"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

APAPUN BERLAKU, TETAP BERSAMA PAS

31 Oktober 2009

Senario politik semasa sangat cemas, tak kira pihak Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat, semuanya ada karenah tersendiri.

Walau apa yang berlaku kepada Pas, hamba tetap bersama Pas selagi perjalanan Pas dilandasan perlembagaannya yang mendahulukan Kitabullah dan Hadis Rasulullah S.W.T.

Pas yang hamba sentiasa bersamanya ialah sebuah organisasi yang terdiri dari Pemimpin hinggalah kepada ahli bersekutu, termasuk juga para penyokong yang bukan ahli.

Pas bukan hak individu walaupun setiap individu mempunyai pandangan masing-masing yang tidak terbatas. Pas bukan hak kumpulan tertentu walaupun kumpulan tertentu mempunyai hak untuk bersuara. Pas adalah hak semua.

Oleh itu, perjalanan Pas ditentukan oleh 'jemaah haq' seperti jemaah kepimpinan dan perwakilan muktamar yang dapat menentukan hala-tuju.

Demikian itu, Pas akan selamat dari perancangan jahat pihak dalam dan luar. Kerana dalam jamaah yang ramai sukar untuk mempengarui dasar dan matlamat Pas. Kiranya hanya individu atau kumpulan tertentu boleh menentukan perjalan Pas, ini sangat terdedah kepada ketidaksempurnaan atau tersasar. Demikian kerana, mungkin kelompok atau individu mungkin tesilap hitung fakta yang sampai kepadanya atau dipengaruhi pihak yang berkepentingan seperti seteru politik, ianya mudah berlaku.

Bagi mereka yang tetap dalam landasan perjuangan Pas, masih diharap tidak mengeruhkan suasana, kita serah keputusan yang telah dicapai, moga di sana ada petunjuk.

Masa inilah peluang petualang durjana mengambil peluang untuk terus mengucar-kacirkan saf kita sehingga kita berpecah dan menjadi lemah. Mereka akan ketawa terbahak di depan kita dikala kita rebah tersungkur. Saat itulah ada diantara kita yang menyesal setelah sedar diri diperalatkan musuh rupanya.

Ikhlas hati hamba, hamba tidak sekali-kali anti mana-mana juzuk individu dalam Pas dari peringkat tertinggi hinggalah bawahan.

Kiranya Hasan Ali dianggap menjadi subjek dalam kemelut ini, ia bukan merupakan penghinaan bahkan ianya pengiktirafan. Iktiraf keberanian dalam melaksanakan pembaharuan. Iktibar bagaimana panglima ulung Khalid al Walid dipecat tanpa beliau tahu dengan nyata kesalahannya, beliau tetap taat dan patuh kepada keputusan itu walaupun disindir oleh orang lain.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP