"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Melayu Diambil, Cina Diberi

12 September 2010

Sebelum ini kita dengar pasal tanah kampung baru di tengah bandar metropolitan yang menjadi isu hangat, tidak pernah kerajaan membuat suntikan modal untuk mereka memajukan tanah mereka.

Kalau di Melaka kita lihat kerajaan cuba meruntuhkan sebuah Pasti dan surau atas dasar pembangunan untuk membesarkan jalan walaupun mempunyai lokasi bersebelahan yang kosong dan lebih lurus jalannya.

Berbeza dengan layanan yang diberikan kepada kaum ini.... hamba paste kan ... tuan-tuan nilai sendiri layanan yang boleh diibarat "durian runtuh" ini.

Niat hamba bukan nak pertikaikan apa yang kerajaan agi kepada setiap rakyatnya, tetapi sekadar merungkai kemusykilan dalam benak kenapa ini berlaku....

" Pinjaman Mikro Untuk Penduduk Kampung Baru Cina 

KUALA LUMPUR: Peruntukan dengan dana permulaan RM100 juta untuk penduduk kampung baru Cina yang diumum pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kini diperluaskan sebagai pembiayaan mikro untuk mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata, penduduk yang berminat dijangka dapat memohon pinjaman tersebut menjelang hujung tahun ini.
"Kita belum tahu bagaimana ia akan disalur sama ada pinjaman tanpa penjamin atau sebaliknya. Kementerian Kewangan sedang menyediakan perincian menerusi Bank Simpanan Nasional," katanya kepada Bernama, di sini baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK10 pada Jun lepas mengumumkan peruntukan tersebut yang bertujuan membantu penduduk kampung baru Cina membayar premium tanah dan memperbaharui pajakan.

Mengulas lanjut, Chor yang juga Naib Presiden MCA berkata, kerajaan memutuskan perluasan kegunaan dana RM100 juta itu selepas mendapati kebanyakan kampung baru terbabit telah memperbaharui pajakan masing-masing.
Terdapat 450 kampung baru di seluruh negara dan kebanyakannya adalah pajakan untuk tempoh 60 tahun.
Katanya, peruntukan juga tidak terhad untuk membayar premium, pajakan dan pinjaman mikro tetapi turut boleh dipohon bagi membaiki rumah penduduk.

Chor berkata, selain dana RM100 juta itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan tahunan untuk menaik taraf jalan, sistem perparitan dan lain-lain projek prasarana.

"Sekiranya pajakan terus disambung, saya fikir keadaan di kampung baru akan lebih selesa," katanya yang yakin jika keadaan itu berterusan nilai tanah di kampung baru juga akan meningkat.

"Selain kerajaan, MCA juga harus dipuji kerana kami telah memainkan peranan besar sejak kampung baru ditubuhkan pada 1948," katanya.

Malah, katanya sejak 1999, kerajaan telah membawa pembangunan ke perkampungan nelayan yang dikenali 'kampung bagan' dan perkampungan yang saling bersambung dikenali 'kampung rangkaian'.

"Terdapat 113 kampung bagan dan 44 kampung rangkaian. Kesemuanya menikmati pembangunan arus perdana yang memastikan tumpuan saksama diberi dalam perancangan dan pembangunan," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya telah dipertanggungjawab memantau kesemua kampung bagan, kampung rangkaian dan kampung baru, dan sejak 2009 pelbagai projek pembangunan telah dilaksana di kampung-kampung terbabit. - BERNAMA"

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP