"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Pertempuran Sudah Usai

07 April 2009

Medan pertempuran kini sudah usai, semua keputusan sudah diperolehi dengan pukulan maut PR terhadap BN 2-1, kalau Chelsea dan Liverpool menang 2-1 kan best hehe sorry peminat Liverpool.

Hamba sekarang dan sejak terima keputusan tidak rasmi melalui bloggersnetwork@Perak berasa amat gembira tapi berbaur bimbang kerana selagi keputusan rasmi belum keluar, selagi itulah kerisauan bersarang dalam benak. Sahabat-sahabat pun tahu setiap permainan BN boleh jadi apa saja hatta kemenangan PR pun SPR umum kemenangan untuk BN sepertimana yang berlaku di Perlis dalam PRU-12 baru-baru ini.

Ini adalah keputusan yang membanggakan mereka yang inginkan, cintakan dan perjuangkan keadilan, ketelusan, dan menggembalikan hak rakyat kepada rakyat.

“Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.
Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.
Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi. ” – Malaysiakini

Manakala “DUN Bukit Selambau, calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan 13 calon Bebas. Manikumar memperoleh 12,632 undi manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, mendapat 10,229 undi dalam pertandingan paling ramai calon dalam sejarah pilihan raya negara.

“BN menang di Batang Ai dengan majoriti - 1,854 undi.” – Malaysiakini.

Semua calon “upahan” dilaporkan hilang wang pertaruhan. Tidak mengapa lain kali cuba lagi, semangat ada, duit ada bagus… bagus… bagus…

Jadi betul la teori-teori yang dating dari dalam negara dan luar negara mengatakan PR akan mengusai 2 bukit di Kedah dan Perak dengan majority yang besar manakala BN menang di 1 batang, Sarawak.

Masa pengumuman kemenangan BN di Batang Air penuh dengan laporan siap ada slot untuk penonton dan cepat. Bila kata PR menang dekat pukul 10 mlm baru keluar keputusan dalam TV, itu pun sekadar tulisan yang bergerak-gerak kat bawah sekali. Nampak sangat ketidaksaksamaan layanan dalam kes ni. Bukan kes ni jer boleh katakana semua kes pun…..

So.. kita tengok apa ulasan DS Najib selepas ini dan konco-konconya, mungkin dia kata “rakyat Sarawak telah merestui BN kerana BN membawa…. Bla bla bla kepada rakyat. Manakala rakyat Perak dan Kedah derhaka, tidak bersyukur, tidak kenang budi ….. bla bla bla “ korang tak caya tengok la nanti.

Apa yang penting, ini adalah masej rakyat kepada UMNO-BN bahawa rakyat sudah muak dengan permainan wayang mereka. Kalau nak senarai kat sini terlalu banyak sama ada kita sedari atau tidak.

Gelombang kebangkitan rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. Segala mehnah dan tribulasi akan ditempuhi dengan penuh ketabahan walaupun dipukul, dipenjara, diseksa, disempur dan bermacam-macam lagi.

Gelombang ini pula ditiupkan oleh individu-individu yang mempunyai karisma yang tinggi seperti DS Nizar dan lain-lainnya. Hingga BN-UMNO rebah tersungkur di kedua-dua bukit.

Ikon baru bagi PR yang kian menyerlah kian menyinar, tidak lain dan tidak bukan dialah MB DS Nizar. Karismanya terpancar dan menyinar untuk rakyat. Tiada lagi ruang usaha UMNO untuk memburuk-burukkan beliau dan keluarganya. Syukur, hamba yakin inilah anugerah Allah, permata untuk pejuang-pejuang Islam di tanah air kita yang tercinta ini.

Dan tidak lupa juga hamba berterima kasih kepada rakan-rakan blogger yang mengisi maklumat semasa sepanjang PRK ini, petugas-petugas parti, pemimpin-pemimpin parti, dan mereka-mereka yang berkorban demi kepentingan Islam dan kemenangan parti yang mungkin sekarang ini dalam tahanan.

Moga gelombang kebangkitan rakyat ini berterusan hingga ke PRU-13, biar rakyat yang menyekolahkan UMNO-BN yang sombong dan bongkak dengan perkataan dan tindakkan mereka yang menindas rakyat.

Walaupun pertempuran medan PRK kali ini sudah selesai, tetapi pertempuran sebenar masih panjang buat PR terutama pertempuran PRU ke-13. Pertempuran untuk mengekalkan kemenangan yang sedia ada dan pertempuran untuk menambah kemenangan lagi dan lagi dan lagi…….

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP