"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Pas Diasak Perang Psiko-Siber

10 November 2009

Sejak PRU lepas menampakkan Pakatan cukup selesa dengan kedudukan yang ada, manakala BN cukup tertekan dengan perkembangan semasa.

Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini senjata yang Umno-BN yang dalam keadaan lemah sempat dihunus dan terus melukakan PR satu persatu hingga ada yang terbarai. Perak antara mangsa, manakala Selangor Umno-BN banyak menggunakan serangan melalui jentera kerajaan. Pelbagai sudut serangan demi serangan dari individu hinggalah pemimpin dan tak terlepas kerajaan yang diterajui PR.

Nama Anwar Ibrahim dipalit dengan pelbagai kes yang tidak munasabah, cerita dirinya hinggalah dikaitkan keluar negara. Kerana Umno fikir kejatuhan Anwar bermakna jatuhnya PKR. Nampaknya usaha ini lambat untuk sampai kepada cita-cita busuk, Umno menyerang ahli serta pemimpin dengan pelbagai cara dan rupa.

Manakala Pas juga tak lekang dari serangan saraf ini, hinggakan seolah-olah tidak dapat lagi dipastikan kebenaran dan penyelewengan, keutamaan dan sampingan, kepentingan dan remeh-temeh.

Sejak akhir ini serangan kepimpinan menjadi-jadi, Umno lihat kepimpinan Pas antara benteng yang perlu ditembusi dahulu. Mereka menyerang pemimpin yang berpotensi boleh menghuru-harakan pengikut dan peminat, mana pemimpin yang bertapak kukuh jangan diserang kerana impaknya memakan diri. Ingatkah kita kepada serangan terhadap TGNA dengan pelbagai isu dari isu samseng hinggalah kepada isu gincu, isu kekeluargaan, isu pandangan dan fatwa. Tetapi serangan Umno terhadap beliau tak lain dan tak bukan hanya memakan diri sahaja.

Umno tidak berpatah arang menyerang kepimpinan ini dengan mengenengahkan pelbagai isu yang berlaku asalkan dari pemimpin Pas melalui akhbar dan semua media untuk tujuan serangan kepimpinan, nampaknya mereka sedikit berjaya.

Tidak kurang juga sebahagian pengikut terikut-ikut dengan rentak media Umno, terutama mereka yang merasa mempunyai perhatian orang lain seperti penulis-penulis blog dan sebagainya. Jari mereka menari-nari sumbang seolah tidak lagi tahu membezakan mana yang utama, mana yang penting, mana yang perlu asalkan itu satu kepuasan.

Sedarlah !! kita sekarang menghadapi musuh yang lebih besar, bukan sahabat dalam saf jemaah. Jangan ikut kata hati kerana kekadang kita tersilap sikit tetapi impak kepada jemaah amat besar.

Akhir-akhir ini juga banyak sumber maklumat seperti blog menjelma diri mereka yang sebenar, mereka ghairah dengan Pas dan PR pada mulanya, agak-agak ada pembaca setia mereka senyap-senyap masuk jarum untuk merosakkan pemikiran ahli Pas dan PR. Mereka banyak memberi komen dan membawa perkara yang nagetif untuk Pas dan PR. [hamba tidak maksudkan kepada komen yang membina]. Cuba tuan-tuan nilai sendiri setiap maklumat yang ada di blog yang dahulunya konon bersama Pas tapi kini persis ejen-ejen menjatuhkan Pas dan PR secara psiko. Ianya datang umpama dalam Pas, ianya datang umpama dalam PR, yang menjadi sasarannya hanya pemimpin Pas, hingga hampir-hampir tiada lagi isu besar untuk dimuatkan, isu-isu besar sebelum ini hilang ditelan masa.

Kepada pencinta Pas khususnya, jangan sekali-kali kepala kita dikusutkan dengan perang psiko ini. Caranya mudah, nyahkan mana-mana berita atau maklumat yang berunsur fitnah atau memanjangkan unsur perpecahan. Bukan bererti tidak boleh membaca, bacalah apa pun tapi kalau mengusutkan kepala kita baik kita tinggalakan sehingga kita mendapat penawar.

Umno sekarang dalam nazak, mereka duduk tak senang berdiri resah, dalam pada itu mereka boleh menarik nafas lega dengan kecoh isu kepimpinan. Kalau nak dibandingkan krisi yang seolah ada dalam saf Pas bukan  soal mencuri harta rakyat, bukan soal pecah amanah, bukan menyeleweng kuasa tetapi kehangatan lebih dari itu seolah isu yang lebih besar tiada melainkan isu pimpinan Pas sahaja. [Ini kerja propaganda Umno yang banyak terikut].

Dalam Umno nazak sempat mereka bangun bertapak untuk mengukuhkan kuda-kuda mereka, kerana tiada lagi serangan balas, musuh Umno dok asyik sibuk berlebihan sesama mereka. Ayuh bloggers Pas, mana kata-kata kalian, mana perjuangan kalian sebelum PRK bagan Pinag, kenapa Bagan Pinag menjadi lembah mengerikan?! apakah kerana kalah, atau hanya sebagai titik untuk membongkah arah?

Kiranya bloggers Pas leka maka berjayalah bloggers upahan Umno, mereka menyerang terang-terangan, tak lupa juga mereka menyusup masuk menjadi bloggers Pas atau dalam PR, mereka mempunyai cara tersendiri dan terancang untuk menjatuhkan kita dan Pas, mereka ketawa misi yang mereka cipta nampak berjaya, bayaran yang mereka terima akan bertambah, kita apa dapat habuan dunia dengan usaha kita melainkan mengharapkan balasan Allah jika ada kebaikan, itu sahaja.

Tenangkan jiwa, bersama hati yang penuh pertimbangan. Hamba bukan blogger yang pandai menulis cuma ambil sedikit kesedaran untuk bersama kalian dalam alam maya ini. Maafkan hamba kira ada yang tidak enak.

Salam Ukhuwwah. = I LUV PAS =

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP