"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Tentera Dibebankan Umno-BN

29 Jun 2009

Tugas tentera untuk menjaga negara dan rakyat telah diperkembangkan kepada menjaga kepentingan Umno-BN terutama dalam pilihanraya.

Perkara ini bukan baru berlaku, bukan hanya dalam PRK Manek Urai sahaja. Bahkan ianya juga telah berlaku dalam PRU-13 baru-baru ini. Sebab itu Umno-BN telah pun mendapat gambaran walaupun kabur dalam keputusan sesuatu keputusan pilihanraya.

Ini diceritakan sendiri oleh mereka yang terlibat dengan gerakan ini. Kali ini Saudara Mahfuz Omar mempunyai bukti yang cukup untuk mendedahkan kelakuan songsang Umno-BN dengan menyalahguna kuasa yang diberi mandat oleh rakyat jelata.

Video di bawah sebahagian temubual bersama Mahfuz Omar :

Read more...

Fauzi calon PAS di Manek Urai

27 Jun 2009

Tahniah atas kepercayaan yang diberi kepada Fauzi, moga-moga kesinambungan kepimpinan ulama' terus terusan bertapak kukuh Manek Urai.

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

fauzi abdullah manek urai by election 260609Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Read more...

Pemimpin Umno Campuri Urusan Perkhimatan Awam

23 Jun 2009

Telah banyak kita dengar kes pemimpin Umno campuri urusan perkhimatan awam. Sepatut kerajaan memandang serius perkara ini kalau betul kerajaan hari ini memartabatkan hak rakyat.

Isu ketua jabatan mempengaruhi undi kakitangannya seperti berlaku di Terengganu lenyap begitu sahaja, dan banyak lagi isu lain yang melibat perkhidmatan awam disalahguna oleh pemimpin Umno. Seolah olah perkhimatan awam merupakan sayap parti yang boleh dikerah untuk kepentingan parti mereka (Umno).

Kes terbaru di Serkam, Jasin, Melaka. Pihak Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) telah membuat operasi di kawasan Serkam 2 hari lepas dan dapat menahan beberapa suspek untuk dibawa ke pejabat AADK untuk ujian air kencing. Tetapi amat malang sekali bila operasi tersebut bertukar menjadi pesta maki hamun YB, pengerusi JKKK dan penduduk kampung terhadap operasi AADK dan wartawan yang hadir semasa kekecohan berlaku.

Dalam operasi tersebut AADK terpaksa melepaskan dan memulangkan kembali kad pengenalan suspek. Apa yang mereka dapat adalah maki hamun dan cerca terutama dari pemimpin berkenaan.

Sepatutnya YB dan pemimpin kampung tersebut memberi kerjasama kepada AADK untuk membenteras dadah, tapi yang berlaku sebaliknya. Mungkin beliau kurang faham atau tiada pendedahan agaknya. Apapun tak patut la jadi gitu.

Hamba diberitahu oleh pegawai AADK yang bertugas, beliau sempat meminta bantuan polis daripada balai berdekatan. Tapi jawapan yang diberi menghampakan. Antara jawapannya "kampung ni memang macam ni encik, tak boleh buat apa, kejab lagi YB sampai la tu". Mamang betul jap lagi YB sampai ingat nak bagi kerjasama kepada pegawai AADK tapi sebaliknya.

Kejadian ni memaksa pengarah AADK Melaka turun padang jam 3 pagi untuk berjumpa dengan YB berkenaan.

Kalau begini situasinya, mana mungkin AADK akan sampai kepada sasaran untuk dadah sifar tahun 2015, kiranya masih ada pemimpin masyarakat yang bersikap demikian.

Hamba juga difahamkan oleh pegawai AADK berkenaan, suspek dalam kes tersebut adalah dari kalangan pemuda Umno kampung tersebut.

Read more...

Wala' Berjemaah Kecewakan Pemimpin Umno

Hari ini adalah merupakan hari yang paling ceria dan lega, walaupun petang ni Melaka mendung sikit tapi dek kerana berita yang menyatukan kesatuan fikrah dalam berjemaah menyelesaikan riak gelombang yang melanda kepimpinan tertinggi Pas dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Inilah suatu contoh hikmah yang ditunjukkan, sesuatu yang pada mulanya nampak seolah-olah parah tetapi sebenarnya memberi keampuhan kepada Pas. Konsep wala' dalam berjemaah telah ditunjukkan dengan jayanya. Hamba percaya, berita ini disambut perasaan lega dan bersyukur oleh pengokong Pas, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak. Kerana inilah yang dinanti-nantikan oleh kami sebagai penyokong gerakan parti politik Pas sejak isu ini timbul.

Setelah dengan rasminya TGNA mengumumkan penarikan balik perkataannya terhadap Nasha dan mesyuarat sebulat suara memadamkan api Kerajaan Perpaduan, dianggap semuanya sudah selesai.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Kalau berita ini sangat mengembirakan kita, sudah tentu ada pihak yang tidak senang menerimanya. Dahan harapan untuk berpaut sudah tiada lagi. Nampaknya, Umno-BN akan menerima suatu tamparan hebat, mereka akan terus terumbang ambing menentukan strategi untuk terus mendapat sokongan rakyat selepas ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka yang mencadangkan. Dalam usaha membangunkan negara, kita tak boleh putus asa kerana apa yang penting ialah masa depan negara," katanya.

Tu dia, kita tengok bagaimana tingginya harapan pemimpin-pemimpin Umno kepada Pas, mereka tahu sekarang ini hayat mereka dah nak habis. Hamburlah apa kata sekalipun, janji saf kepimpinan kita teguh bersatu. Jangan lupa mungkin akan banyak lagi hamburan yang akan kita dengar dari pemimpin Umno yang lain.

Mereka dalam keadaan tenat, penyakit mereka tak sembuh-sembuh. Umno Terengganu semakin parah, Perlis sudah pun sampai ke penghujung hayat bila sah cawangan PR tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Itu cerita dalaman Umno, belum kita tengok sanyap BN lagi yang sudah nampak tak ada perpaduan antara mereka, isu SAPP, MIC, Gerakan dll. tapi tak usah banyak cerita kisah dalam kain dia orang la yer.....

Inilah hikmahnya, tahniah atas sikap penyokong Pas yang tidak melenting dan masih memberi wala' sepenuhnya dalam isu ini. Akhirnya Allah S.W.T. tunjukkan jua jalan terbaik untuk wadah yang ditempuhi ini.

Read more...

Najib: Sarawak dan 1Malaysia

22 Jun 2009

Nafas tercungap-cungap seolah-olah tak cukup oksigen untuk bernafas, kemuncak umpama semakian menjauh, mana lagi nak cukupkan tenaga setidak-tidaknya untuk terus bertahan.

Semenanjung kini bukan lagi menjadi hak milik mutlak Umno, di sini bukan lagi harapan untuk meneruskan kesinambungan. Perlu ada ikhtiar baru untuk teruskan rantaian ini.

Sarawak dan Sabah merupakan medan baru untuk meneruskan rantaian ini, pihak PR belum lagi dapat meneroka mutiara yang terdapat di Sabah dan Sarawak, sedang di sini kerusinya cukup untuk menampung sesebuah parti politik untuk terus mendapat majoriti di Parlimen.

Sebab itulah DS Najib lebih tertumpu kepada Sarawak dan Sabah, sehingga beliau sifatkan Sarawak sebagai contoh amalan konsep 1Malaysia.

"Saya merenung kembali perpaduan yang ditunjukkan yang saya lihat pada dua hari yang lalu. Malah sebelum saya menjelaskan nilainilai dan unsurunsur 1Malaysia, ianya telah lama diamalkan oleh rakyat Sarawak, sama ada mereka yang tinggal di pekan dan bandar yang telah maju atau di rumah-rumah panjang tradisional dan kampungkampung tinggalan nenek moyang mereka.

"Pada masa yang sama, saya memikirkan akan pentingnya memastikan keduadua kerajaan persekutuan dan negeri berganding bahu meneruskan usaha untuk membangunkan semua daerah di Sarawak untuk mencapai matlamat dan citacita, seperti yang dibincangkan dengan Ketua Menteri Sarawak," katanya.

DS Najib mungkin merasakan bentuk muka bumi Sarawak yang membuatkan ianya memberi kelebihan kepada parti pemerintah, mereka boleh gunakan pelbagai kemudahan untuk berjumpa rakyat atas alasan urusan kerajaan. Atau memang ramai lagi rakyat Sarawak yang tidak terdedah dengan perkembangan semasa selain melalui tv dan radio sebagai lidah rasmi Umno-BN.

Satu lagi yang hairan ngan 1Malaysia, kalau kata 1Malaysia ini adalah kesinambungan dari konsep yang terdahulu kenapa nak dijenamakan semula, perlukah ia?!! atau seperti sardin cap ayam yang tidak mendapat sambutan baik dari pembeli terus tokeynya tukar jenama dari sardin cap ayam kepada sardin cap itik untuk memberi harapan baru atau untuk mengaburi penerimaannya.

Read more...

Perang Saraf Umno Dikira Berhasil

17 Jun 2009

Kita digemparkan dengan berita "Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS" hari ini, hamba tak pasti sama ini hanya permainan lidah akhbar atau ianya memang sesuatu yang betul serius dan benar dari TGNA sebagai Mursyidul Am Pas.

Kalau ini benar yang keluar dari kenyataan TGNA sendiri bermakna Pas sekarang yang sedang menghampiri PRK Manek Urai sedang berkecamuk hasil provokasi pihak lawan terutama bila dada akhbar meletakkan tajuk utama "PM Percaya Pas Ikhlas" telah berhasil memecah-belahkan pendokong dan penyokong Pas.

Dalam hati hamba kini dok berdoa, moga-moga ianya hanya satu helah lidah akhbar dan bukannya sungguh-sungguh berlaku.

Jari dah bengkok nak taip banyak nak ulas banyak. Sambil kepala dok pikir apa kesudahannya nanti. manek Urai merupakan medan harapan Umno untuk memulih semangat kenapa kita seumpama memberi harapan kepada orang zalim yang nazak??!!.

Malaysiakini
Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

nik aziz angry 170609"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Read more...

Perlantikan Halimah harap Memberi Nafas Baru

16 Jun 2009

Halimah Sadique merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai pengerusi LPKP diharap dapat memberi nafas baru kepada LPKP.

Halimah Sadique menggantikan Markiman Kobiran yang meletakkan jawatan pada 10 Jun lepas.

Pelantikan Halimah yang berkuatkuasa sertamerta itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di pejabatnya.

Kita tidak mahu lagi melihat jalanraya sebagai litar yang menyabung nyawa bila mengekori atau berselisih dengan "gajah-gajah besar" yang tidak mengikut peraturan dan membuta-tuli.

Kita juga tidak mahu lagi talian aduan LPKP hanya sebagai hiasan di dinding-dinding kenderaan tanpa ada sebarang fungsi kepada orang awam yang membuat panggilan dan aduan.

Cukuplah tangan-tangan hitam bawah meja meraba-raba habuan dari kumpulan "gajah-gajah besar" ini, kita yang jadi mangsanya.

Kita percaya dengan pemilihan dan perlantikan Nazri Aziz untuk memperbaiki sistem persembahan perkhidmatan awam kepada yang lebih baik.

Read more...

Dendam atau Dihantui Ahli Parlimen Digantung Sidang

15 Jun 2009

Tidak sampai beberapa ketika DS Nizar mengangkat sumpah beliau digantung oleh Pandikar Amin sebagai hukuman yang disifatkan berkelakuan kasar dalam dewan.

Hamba ingat ianya suatu dendam kesumat Umno-BN sebagai balasan kepada apa dilakukan oleh DS Nizar dan speaker Dun Perak tempoh hari menggantung MB haram dan kunco-kunconya.

Atau Parlimen yang dikuasai Umno-BN takut hantu demokrasi yang dibunuh kejam setelah diperkosa di Perak yang kini bayangnya di bawa ke Parlimen oleh DS Nizar.


(ArRisalah)

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Read more...

Pas Jangan Ambil Mudah Di Manek Urai; Umno Tetap Punyai Pukulan TKOnya

10 Jun 2009

Setelah pemergian al-marhum Haji Ismail Yaacob,60 pada 22 Mei tempoh hari, kerusi yang ditinggalkan beliau menjadi pertaruhan antara Pas-PR dan Umno-BN untuk mengisi kekosongan yang ada.


Sudah tentu Pas ingin mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai ini sekali gus mengekalkan prestasi melonjak yang dicapai dalam PRU baru-baru ini.

Bagi pihak pembakang pula ingin mencuba nasib kalau-kalau ada harapan untuk menembusi kubu kuat Pas kali ini setelah dimalukan di Penanti apabila tidak mencalonkan untuk bertanding di Dun Penanti.

Sudah tentu bila Umno memperjudikan nasib untuk menang, mereka akan menggunakan keputusan ini nanti sebagai kayu pengukur untuk PRU akan datang atau menilai kekuatan dan kelemahan dalam Pas dan Umno itu sendiri.

Hamba berharap, dalam PRK Manik Urai (PRK MU) ini Pas tidak mengambil mudah dalam semua aspek. Kerana ianya akan memberi impak yang besar kepada Pas dan penyokong Pas selama ini.

Tahniah buat petugas PRK MU yang telah memulakan kempen awal mendahului Umno, tetapi perlu ingat, secara umumnya Umno sedah pun berkempen walaupun kelihatan mereka masih terkial-kial untuk berkempen. Buktinya :

1. Semua jentera tunggangan sudah pun mengambil posisi masing-masing seperti televisyen, akhbar, penerangan berkala, dsb.

2. Terus memanupulasikan isu "kerajaan perpaduan" antara Pas-Umno, yang mana isu ini nampak seolah-olah ada bibit perpecahan serta tidak berpadu antara pemimpin Pas sendiri dan kekeliruan pada kesefahaman Pakatan Rakyat. Mereka boleh meraih kuasa politik yang menegak jika terus memanipulasi isu ini kerana kekeliruan ini amat memberi kesan kepada pendokong dan penyokong Pas secara khusus dan PR secara umumnya.

3. Pihak kerajaan Umno-BN terus menyanang isu bahasa inggeris yang akan diwajibkan dalam matapelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Isu ini digembeling secara terurus dan sistematik serta menampakkan keterbukaan kepada semua rakyat untuk memberi pandangan dan kritikan terhadap hasrat ini. Walaupun kita semua tahu bahawa kiranya kerajaan Umno-BN ingin laksanakan, mereka tetap akan laksanakan juga dengan apa cara dan helah seperti melupuskan kenderaan yang berusia lebih 15 tahun dengan cara menghapuskan insuran 3rd party dengan menggantikan komprehensif yang rata-rata menyaksikan kenderaan melebihi 15 tahun mengalami kadar bayaran insuran yang tinggi dan ini membebankan ramai pengguna. Secara maknawinya, isu mewajibkan BI dalam SPM dan menghadkan jumlah matapelajaran ini adalah salah-satu cara untuk mengaburkan sekali gus menutup isu PPSMI yang memihak kepada perjuangan PR dan memberi tekanan kepada Umno-BN. Laba ini dapat dilihat dengan penyertaan bersama ahli-ahli sasterawan negara dapat duduk sebumbung, berjalan seiring, sama melaungkan slogan keramat dengan PR dan kesedaran rakyat berkenaan fungsi serta matlamat bahasa mereka.

Jika pembakang (Umno) dapat merebut kerusi dalam PRK MU kali ini, mereka seolah-olah mendapat kemenangan berganda kerana dapat menipiskan prestasi Pas Kelantan yang diukur dalam PRU lepas. Inilah harapan mereka.

Sekurang-kurangnya Umno bermimpi untuk meningkatkan jumlah peratus undi yang diperolihi berbanding pilihanraya lepas, jika ini menjadi satu kenyataan kepada mereka, sudah cukup untuk mereka merayakan kemenangan.

Dalam situasi ini, hamba sangat berharap Pas tidak ambil mudah dalam PRK MU ini. Pas perlu mencipta peluang lagi dan lagi tidak hanya sekadar bersandar pada apa yang telah ada. Hamba juga sangat bersetuju dengan kenyataan Mustafa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas dalam isu kerajaan perpaduan ini agar semua spekulasi, kenyataan, dan perkara berkaitan yang kabur tidak terhambur keluar dari mulut pemimpin PR terutana pendokong Pas sendiri.

Keputusan PRK MU ini juga memberi kesan besar kepada hasrat Pas untuk terus menjadi teras utama dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dibangkit dalam sidang Muktamar ke 55 baru-baru ini. Jangan meletakkan Pas hanya melukut di pinggiran pakatan, dengan kemenangan ini membawa dan membuktikan Pas boleh menerajui pakatan dengan membawakan misi dan visi perjuangan yang berasaskan dakwah Islamiyyah dalam siasah semasa terutama di tanah air kita.

Read more...

Ibrahim Ali Bina Empayar

09 Jun 2009

Bila sedar yang dirinya tidak lagi mendapat tempat dikalangan pemimpin dan penyokong Pas Kelantan kini Ibrahim Ali cuba membina empayarnya sendiri. Beliau cuba membina bahteranya sendiri dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Perkasa.

Beliau sedar, kalau bukan sekarang masa membina empayar, PRU akan datang sudah tentu beliau akan tersungkur menyembah bumi.

Buat masa ini nak masuk Umno pun tak diterima, jadi terpaksalah menjadi nakhoda kerdil mengemudi bahtera yang kabur destinasinya.

Pernah beliau sifatkan bahawa tunjuk perasaan jalanan adalah bukan budaya kita, meraih politik murahan. Kali ini beliau terpaksa melakukan itu semua untuk terus menjadikan dirinya popular dikalangan rakyat Kelantan yang bakal memilihnya dalam PRU akan datang.

Inilah nasib yang rata-rata mengatakan beliau sebagai "katak", melompat terhantuk dahi, landing atas tahi.

Dalam keadaan begini pun beliau masih lagi ingin campuri urusan kepimpinan Pas di Kelantan, mungkin bagi beliau kepimpinan yang ada sekarang ini tidak lagi memberi sokongan dan peluang kali kedua untuk beliau dalam PRU akan datang.

Apa la nasib kau Brahim, lampat la sebolehnya.

Hamba selitkan berita beliau buat tunjuk perasaan murahan semata meraih politik murahan, kalau dia buat atau tak buat tunjuk perasaan pun tak ada apa-apa bagi Najib. Beliau hanya katak, digilis lori, mati katak jer.

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengetuai kirakira 2,000 orang anggota Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Pusat Khidmat dan Membela Rakyat mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah uraura untuk membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng kembali ke negara ini.

Demonstrasi secara aman itu bermula kirakira pukul 1 petang hari ini dengan turut mempamer kain rentang yang mengutuk keganasan Chin Peng.

"Saya menyokong keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang kerana beliau sudah dianggap sebagai pembunuh dan pengkhianat bangsa," kata Ibrahim yang juga presiden MTRK kepada pemberita kemudiannya.Beliau berkata isu tersebut sepatutnya tidak timbul.

Isu untuk membawa pulang Chin Peng dicetuskan semula oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan barubaru ini atas dasar kemanusiaan dan menganggap bekas pemimpin kanan parti komunis itu yang kini tinggal di Thailand tidak lagi mengancam keselamatan negara.BERNAMA

Read more...

Kebimbang sudah Berputik, Racun Sudah Menular

08 Jun 2009

wow! wow! wow! panas... panas...
Apa sudah jadi, macam-macam fitnah, andaian, tuduh menuduh, provokasi, entah apa-apa lagi yang berlaku sempena ngan Muktamar Pas kali ini. Hamba ingat Umno jer yang kalut ribut, rupanya pas pun tumpang sama ngan situasi ini, huru hara dibuatnya.

Apa kejadahnya korang dok hentam tak tentu hala kepada pemimpin walaupun bukanlah mereka tu maksum, seolah-olah ada agenda pulak nak menaikkan seseorang dan menjatuhkan seseorang. Lebih parah lagi bila sebarkan pelbagai keburukkan, yang lakukan ini kebanyakkannya dari orang-orang yang mengaku Pas sendiri.

Kenapa agaknya perkara ini berlaku? mungkin tarbiyah Pas tidak sehebat dulu. Kalau dulu Pas hebat dalam tarbiyah ahli-ahlinya, usrah berjalan dengan teratur disetiap peringkat, tapi sekarang ni kebanyakkan ahli-ahli Pas tidak merasai zaman tersebut.

Kebimbangan sesetengah pihak terhadap peluru musuh yang sentiasa menembak sekarang sudah ada yang mengena agaknya, musuh tidak akan berdiam diri, mereka akan sentiasa memuntahkan peluru ke sasaran kita. Inilah saat dan ketika yang paling baik untuk mereka menyerang kita sedang kita dok kalut dengan urusan sendiri.

Bila akhbar keluarkan kenyataan sesetengah pemimpin kita ada yang melenting kata pemimpin tersebut ada agenda tersembunyi, taukah kita bahawa peranan akhbar memang nak memecah belahkan kita dengan apa cara sekalipun.

Tidak terlepas juga desas desus Task Force 2010 yang konon melibatkan pemimpin kita, buat apa nak besarkan perkara ini, sedangkan berita belum tau benar atau tidak, kan kita di ajar menyelidiki setiap berita yang sampai kepada kita supaya tidak ada pihak yang terinaya.

Pasal Ulama' dan Profesional pun nak jadikan isu besar, hamba tak paham tul.

Umno-BN dah nak hancur, dah nak masuk lubang, mereka akan berusaha untuk menarik Pas untuk hancur bersama, kalau masuk lubang, masuk bersama. Apa-apa hal Umno ni memang tak boleh diharap, tempat bermaharajalela individu yang tamak. Mereka tidak akan senang melihat orang lain meraih kemenangan kerana ini soal survival politik mereka, soal kocek mereka bukan soal rakyat, bukan soal kejujuran pada hati sanubari mereka.

Sepatutnya kita sedar perkara ini, perkara yang amat besar, perkara yang melibatkan soal agama, bangsa, budaya kita yang kita perjuangkan.

Racun yang diadun dalam makanan Pas semakin menular bisanya, kalau perkara ini tidak diubati segera, hamba yakin dan percaya usaha Pas selama ini akan terkebelakang tidak akan meningkat naik malah memenatkan kita dalam gerak-kerja selama ini.

Dari itu, sifat dan sikap bertolak ansur, faham-memahami adalah amat penting.

Pihak luar sudah ketandusan untuk menyerang kita, dari itu mereka akan mencuba sudut menyerang pemimpin melalui pihak mereka dan menggunakan pihak kita ( instrumen dalaman Pas ). Mereka tidak berdaya lagi menyerang dasar dan perlaksanaan Pas yang sudah terbukti berjaya hari ini.

Kalau kita amati dipersada dada akhbar, seolah-olah pemimpin kita tidak mempunyai kesatuan hala-tuju, masing-masing buat kenyataan dan berpendirian sendiri, ini memang kerja mereka nak hilangkan rasa hormat dan kepercayaan ahli Pas kepada pemimpin Pas itu sendiri.

Apa pun, terpulanglah kepada korang nak buat camana, hamba tetap hormati kebebasan perpendapat, ini pun hanya pendapat dangkal hamba. Moga-moga perjuangan Pas tidak tersasar dan sentiasa maju dan terus berjaya dengan dokongan dan sokongan padu kita semua.

Read more...

Stadium Terengganu Runtuh

02 Jun 2009

Hari inisatu lagi runtuhan berlaku di Malaysia. Kali ini Stadium Terengganu yang dibanggakan telah menyembah bumi.

Hamba dalam program candat sotong kat sini kebetulan mendapat berita.

Sebahagian bumbungnya telah runtuh yang mengorbankan 4 orang dan memusnahkan beberapa buah kereta.

Ini berita awal yang hamba dapat,korang nak tau lebih lanjut baca la akhbar lak

ok jim candat sotong lak....

opss tambah sikit, hamba dapat maklumat stadium segera ni di bina dengan menggunakan bahan binaan yang murah dan tak ada kualiti, mungkin kerana barang yang sebenar lambat sampai atau ini satu projek kroni yang menguntungkan poket2 tertentu sahaja.

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP