"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Tarik Jangka Hayat Kenderaan; Ganti Plan B

07 November 2009

Syukur alhamdulillah, kerajaan mengambil pandangan banyak pihak dan terus membatalkan hasrat Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas.

Terima kasih di atas sikap yang nampak prihatin kepada keluhan rakyat ini walaupun kenderaan hamba baru berusia 5 tahun tetapi hamba mengenangkan kesusahan orang lain dan suatu masa nanti kenderaan hamba pun akan sampai usia 15 tahun juga.

Apa yang merunsingkan hamba, kotak fikiran bertalu-talu menimbulkan persoalan. Apakah langkah kerajaan ini suatu ketelusan, kalau ianya langkah yang ikhlas alhamdulillah disambut baik. Sekiranya langkah kerajaan ini hanya mengambil hati rakyat atau memujuk populariti politik ini yang hamba runsing.

Bila ianya hanyalangkah meraih populariti bukan keikhlasan, bermakna rakyat akan berdepan satu lagi rintangan perangkap senyap, mungkin ada alternatif yang dikira plan B untuk menggantikan bebanan pada kenderaan 15 tahun ini. Rakyat jangan lupa perkara ini.

Buktinya amat banyak yang telah berlaku, teknik dan taktik yang paling hampir dengan perkara ini bila mula-mula kerajaan nak hapuskan kenderaan 15 dan ke atas untuk memberi laluan kepada penggunaan dan industri kereta-kereta baru semua rakyat tidak setuju kecuali sebilangan kecil menyambut baik. Lantas kerajaan diam-diam menghapuskan insuran kelas ke tiga dengan menggantikan dengan insuran komprehensif, pengguna kenderaan 15 tahun ke atas juga dibebani dengan insuran yang tinggi ini.

Nampak gayanya rakyat tidak dapat mengelak dari terus dibelenggu dengan kesempitan setelah memberi kepercayaan kepada Umno-BN memerintah. Sudah tiba masanya Malaysia beralih arah kepada parti lain.

Rakyat boleh menilai sejauh mana keberkesanan Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat nanti.

Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara yang maju,mereka tidak statik dengan parti yang memerintah, sebab itu mereka dapat maju dan pemimpin yang lebih baik.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP