"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Pengajaran Kes Sirul Dan Azilah Di Jatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati Oleh Mahkamah Tinggi Setelah Di Dapati Bersalah.

09 April 2009

Beginilah terjadinya bagi yang didapati bersalah oleh mahkamah, kita sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah undang-undang terpaksa akur dengan keputusan ini. Walaupun rakyat sedar mereka hanya dijadikan sebagai “kambing hitam” untuk melepaskan beban di tengkok yang merimaskan.


“KUALA LUMPUR - Dua anggota Unit Tindakan Khas iaitu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu”

Ini juga pengajaran buat abang-abang, kakak-kakak, dan adik-adik polis. Jangan sesekali diperkudakan oleh pihak-pihak tertentu hanya kerana mahukan secebis habuan dunia.

Hamba percaya, dengan keputusan ini juga, ramai rakan sebumbung biru dengan Sirul dan Azilah sedar perkara ini. Harap-harap selepas ini tiada lagi golongan ini yang menjadi jaguh untuk membela politik sebelah pihak pemerintah secara membuta tuli.

Tidak lupa juga kepada “kepala merah”. Ambil ikhtibar ini, anda mungkin akan berkesudahan sebegini suatu hari nanti. Jangan ada lagi penyiksaan kepada rakyat yang tidak besalah, mereka hanya sekadar mahu menunjukkan protes kepada pihak tertentu dengan cara jalanan dan cara-cara yang lain yang rakyat fikirkan wajar. Walaupun diberi cederahati dengan water canon dan gas pemedih mata.

Hamba dok perati, lain pulak ngan kes yang berlaku DUN Dong, Pahang yang melibatkan Mona Fendi. Mona Fendi tidak melakukan pembunuhan, tapi kerana perancangan dan arahan dia pun berakhir di tali gantung sama. Dalam kes ni camana????

Dalam kes ini, keraguan terhadap mereka yang bersubahat seperti Razak baginda belum terlerai dan DS Najib belum lagi dapat membersihkan dirinya dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya, dan beliau belum bebas dari keraguan yang bersarang dalam benak setiap rakyat di Malaysia mahupun dunia.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP