai urusan keagamaan yang diperuntukkan kepada institusi kesultanan, tetapi hanya untuk merenung sejenak serta melihat kembali peranan sultan-sultan dalam mengambil cakna urusan agama negeri masing-masing.

Tahniah kepada Sultan Selangor yang nampak mengambil cakna dalam pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini bermakna PR tidak keseorangan dalam mengurus dan mentadbir hal ehwal urusan agama negeri tidak seperti negeri-negeri di bawah kekuasaan Umno-BN yang seolah-olah mengongkong institusi berkenaan.

Kita semua berharap Sultan Selangor memberi perkenan atas anisiatif Exco Selangor memberi kuasa kepada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di negeri itu untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor untuk menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam.

Lagi pun Datuk Dr Mohamed Hasan Ali masih dalam linkungan peruntukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Bermakna ia bukanlah merupakan perkara baru atau melanggar peruntukkan yang sedia ada.

Langkah ini dilihat dapat membendung gejala sosial nombor satu di Malaysia yang mengakibatkan gamitan kepada masalah-masalah yang lain terhadap masyarakat.

Read more...

Lembu-Lembu Di Selangor

06 September 2009

Selepas Pilihanraya Umum ke -12, kita semua menyaksiakan Selangor berubah arah. Pakatan Rakyat berjaya menawan hati pengundi-pengundi Selangor.

Semenjak dari itu, pelbagai kisah timbul. Paling tragis kisah lembu ni tak henti-henti, kesian kat lembu.

Kalau dulu heboh pasal lembu korban sampai SPRM (BPR) kalut ribut menyiasat MB Selangor bila Umno dakwa berlaku penyelewengan lembu-lembu korban. Isu ini pun masih dimainkan oleh lembu-lembu yang menyangka ianya modal untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat terutama MB Selangor.

Kali ini MB Selangor tidak keseorangan dalam kes lembu, dua Khalid terlibat. Khalid MB Selangor dan Khalid Samad. Lembu-lembu di Selangor tidak segan silu melembukan diri mereka dengan mengheret kepala lembu tanda membantah pembinaan kuil Seksyen 23 Shah Alam dengan mengarak kepala lembu ke bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor.

Tapi yang hairan kenapa lembu-lembu yang dok biasa tangkap pendemo tidak pula ambil anisiatif untuk menangkap lembu-lembu yang berkeliaran berdemo dengan mengheret kepala lembu. Bukankah ini memankan sentimen agama yang terlalu sensitif di negara kita?! mereka ini patut dikenakan ISA kerana sentimen ini, tapi kenapa lembu-lembu ni tidak pulak??!!

Pendedahan yang kita tahu, lembu-lembu yang berkeliaran ini rupanya ramai bukan lembu-lembu asal Shah Alam, ramai antara mereka memegang kandang-kandang kawasan lain antaranya dari Selayang dsb. nampaknya lembu-lembu ini terpilih, bebas kemana saja dia nak ragut, kandang mana dia nak masuk, nak ngaku kandang dia. Dia masuk kandang orang lain pastu dia berak dan terus tinggal.

Untuk lembu-lembu 1Malaysia, kalau nak tegakkan undang-undang biarlah secara keseluruhan, jangan biarkan lembu-lembu mengganas hingga habis semaian orang diragut oleh lembu-lembu yang tak tahu bahasa dan tak tahu malu.

Dulu dalam kes lembu SPRM jadi hero siasat sana siasat sini, PDRM pun sama. Kini PDRM cam tak kisah jer dengan sentimen ini dimainkan, mana ada tangkapan, SKMM pula kalut ribut ngan berita lembu.


Lepas ni video kat atas pun kena GAM lak kuahkuahkuah

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP