"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Nasib Ibrahim Ali Terumbang Ambing

19 Oktober 2009

Nama Ibrahim Ali tidak asing lagi untuk kita terutama bagi ahli politik atau pengikut perkembangan politik semasa. Kini nama tersebut sekali lagi mendapat tempat dalam perbincangan umum politik oleh kerana permohonan untuk kembali semula ke pangkuan Umno setelah membuat onar dengan Pas Kelantan.

Beliau sedar dalam keadaan sekarang nasib seumpama telur di hujung tanduk. Terutama dalam PRU akan datang. Sebelum ini beliau mendapat ihsan dari Pas Kelantan untuk terus menetap di kerusi parlimen tetapi oleh dek kelantangan beliau terhadap Pas untuk memancing belas kasihan Umno maka beliau dianggap penderhaka oleh Pas serta mengkhianati amanah parlimen yang diwakili.

Ibrahim buat semua itu semata-mata untuk kepentingan politik beliau, kerana ia sedar tak mungkin ia bersama Pas dalam jangka waktu yang lama kerana apa yang diperjuangakan oleh Pas tidak sehaluan dengan kehendak dan cara beliau cuma untuk mempergunakan Pas semata-mata untuk mengekalkan kerusi yang ada. Dan beliau berjaya dalam misi yang pertama.

Dalam diam Ibrahim membuat permohonan untuk kembali kepangkuan Umno-BN bersama Perkasa serta kelantangan yang beliau anggap aset untuk digadaikan bagi mendapat perhatian Umno. Beliau cuba untuk meyakinkan bahawa beliau masih bersama Umno dalam banyak isu sebelum ini.

Tetapi, riak permulaan hasrat beliau untuk bersama Umno kembali telah menjadi sangsi kepada Umno sendiri terutama kesetian perjuangan Ibrahim selama ini.

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata:
"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang Pas," katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno. (mStar)

Bazlan juga cukup optimis dengan kemengan Umno akan datang:
"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang pada pilihan raya akan datang amat cerah," katanya. BERNAMA

Riak awal ini membawa petanda bahawa Ibrahim Ali tidak akan mendapat tempat lagi dalam Umno atau sekiranya diterima beliau tiada tempat selesa yang menunggu.

 Sekiranya Umno menerima kembali keahliannya cuma untuk meraih undi semata-mata kerana Ibrahim dikatakan masih mempunyai pengikut setia di belakangnya. Tambahan pula, perkara ini tidak mustahil berlaku, buktinya Umno sudah mula mengitar semula bahan antiknya memandangkan keyakinan Umno terhadap momentum yang berlaku di Bagan Pinang tempoh hari.

Juga Tidak mustahil kitaran semula bahan terpakai ini akan berlaku dalam sebahagian besar calon yang akan datang semata-mata meraih sokongan yang semakin merosot untuk Umno-BN berkira-kira melanjutkan lagi tempoh pemerintahannya menerajui kerajaan Malaysia.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP