"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Tajol Ambil Tanggungjawab, Yang Lain Bila Lagi??

31 Januari 2009


Hamba ada terbaca artikel yang ditulis oleh Wan Nordin dalam Harakahdaily yang bertajuk Tajol dipertanggungjawabkan, bagaimana dengan Najib? Hamba ucapkan tahniah kepada Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali kerana mengambil tanggungjawab atas kemasukan Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Dalam senario ini, hamba rasa ramai lagi yang patut ikut jejak langkah Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali dalam perkara yang serupa. Hamba sifatkan beliau ada sifat bertangunggjawab yang tinggi kepada apa yang beliau dokong.

Dalam hal ini hamba berpendapat antara mereka yang patut mengikuti jejak langkah Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali ialah:

1. Perdana Menteri - Dalam PRU 12 baru-baru ini 5 negeri jatuh ketangan PR, serta Wilayah Persekutuan hanya memenangi 2 kerusi. Jadi kepimpinan sekarang tidak dapat menarik minat rakyat untuk memilih mereka atas apa jua sebab.

2. Tim. Perdana Menteri - Seperti sedia maklum TPM adalah merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk meneraju PRK KT tempoh hari dan kalah dengan teruk dalam sejarah PRK sekali sekali gus merobek maruah BN/UMNO di mata umum.

3. Mantan MB Selangor - Negeri Selangor merupakan negeri yang banyak hasilnya, teguh keBNan dan keUMNOannya, tetapi jatuh ke tangan PR dalam PRU 12.

4. Mantan KM Penang - MCA/BN tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat Pulau Pinang sehingga jatuh ke tangan PR.

5. Dan beberapa individu-individu lain yang gagal dalam kepimpinan dan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat tetapi hanya mempunyai kuasa dan wang sahaja untuk mereka bertahan.

Zaman ni adalah zaman pelupusan berteknologi tinggi yang tidak mencemarkan alam sekitar, mana-mana yang tak boleh pakai lagi baik hantar ke pusat pelupusan secara berkala supaya tidak mengganggu rakyat dengan kebusukan dan kesampahannya.


Read more...

Keluarga PAS Belum Bebas dari Sifat Asobiyyah

28 Januari 2009


Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (PRK KT) menyaksikan banyak peristiwa sama ada sebelum, ketika berkempen dan selepas pilihanraya. Tahniah kepada PAS memenangi PRK KT dengan majoriti yang besar kalau dibandingkan dalam PRK sebelum ini dalam sejarah.

Hamba nak korek semula senario yang berlaku sebelum PRK KT untuk diperbaiki kiranya ianya salah, diperbetulkan minda dengan cara tanggapan yang betul untuk sama-sama merasai suatu zaman yang betul-betul cemerlang dengan pemerintahan yang bertunjangkan Islam. Hamba percaya dan yakin sebelum zaman ini dinikmati ia bermula daripada setiap anggota masyarakat atau sebahagiannya, lebih-lebih lagi dari kalangan pendokong gerakan ini.

Perkara yang hendak diketengahkan pada kesempatan ini ialah unsur-unsur sifat dan sikap asobiyyah dalam PAS semasa pemilihan calon baru-baru ini menampakkan ciri-cirinya yang sedikit mencubit dasar PAS sendiri pada pandangan hamba.

Apabila TGNA mengeluarkan kenyataan di bawah atas dasar pendapat peribadi bukan keputusan mesyarat itu bukan persoalan utama bagi hamba.

Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau tidak dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang.
“Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang seperti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti.”

“Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,” ujarnya.

Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing.

“Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,” ujarnya.

Bibit ini timbul apabila Pemuda Terengganu mengeluarkan kenyataan berikut:

”Dewan Pemuda Pas Negeri menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu terus dikekalkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan atas alasan beliau adalah ‘orang luar.’”

Dalam kenyataan ini penolakkan adalah berdasarkan ”orang luar” bukan anak Terengganu. Bukankah itu satu bentuk asobiyyah?!!!!

Atau Dewan Pemuda PAS Negeri cuba melebelkan rakyat Terengganu sebagai asobiyyah???!!! atau ada agenda lain yang kabur..... wallaahu ’a’lam usah kita beranggapan jauh.

Apa yang pasti sifat dan sikap ini mempunyai ciri-ciri asobiyyah yang perlu dikikis dalam minda setiap ahli PAS lebih-lebih lagi pendokong PAS kerana ianya bertentangan dengan dasar PAS yang memperjuangkan agama Islam tanpa mengira bangsa, bahasa, negeri, dll. Hamba rasa para pendokong lebih faham dengan dasar yang diperjuangkan oleh PAS.

Hamba rasa cukup takat ni, nanti lebih-lebih lagi banyak yang tersasul. Bukan tujuan hamba menyumbat cili ke dalam mulut mereka, tetapi kekadang kalau makan terasa pedas-pedas berselera dibuatnya dan lazat rasanya.


Read more...

Hasrat Datuk Seri Khir

24 Januari 2009

Baru-baru ni hamba ada terbaca tentang hasrat Datuk Khir untuk untuk memulihkan imej dan kredibiliti parti beliau dengan mengemukan beberapa perkara di bawah ni....

"Daripada segi ekonomi pula, Dr Mohamad Khir berkata dua perkara perlu diberi tumpuan iaitu merapatkan jurang pendapatan antara rakyat tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang kualiti hidup antara rakyat."

Hamba rasa cadangan untuk merapatkan jurang ekonomi rakyat malaysia sangat baik dan murni, tapi jangan hanya diperjuangan berjadual saja, maksud hamba bila jadual pilihanraya atau pemilihan. Sebab kalau tak silap hamba dah lama hamba dengar banyak orang kata gitu sebelum ni... tapi tak kemana, hamba dok pikir-pikir hasrat Datuk tak akan berjaya, kalau nak berjaya Datuk kena bagi peluang kepada orang lain untuk laksanakan hasrat ni.... hamba yakin hasrat Datuk ni tercapai kalau Pakatan Rakyat yang laksanakan, sebab parti Datuk dah lama cakap tapi tak jadi-jadi. So... amacam Datuk??!!! ada berani dan ikhlas nak realisasikan hasrat ni...

Tengok kat bawah ni, camana agaknya nak rapatkan jurang pendapatan yang kita pun tak pernah terpikir income sebanyak ni yang hamba kutip dari rakan blogger:


Hamba pun tak pasti tul ke tak, tapi korang boleh nilai sendiri laa, ni baru sikit kot kalau nak dibandingkan dengan ketirisan dan kebocoran yang lain.

Korang jangan jeles ngan jumlah tu... korang nak kaya gak buat cam diaorang buat, kalau taknak! berpuas hati lah apa yang dimiliki sekarang.


Read more...

Lembu oh Lembu

22 Januari 2009

Lembu oh Lembu.... ko pun dah mati kena korban, mulianya mati ko. Tapi kita belum tentu boleh mati bekorban dalam agama, malahan yang mengorbankan agama terlalu banyak.


Hamba rasa Datuk Seri Khir ni sudah ketandusan idea yang besar untuk diwawarkan kepada umum bahawa kerajaan Selangor hari ini pun banyak melakukan kesalahan dan kelemahan. Bagi hamba kesalahan tetap kesalahan takkan boleh jadi betul. Tapi biarlah yang dicanang tu setanding dengan isu yang dibawa. Hamba ingat MB Selangor beri saham kepada kroni atau kerabat rupanya kes lembu korban jer......
Agak-agak kalau Kerajaan Selangor dedahkan kepincangan yang Datuk Seri Khir buat dulu camana??? siap ngan bukti dokumen, tak ker haru biru muka Datuk Seri Khir.
Ni sampai MB Selangor kena kosongkan jawatan kes lembu korban, apa kata Dato Khir syorkan pada kes yang lebih besar yangmana melibatkan kawan-kawan atau yang lebih tepat pemimpin-pemimpin BN, atau dia orang ni memang bersih suci dari kesalahan seumpama tu. Saya tak percaya langsung kalau kawan Datuk bersih lagi suci, buktinya mudah saja.... cuba kita lihat pemimpin-pemimpin BN yang nampak-nampak nak berpaling tadah atau yang telah mentalaqkan BN mereka sedia didakwa atas pelbagai kesalahan. Persoalannya, apakah semasa mereka sekongkol dengan BN kesalahan tu jadi halal. Kalau yang dua tiga kerat yang telah mentalaqkan BN punya besar, banyak dan bertindih-tindih kesalahan, apakah yang masih dalam lubuk BN sekarang semuanya bersih lagi suci ???!!!

Datuk tau ker yang terengganu dah beli Merc. jangan Datuk melatah banyak-banyak nanti bukan takat negeri Selangor yang memang dah melepas..... kerusi yang Datuk duduk sekarang ni pun mungkin akan terlepas nanti.

"Sengat lebah memang sakit... tapi madunya enak lagi berubat"

Read more...

Pembuka Bicara


Rasaya sebagai pembuka catatan untuk blog ini elok benar rasanya didahului dengan ucapan Salaamullah 'Alaikum.

Tujuan blog ini terbina bukan memperbanyakkan limpahan blog-blog yang sedia ada tanpa tujuan yang munasabah tetapi ianya untuk memperkayakan lagi kreativiti, pandangan dan seumpamanya untuk kepuasan peribadi disamping untuk dikongsi bersama kiranya bermanfaat walau sekelumit cuma.

Catatan dalam blog ini mungkin menyentuh pelbagai aspek walaupun kritikal untuk pihak-pihak tertentu. Dan inilah yang saya fikirkan caranya untuk saya lontarkan pandangan untuk kepuasan sendiri.

Dengan itu, mungkin bahasa yang akan digunakan dalam blog ini caca-merba atau bahasa rojak yang bercampur baur janji ianya dapat difahami.
Penghujung cacatan pertama ini, saya awal-awal lagi memohon kemaafan atas apa jua yang tercatat selepas ini.

Wassalam.

Read more...

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP