"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Penarikan Pengharaman Buku SIS memberi Cabaran Kepada Umat Islam

27 Januari 2010

Dalam masyarakat kita dok keliru dengan pelbagai isu berbentuk keagamaan, terutama penggunaan kalimah Allah yang terbaru. Kini masyarakat kita berdepan dengan isu buku terbitan Sister In Islam (SIS).

Sudah nyata buku ini memberi gambaran nagetif terhadap umat Islam di negara ini serta boleh mengeruhkan keharmonian rukun beragama.

Sama-sama kita lihat, apakah reaksi dan respon bagi mereka yang mempunyai suara keramat sebelum ini.

Sama-sama kita lihat apakah respon pemuda-pemuda Umno dalam isu ini.

Manakala hamba berharap Pakatan Rakyat (PR) tidak melatah atas penarikan larangan terbitan buku SIS ini, walaupun begitu, PR perlu menyatakan pendiriannya yang tegas dalam hal ini bagi memberi gambaran yang jelas kepada umat Islam di negara kita mahupun di luar negara.

Biasan ini amat nyata, kiranya kita amati betul-betul, Umno sekarang ini melalui penasihat yang memang licik dengan perancangan-perancangan untuk mengembalikan sokongan kepada mereka dengan apa cara sekalipun supaya pihak PR terperangkap dengan isu ciptaan. Seolah-olah mereka banyak menggunakan senjata keagamaan setelah senjata perkauman sudah tumpul atas ketajaman fikiran rakyat.

Kali ini nada pihak Jakim agak lembut, Jakim hanya ingin memberi penjelasan, hamba sangat sokong jika Jakim melangkah selangkah lagi bertindak untuk mahkamah menilai semula keputusan tersebut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman buku "Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau" tetapi menegaskan ia juga bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai kesalahan dalam mana-mana buku yang diedarkan di pasaran.

Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam.

Menurutnya, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.

"Beberapa kesalahan yang jelas telah ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, antara kesalahan yang jelas termasuklah mengatakan Undang-undang Keluarga Islam dan Jenayah Syariah bersifat menghukum dan mendiskriminasi wanita dan Pindaan Undang-undang Keluarga Islam dikatakan berat sebelah.

Buku itu turut mempertikaikan Institusi Fatwa dan larangan berbicara soal agama di kalangan mereka yang bukan ahli agama, serta mengutarakan idea pentafsiran semula ayat Al Quran khususnya yang "gender bias", katanya.

Wan Mohamad berkata buku itu telah diteliti, disemak dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Sehubungan itu, saya menasihati semua umat Islam di negara ini agar berhati-hati terhadap sebarang bacaan yang mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam," tegasnya.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP